Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman

Rusuhan kuil di Subang 2018

Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman merupakan insiden rusuhan yang telah berlaku selama dua hari dari 26 hingga 27 November 2018 di tapak Kuil Sri Maha Mariamman Seafield dan juga kawasan sekitarnya di USJ 25, Subang Jaya, Petaling, Selangor. Rusuhan ini berpunca daripada perselisihan faham antara pihak kuil dengan pihak pemaju iaitu One City Development Sdn. Bhd. dalam isu pemindahan kuil tersebut. Kesannya, insiden rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakan harta benda awam dan kematian seorang anggota bomba, Muhammad Adib bin Mohd Kassim. Rusuhan ini telah pun mendapat perhatian umum serta liputan yang meluas di media massa Malaysia.[1]

Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman
Sebahagian daripada Sejarah Malaysia
Kebakaran besar di sekitar kawasan terlibat rusuhan.
Tarikh26 – 27 November 2018; 5 tahun yang lalu (2018-11-27)
Lokasi
PuncaPerselisihan faham antara dua kumpulan berkenaan pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman
KaedahSerangan terhadap kuil dan premis pemaju, rusuhan, pergaduhan, pembakaran sengaja, himpunan
Kesan
  • Kematian seorang ahli bomba, Muhammad Adib
  • 23 buah kenderaan telah musnah dibakar
  • Kerosakan sebuah jentera bomba, sebuah MPV polis serta kenderaan-kenderaan lain
  • Kerosakan harta benda di tapak kuil dan premis pemaju berdekatan
  • 106 orang ditahan dalam insiden rusuhan kuil
  • Desakan terhadap Waytha Moorthy Ponnusamy selaku Menteri Perpaduan supaya meletakkan jawatan atau dipecat
  • Protes diadakan di Klang bagi menuntut bela terhadap kematian Muhammad Adib
  • Inkues terhadap kematian Muhammad Adib dilaksanakan
Pihak terlibat
Penganut kuil;
Komuniti India
One City Development Sdn. Bhd.;
Kumpulan menceroboh kuil;
Kumpulan orang Melayu berhimpun
Tokoh dan pemimpin utama
S. Ramaji Tun Dr. Mahathir Mohamad
P. Waytha Moorthy
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (Ketua Polis Negara)
YAS Dato' Haji Mohammad Hamdan Haji Wahid (Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia)
Unit yang terlibat
Pasukan Simpanan Persekutuan
Bilangan
Jumlah penganut kuil ketika serangan kuil tidak diketahui (Hari pertama);
≈ 10,000 orang India berhimpun (Hari kedua)
50 orang menceroboh kuil (Hari pertama);
≈ 80 orang Melayu berhimpun (Hari kedua)
700 orang anggota polis termasuk FRU;
9 orang anggota bomba diserang perusuh (Hari kedua)
Korban
3 orang India cedera (Hari pertama)
3 orang Melayu dan seorang warga asing cedera (Hari pertama)
Seorang anggota polis cedera (Hari pertama);
Seorang anggota bomba cedera parah dipukul perusuh dan dihantar ke pusat rawatan (Hari kedua), meninggal dunia 21 hari selepas kejadian
1 kematian
≥ 10 tercedera
106 ditangkap

Kejadian sunting

Rusuhan pertama sunting

Pada 26 November 2018 sekitar 2.40 pagi, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya telah menerima panggilan daripada orang awam mengenai insiden kekecohan di kuil tersebut. Sejurus selepas menerima laporan, Ketua Polis Daerah Subang Jaya telah mengarahkan pihak polis untuk bergerak ke tempat kejadian. Kira-kira 2.50 pagi, empat buah kenderaan pelbagai guna (MPV) polis tiba di tempat kejadian tetapi telah dihalang masuk oleh sekumpulan lelaki India. Tindakan berkenaan menyebabkan cermin belakang salah sebuah MPV yang tiba dipecahkan manakala sebuah lori treler diletakkan melintang bagi menghalang laluan menghala ke kuil tersebut. Oleh itu, pada pukul 3.30 pagi, Ketua Polis Daerah Subang Jaya menghubungi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan IPD Serdang untuk mendapatkan bantuan tambahan anggota. Bantuan IPD Serdang tiba di tempat kejadian pada jam 4.00 pagi.[2]

