Rusuhan (Jawi: روسوهن) ialah satu bentuk gangguan sivil yang terdiri daripada kumpulan yang tidak teratur dan mengamuk secara tiba-tiba serta bertindak melakukan keganasan, laku musnah atau jenayah lain. Sementara seseorang individu mungkin cuba memimpin atau mengawal rusuhan, rusuhan selalunya kucar-kacir dan tidak teratur.

Perusuh bersenjatakan batang paip berdepan dengan polis anti rusuhan di Mogok Teamsters Minneapolis 1934.
Perusuh biasanya menutup muka supaya tidak dikenali serta melindungi daripada gas pemedih mata; mereka selalunya bersenjatakan batu.

Rusuhan biasanya berlaku sebagai reaksi kepada kesedihan tertentu atau rasa tidak puas hati. Sepanjang sejarah, rusuhan berlaku kerana keadaan kerja serta taraf hidup yang teruk, penentangan terhadap kerajaan, penentangan terhadap cukai, konklik antara kaum atau agama, ataupun setelah kekalahan sesebuah pasukan di sesuatu acara sukan terutamanya bola sepak.

Rusuhan lazimnya melibatkan vandalisme serta kemusnahan harta awam dan persendirian. Harta spesifik yang disasarkan bergantung kepada punca rusuhan serta pihak yang terlibat. Sasaran termasuklah kedai, kereta, restoran, institusi milik kerajaan, serta rumah ibadat.

Dalam sukan juga, rusuhan boleh juga berlaku, terutamanya sukan bola sepak. Perusuh bola sepak, juga dikenali sebagai samseng bola sepak atau hooligan, sering merusuh serta melakukan kekacauan sekiranya pasukan yang mereka minati itu kalah dalam bola sepak. Gejala samseng bola sepak sering menjadi ancaman terhadap sukan bola sepak di Eropah terutama di England, Perancis, Poland dan Jerman.

Jenis-jenis rusuhan sunting

Hooligan sunting

Hooligan merujuk kepada perusuh yang terdiri daripada peminat sukan - terutamanya peminat bola sepak - yang berkelakuan pemusnah. Sesetengah perusuh sukan menjadi semi-profesional, sanggup mengembara jauh ke tempat yang biasanya akan berlaku rusuhan. Gejala samseng bola sepak sering menjadi ancaman terhadap sukan bola sepak Eropah.

Rusuhan polis sunting

"Rusuhan polis" merujuk kepada tuduhan salah guna kuasa oleh pihak polis yang menggunakan keganasan serta menyerang sekumpulan orang awam. Rusuhan polis lazimnya dikaitkan dengan situasi di mana polis menyerang penunjuk perasaan aman.

Rusuhan penjara sunting

Rusuhan penjara merujuk kepada kekacauan berskala besar oleh sekumpulan banduan terhadap pentadbir penjara, pegawai penjara, ataupun sekumpulan penjara atas rasa tidak puas hati terhadap keadaan di penjara.

Rusuhan kaum sunting

"Rusuhan kaum" merujuk kepada rusuhan di mana ketegangan hubungan kaum dan etnik menjadi faktor utama. Antara rusuhan kaum terkenal di Malaysia ialah Peristiwa 13 Mei di Kuala Lumpur pada tahun 1969 dan Peristiwa Kampung Medan di Petaling Jaya,Selangor pada tahun 2001. Terdapat juga rusuhan yang disalah anggap sebagai rusuhan kaum sedangkan bukan di Malaysia antaranya rusuhan Plaza Low Yat, Kuala Lumpur pada 12 Julai 2015 dan rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman pada 26 November hingga 27 November 2018.

Rusuhan pelajar sunting

Rusuhan pelajar adalah rusuhan yang disertai pelajar institusi pengajian tinggi terutamanya di universiti. Di Malaysia, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dikuatkuasakan bagi mengekang rusuhan pelajar tetapi malangnya ia turut mengekang hak bersuara di kalangan pelajar universiti. Rusuhan pelajar selalunya dikaitkan dengan perkembangan politik semasa serta rasa tidak puas hati terhadap pihak pentadbiran universiti.