Pada ketika itu, rusuhan pertama meletus apabila berlaku pergaduhan di dalam kuil antara kumpulan penganut agama Hindu dan kumpulan lelaki Melayu yang menceroboh kawasan kuil tersebut sehingga ada yang tercedera parah. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada kumpulan lelaki Melayu berkenaan telah melarikan diri dari kawasan kuil setelah tercetus pergaduhan. Tidak lama selepas kejadian itu, penganut-penganut agama Hindu yang terlibat membakar beberapa buah kenderaan yang dipercayai milik kumpulan lelaki tersebut. Sebanyak 18 buah kenderaan telah terbakar. Lebih kurang jam 5.00 pagi kemudian, pihak bomba tiba di tempat kejadian bagi mengawal kebakaran. Pasukan FRU pula tiba di tempat kejadian pada jam 5.30 pagi bagi mengekang rusuhan. Situasi di sekitar kuil mulai terkawal menjelang siang dan keadaan kembali tenang. Susulan pergaduhan dan rusuhan yang berlaku, tiga orang lelaki Melayu dan tiga orang lelaki India tercedera manakala seorang anggota polis turut tercedera.[2]

Sekitar jam 1.00 tengah hari pula, seorang lelaki warga asing dipercayai buruh binaan telah diserbu dan dibelasah orang ramai sehingga tercedera selepas didakwa memulakan kebakaran di sebuah rumah kongsi di kawasan kuil tersebut. Suasana di sekitar kuil itu yang pada awalnya tenteram, kembali bertukar kecoh akibat tindakan berkenaan sehingga ada yang menghalang kenderaan polis. Keadaan terkawal semula selepas lelaki tersebut berjaya diselamatkan melalui kenderaan polis dan sepasukan anggota FRU berkawal di lokasi terbabit. Pihak bomba kemudian tiba bagi memadamkan kebakaran rumah kongsi tersebut.[3]

Pengerusi Badan Bertindak kuil tersebut iaitu S. Ramaji telah mendakwa pencerobohan yang dilakukan sekitar jam 2.00 pagi dilakukan oleh kira-kira 250 orang daripada kalangan Melayu dan juga orang asing yang bersenjata berbahaya seperti pisau, parang, kapak, batang kayu dan lain-lain.[4] Sementara itu, Ketua Polis Selangor melaporkan bahawa 17 orang suspek telah ditangkap berhubung pergolakan di sekitar kuil tersebut. Timbalan Ketua Polis Negara menegaskan bahawa rusuhan tersebut tiada kaitan dengan isu perkauman.[5]

Rusuhan kedua sunting

Kemudian pada lewat petang 26 November, orang ramai berkumpul semula dan keadaan ini membawa kepada rusuhan kedua pada awal pagi 27 November yang disertai lebih kurang 10,000 orang berbangsa India. Ketika rusuhan ini, beberapa buah kenderaan lagi telah dibakar oleh perusuh. Pihak bomba yang tiba di kawasan kebakaran turut dihalang dan diserang oleh perusuh. Rusuhan ini juga menyaksikan sekumpulan perusuh menyerang premis pemaju sekitar pukul 2.00 pagi di Menara MCT, lebih kurang 1 kilometer dari kuil sehingga menyebabkan beberapa buah kenderaan mengalami kerosakan dan kebakaran. Ketegangan ini menyebabkan tetamu hotel berdekatan terpaksa dipindahkan ke tempat lebih selamat.[1][6][7]

Terdapat juga sebuah rakaman video tular yang memaparkan dua orang penunggang motosikal telah dipukul oleh perusuh ketika melalui jalan di hadapan kuil tersebut tetapi telah diselamatkan dan mereka sudah membuat laporan polis tidak lama selepas itu. Kecederaan yang diterima mereka didapati ringan.[2] Pada jam 9.00 pagi, tinjauan di sekitar kuil dan premis pemaju mendapati bahawa keadaan kembali reda dan terkawal seperti yang dijamin oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.[1]

Sekitar jam 10.45 malam pula, terdapat kira-kira 80 orang Melayu membuat himpunan dan berarak ke arah jalan utama di hadapan kuil tersebut walaupun pasukan polis telah membuat benteng kawalan bagi menyekat kemaraan mereka dan mengawal kumpulan itu. Mereka akhirnya diarahkan bersurai.[8] Sembilan orang lelaki yang menyertai himpunan berkenaan telah ditahan polis selepas mereka tidak mengendahkan arahan bersurai oleh polis.[9] Keadaan di sekitar kuil berjaya dikawal semula dan pihak polis meneruskan pencarian suspek-suspek yang terlibat bagi membantu siasatan terhadap punca rusuhan yang telah berlaku.[10] Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menegaskan bahawa insiden rusuhan di kawasan kuil itu sebagai satu insiden jenayah dan bukanlah insiden melibatkan isu perkauman atau agama.[11]

Serangan terhadap bomba sunting

Rusuhan kedua turut menyaksikan kecederaan parah seorang responden kecemasan, Muhammad Adib bin Mohd Kassim, yang merupakan seorang anggota bomba yang berpusat di Balai Bomba Subang Jaya.[12][13] Adib merupakan salah seorang daripada sembilan orang responden terhadap rusuhan kuil kedua yang diserang semasa mereka tiba di kawasan terbabit dalam cubaan memadamkan kebakaran, dan dia sahaja yang mengalami kecederaan akibat dipukul oleh sekumpulan perusuh yang tidak dikenali.[14] Rakan setugasnya, Mohd Hazim bin Mohd Rahimi secara tidak sengaja meninggalkan Adib di kawasan rusuhan kerana Hazim sendiri mengatakan bahawa dirinya turut diserang oleh perusuh lain yang bersenjata tajam dan pihak bomba terpaksa berundur dari kawasan rusuhan. Sebuah jentera bomba turut rosak diserang perusuh.[15][16][17][18][19] Walaupun terdapat tuntutan dibuat bahawa anggota bomba itu sebenarnya cedera akibat dilanggar jentera bomba, dakwaan ini kemudian telah disangkal oleh Ketua Pengarah Balai Bomba dan Penyelamat, Mohamad Hamdan Wahid.[20][21][22]

Pada awalnya, Adib telah dibantu oleh beberapa orang penganut Hindu yang hadir di kuil tersebut dan kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby (juga dikenali sebagai Pusat Perubatan Subang Jaya) untuk mendapatkan rawatan.[23] Akibat kesihatannya yang semakin merosot, Adib kemudian dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana dia memerlukan penggunaan mesin ECMO.[24][25] Semasa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin melawat anggota bomba yang cedera parah tersebut, beliau dilaporkan mengatakan bahawa Adib telah "dipukul dan dipijak" menyebabkan kepatahan tulang rusuk dan kecederaan dalaman.[19] Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad melaporkan bahawa kesihatan Adib semakin pulih ketika menjalani rawatannya.[26] Adib turut dikunjungi oleh Sultan Kedah pada 29 November 2018 kerana dia berasal dari Kedah.[27]

Walaupun pada mulanya Adib dilaporkan semakin pulih dengan baik, Adib akhirnya meninggal dunia akibat kegagalan paru-paru pada malam 17 Disember ketika masih dalam rawatan rapi di IJN.[28] Dia kemudian dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid As-Saadah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah pada 18 Disember 2018.[29] Nama dan nombor perkhidmatannya kemudian ditulis pada monumen 'Fallen Heroes' Bomba di Kuala Kubu Bharu, Selangor bagi memperingati jasa dan pengorbanan arwah anggota bomba tersebut.[30]