Rusuhan bandar sunting

Rusuhan bandar adalah rusuhan yang berlaku di bandar serta dikaitkan dengan masalah perbandaran seperti masalah setinggan, pengangguran yang tinggi, kemiskinan, keadaan sekolah serta kesihatan yang menyedihkan, keganasan polis serta sikap berat sebelah kerajaan. Rusuhan bandar sering dikaitkan dengan rusuhan kaum dan rusuhan polis.

Tindak balas polis sunting

 
Polis anti rusuhan memakai baju kalis peluru serta perisai, dan mungkin menggunakan gas pemedih mata.

Rusuhan lazimnya dikawal oleh pihak polis (kawalan rusuhan), walaupun pendekatan yang digunakan mungkin berbeza mengikut negara. Taktik serta senjata yang digunakan termasuklah dengan menggunakan anjing penyerang, meriam air, peluru plastik, peluru getah, penyembur lada, belantan anjal, gas pemedih mata serta skuad penangkap. Di Malaysia, rusuhan ditangani oleh Unit Simpanan Persekutuan, salah satu unit di dalam Polis Diraja Malaysia.

Walau bagaimanapun, penglibatan polis dalam menangani rusuhan sering dicemari dengan tuduhan keganasan polis yang sememangnya menjadikan rusuhan bertambah buruk. Tambahan pula, walaupun senjata yang digunakan polis secara rasminya diisytiharkan sebagai tidak membahayakan nyawa, terdapat dakwaan beberapa orang yang mati akibat penggunaan senjata sedemikian oleh pihak polis.

Perusuh sering menggunakan pelbagai taktik bagi menangani polis anti rusuhan, termasuklah penggunaan topeng gas (untuk melindungi daripada senjata kimia), senjata lontaran seperti batu, botol dan bom petrol, mercun bagi menakutkan anjing, serta rampasan senjata polis. Rusuhan, terutamanya di kawasan mundur, kadang kala sering diiringi kejadian pecah rumah.

Rusuhan terkenal sunting

Peristiwa 13 Mei sunting

 
Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.

Peristiwa 13 Mei merupakan rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak kepada masalah perpaduan di Malaysia pada masa itu. Ia berpunca daripada isu perkauman yang dibangkitkan semasa Pilihan Raya Umum 1969 serta masalah sosio-ekonomi yang dihadapi orang Melayu, di mana mereka berasa marah kerana kekal miskin di negara sendiri tanpa tindakan konkrit oleh kerajaan.

Bacaan lanjut sunting

  • Applegate, Col. Rex. Riot Control: Materiel and Techniques. Paladin Press. ISBN 9780873642088. Unknown parameter |Year= ignored (|year= suggested) (bantuan)
  • Beene, Capt. Charles. Riot Prevention and Control: A Police Officer's Guide to Managing Violent and Nonviolent Crowds. Paladin Press. ISBN 1581605188. Unknown parameter |Year= ignored (|year= suggested) (bantuan)
  • Bessel, Richard Emsley, Clive. Patterns of Provocation: Police and Public Disorder. Berghahn Books. ISBN 1571812288. Unknown parameter |Year= ignored (|year= suggested) (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • Hernon, Ian. Riot!: Civil Insurrection from Peterloo to the Present Day. Pluto Press. ISBN 0745325386. Unknown parameter |Year= ignored (|year= suggested) (bantuan)
  • Waddington, P.A.J. The Strong Arm of the Law: Armed and Public Order Policing. Clarendon Press. ISBN 0198273592. Unknown parameter |Year= ignored (|year= suggested) (bantuan)

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  • Blackstones Police Manual Volume 4 General police duties, Fraser Simpson (2006). pp. 245. Oxford University Press. ISBN 0-19-928522-5

Pautan luar sunting