Ekoran kejadian sunting

Berikutan rusuhan di kuil berkenaan, rekod mencatatkan bahawa terdapat beberapa kes kecederaan, 23 buah kenderaan telah musnah dibakar perusuh serta kerosakan sebuah MPV polis, sebuah jentera bomba, beberapa buah kenderaan lain dan harta benda di sekitar tapak kuil dan premis pemaju berdekatan.[31] Setakat 8 Disember 2018, laporan rasmi Polis Diraja Malaysia menyatakan bahawa 106 tangkapan telah dilakukan oleh pihak polis ekoran insiden rusuhan tersebut bagi membantu siasatan.[32]

Sehari selepas rusuhan kedua, terdapat laporan bahawa dua buah firma undang-undang yang mewakili pemaju telah mengupah samseng yang menceroboh kuil itu sehingga menyebabkan berlaku rusuhan pertama. Perkara ini terus dinafikan oleh firma-firma berkenaan yang dilaporkan telah mewakili pemaju dalam injunksinya terhadap kuil tersebut.[33] Pada 29 November 2019, Ketua Polis Negara dilaporkan mengatakan bahawa seorang peguam yang ditahan berkaitan dengan rusuhan itu ialah penasihat kepada pemaju.[34] Selain itu, siasatan polis turut mendapati bahawa 50 orang lelaki sahaja yang telah terlibat dalam serangan kuil, bukannya 250 orang seperti yang didakwa oleh Pengerusi Badan Bertindak kuil tersebut iaitu S. Ramaji.[35]

Terdahulu, selepas reda rusuhan pertama, Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, P. Waytha Moorthy yang mengetuai sebuah sidang media di lobi Parlimen pada 26 November 2018 dilaporkan telah mengatakan bahawa kelewatan polis dan tindakan mereka yang tidak berkesan itu telah menyebabkan insiden rusuhan tidak dapat dikawal. Malah, beliau turut mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Polis Daerah Subang Jaya bahawa penyebab rusuhan itu salah faham antara dua kumpulan India atas penempatan semula kuil itu adalah palsu.[36] Kenyataan yang dikeluarkan P. Waytha Moorthy disifatkan mengapi-apikan, menyebabkan siasatan telah dilakukan terhadapnya oleh pihak berkuasa.[37] Ahli parlimen pembangkang sebelum ini juga telah mendesak beliau meletakkan jawatan atau dipecat akibat tindakannya yang mengatakan beberapa perkara yang dilihat sebagai fitnah kepada kerajaan Malaysia yang sebelumnya dalam satu video lama serta isu Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD) yang hangat diperkatakan ketika itu.[38]

Tuntutan terhadap peletakan P. Waytha Moorthy mendapat perhatian memuncak dalam beberapa protes menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad memberi respons terhadap tuntutan itu secara terbuka dengan menyatakan bahawa ia tetap menjadi hak prerogatif Perdana Menteri untuk menentukan jawatan P. Waytha Moorthy.[39] Sebagai tindak balas, sebuah NGO iaitu Jaringan Melayu Malaysia telah menganjurkan sebuah protes yang disertai lebih kurang 5,000 orang di Klang pada 25 Disember 2018, seminggu selepas kematian Adib. Tujuan protes tersebut adalah untuk menuntut keadilan terhadap kematian Adib dan turut menuntut supaya P. Waytha Moorthy meletakkan jawatannya sebagai Menteri Perpaduan berhubung insiden rusuhan kuil pada bulan November lalu.[40][41] Mahu tuntutan mereka didengar, Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah membuat seruan untuk 'menyerbu balai polis' jika tiada tindakan diambil. Akibatnya, pada 26 Disember 2018, pihak polis telah menahan presiden pertubuhan tersebut kerana ucapannya yang provokatif semasa protes yang diadakan pada hari sebelumnya di Klang.[42][43][44]

Pada 11 Februari 2019, inkues kematian Muhammad Adib telah bermula bagi menyiasat punca kematian anggota bomba tersebut.[45] Prosiding inkues tersebut berakhir pada 27 September 2019 apabila Mahkamah Koroner Shah Alam, Selangor memutuskan punca kematian Adib ialah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.[46]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Hafiz, Nasrul (27 November 2018). "Kronologi insiden Kuil Sri Maha Mariamman". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2021. Dicapai pada 26 November 2019.
  2. ^ a b c "Muhyiddin bentang kronologi rusuhan kuil". Berita Harian. 29 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2021. Dicapai pada 2 Jun 2020.
  3. ^ Nurul Hidayah Bahaudin dan Fazrik Kamaruddin (26 November 2018). "Lelaki warga asing dibelasah, didakwa bakar rumah kongsi di kuil". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2021. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  4. ^ Tee, Kenneth. "Eyewitness recounts temple attack, claims mob behaved in 'trance-like state' | Malay Mail". www.malaymail.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Jun 2021.
  5. ^ "Seventeen held over riot at temple – Nation | The Star Online". www.thestar.com.my (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2020. Dicapai pada 2018-11-29.
  6. ^ "Huge but peaceful crowds around USJ temple, traffic choked – Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Oktober 2020. Dicapai pada 2018-11-29.
  7. ^ "Cops zeroing in on riot mastermind – Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Oktober 2020. Dicapai pada 2018-11-29.
  8. ^ Malaysiakini, Wartawan (2018-11-28). "Enggan bersurai, 9 individu ditangkap berhampiran kuil Seafield". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2021. Dicapai pada 2021-06-02.
  9. ^ Sidek, Hasbi (2018-11-28). "Rusuhan kuil: Dah suruh bersurai, degil..." Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2021. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  10. ^ Kamarudin, Fazrik (2018-12-03). "Polis cari 28 saksi rusuhan kuil". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2021. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  11. ^ Noor, Mohd Husni Mohd (2018-11-27). "Rusuhan kuil Sri Maha Mariamman bukan isu perkauman - PM". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2021. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  12. ^ Jo Timbuong (27 November 2018). "Police may have leads to those who attacked fireman at temple". The Star Online. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  13. ^ Mohd Izzat Mohd Khalizan (27 November 2018). "Luahan rakan bomba". mStar Online. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  14. ^ Tuan Buqhairah Tuan Adnan (27 September 2019). "Mahkamah putuskan Adib dipukul sekumpulan lelaki". Sinar Harian. Dicapai pada 3 Jun 2020.
  15. ^ Mohd Azam Shah Yaacob (27 November 2018). "Anggota bomba cedera, jentera rosak diserang perusuh di kuil". Berita Harian. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  16. ^ "Seafield riots: Fireman critically injured after mob attack". Malaysiakini. 27 November 2018. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  17. ^ Hilmi Malik (14 Februari 2019). "Inkues Muhammad Adib: Nyawa saya juga terancam - Saksi keenam". Astro Awani. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  18. ^ "Firemen just doing their job, says Zuraida". The Star Online. 28 November 2018. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  19. ^ a b "Petaling Jaya temple violence: Critically injured fireman due to be married next month". The Straits Times. 28 November 2018. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  20. ^ "Firefighter injured in Malaysia Hindu temple riot was not hit by fire engine: Department chief". Channel NewsAsia. 28 November 2018. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  21. ^ Hanis Zainal dan Jo Timbuong (28 November 2018). "Fire dept: Man in viral video standing behind reversing fire engine not Adib". The Star Online. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  22. ^ "Fire and Rescue Department lodges report against allegations that Adib hit by fire truck". The Star Online. 29 November 2018. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  23. ^ "Video clip depicts men helping injured firefighter". Malaysiakini. 28 November 2018. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  24. ^ "Fireman injured in riot recovering well after transfer to IJN". Malaysiakini. 28 November 2018. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  25. ^ Jo Timbuong (28 November 2018). "Fireman Adib transferred to IJN". The Star Online. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  26. ^ Loh Foon Fong (29 November 2018). "Temple riots: Dr Dzulkefly says injured fireman is recovering, urges Malaysians to pray for him". The Star Online. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  27. ^ "Kedah Sultan visits injured fireman at IJN". The Malay Mail. 29 November 2018. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  28. ^ "Muhammad Adib meninggal dunia". Astro Awani. 17 Disember 2018. Dicapai pada 6 Jun 2019.
  29. ^ "Jenazah Muhammad Adib selamat dikebumikan". Berita Harian. 18 Disember 2018. Dicapai pada 6 Jun 2019.
  30. ^ "Muhammad Adib's name inscribed on Fire Dept's 'Fallen Heroes' monument". The Malay Mail. 22 Disember 2018. Dicapai pada 6 Jun 2019.
  31. ^ Dr Chandra Muzaffar dan Prof Dr Suresh Kumar Govind (3 Januari 2019). "[PERSPEKTIF] Mencari jawapan kepada rusuhan kuil melalui Dewan Rakyat". Astro Awani. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  32. ^ Fazrik Kamarudin (8 Disember 2018). "Rusuhan kuil: 106 sudah ditahan". Harian Metro. Dicapai pada 8 Disember 2018.
  33. ^ "Two law firms deny hiring thugs in temple riot case – Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-11-29.
  34. ^ "IGP: Lawyer arrested in Subang temple riot was adviser to One City | Malay Mail" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-29.
  35. ^ Irwan Shafrizan Ismail (28 November 2018). "Peguam pemaju upah RM150,000 untuk ceroboh kuil: Muhyiddin". Berita Harian. Dicapai pada 1 Disember 2018.
  36. ^ Manirajan Ramasamy (26 November 2018). "Seafield temple riot: Waytha blames police for delayed response". New Straits Times. Dicapai pada 6 Jun 2019.
  37. ^ Palansamy, Yiswaree. "IGP: Minister Waytha Moorthy to be probed under Sedition Act or Penal Code | Malay Mail". www.malaymail.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-01-02.
  38. ^ Tan, Tarrence. "PAS deputy president demands Waytha Moorthy resign over remarks made in viral video – Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2019-01-02.
  39. ^ "I haven't decided yet on Waytha Moorthy – Dr Mahathir". The Edge Markets. 2018-12-20. Dicapai pada 2019-01-02.
  40. ^ Dzulkifly, Danial. "In Klang, Muslims march from funeral prayers to demand justice for Adib | Malay Mail". www.malaymail.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-01-02.
  41. ^ "Suasana himpunan Justice4Adib di Klang". Malaysia Gazette. 26 November 2018. Dicapai pada 1 Disember 2018.
  42. ^ "JMM president arrested over fiery speech at Klang rally". TheStarTV.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-01-02.
  43. ^ "At rally for Adib in Klang, speaker uses the P-word on Waytha". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-01-02.
  44. ^ hermesauto (2018-12-26). "Malaysian police arrest Malay NGO leader for threats in rally speech". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-01-02.
  45. ^ "Prosiding inkues kematian Muhammad Adib bermula 11 Februari". Berita Harian. 18 Januari 2019. Dicapai pada 31 Mac 2019.
  46. ^ Khairul Azran Hussien; Siti Nurazlinee Azmi dan Norrasyidah Arshad (27 September 2019). "Kematian Muhammad Adib akibat perbuatan jenayah: Mahkamah Koroner". Berita Harian. Dicapai pada 28 September 2019.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Bacaan lanjut sunting