Arkib perbincangan terdahulu:
  • Arkib 1 - Mei 2016 hingga Mac 2017
  • Arkib 2 - April 2017 hingga Disember 2017
  • Arkib 3 - Januari 2018 sehingga Oktober 2018
  • Arkib 4 - November 2018 sehingga Februari 2019
  • Arkib 5 - Mac 2019 sehingga April 2020

Ubahan konfigurasi pengguna awanamaSunting

Salam. Saya mohon saudara lihat komen penyelia sistem berkenaan usul ini di Phabricator - CyberTroopers bincang/sumbangan 12:09, 4 Mei 2020 (UTC)

Terima kasih, saya sudahpun membaca komen tersebut. Harap kita dapat lihat hasilnya. Wassalam.-Fandi89 (bincang) 12:15, 4 Mei 2020 (UTC)
Lihat komen yang terbaru. Tatal bahagian paling bawah. - CyberTroopers bincang/sumbangan 12:27, 4 Mei 2020 (UTC)

Unused file(s)Sunting

Hi! You have uploaded one or more files that is not in use. You can see all unused files in Kategori:Wikipedia orphaned files and there is a link you can click to see who uploaded the files (just search for your own name).

You can help by checking if the files are still useful. If yes add it to an article and remove the template {{Orphan file}}.

If it is no longer useful then nominate for deletion.

If the file is free it could be copied to Commons. If you need help you are welcome to ask Pengguna:MGA73. --MGA73bot (bincang) 11:06, 14 Mei 2020 (UTC)

mswiki Untuk Vani BhojanSunting

Hai ...

Bolehkah anda membuat mswiki untuk Vani Bhojan. Tolonglah.–– Komen tanpa tandatangan ini diberikan oleh 2409:4072:20b:a63c:e4da:b343:6d43:e344

Selamat Hari Raya AidilfitriSunting

 Salam pengguna Wikipedia Bahasa Melayu!

Pentadbir Wikipedia Bahasa Melayu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua yang meraikannya. Sila amalkan penjarakan sosial dan kebersihan yang tinggi bagi mengelakkan daripada dijangkiti oleh penyakit Covid-19. Semoga kedatangan Aidilfitri ini akan memberi semangat yang tinggi kepada kita semua untuk terus menyumbang dalam Wikipedia Bahasa Melayu! Terima kasih.

Selamat Hari Raya dan perkara kecil minta nak tolongSunting

Terimakasih kerana anda telah membaili artikel Tealive. Sebenarnya saya sedang melakukan satu projek di GitHub untuk memasukkan jenama Malaysia ke dalam databasenya, dan terpaksa untuk mencipta Wikidata dan halaman untuk brand. Jika anda mempunyai masa lapang, harap anda boleh membantu untuk mengembangkannya. Bren yg telah diciptakan PappaRich, KK Super Mart, Eco-Shop dan MR.DIY. Manakala kedai boba untuk Xing Fu Tang juga perlu diciptakan (saya cipta di zhwiki sbb dia berasal dari wilayah Taiwan, tetapi dia juga amat popular di negara kita dan Asia Tenggara). angys Bincang 18:12, 29 Mei 2020 (UTC)

Selamat Hari Raya. Boleh, saya akan buat kemudian.–Fandi89 (bincang) 02:00, 30 Mei 2020 (UTC)

License templatesSunting

Hi! Why did you make changes like this one? Did the version Pengguna:Pizza1016 made not work? I ask because I try to fix templates on other wikis and was looking for a good template to copy. And the old version looked more simple to use. --MGA73 (bincang) 21:38, 2 Jun 2020 (UTC)

Hi! I do not know if you saw this message. But if there is a problem with the license templates I would like to know so I can avoid the same problem on other wikis. --MGA73 (bincang) 16:00, 11 Jun 2020 (UTC)

Perihal Roman CatholicSunting

Roman Catholic dalam bahasa Melayu ialah Roman Katolik dan sudah mantap penggunaannya walaupun tidak mengikuti hukum DM. Ia juga digunakan secara meluas oleh penutur bahasa Melayu yang menganuti agama Kristian. Jadi, jangan guna Katolik Rom, dsb. -- TofeikuBincang 07:06, 7 Jun 2020 (UTC)

@Fandi89: @Tofeiku: Rasional "mantap pengunaannya" hanya kerana ia diiktiraf suatu badan rasmi agak flawed - misalnya: WBM mengeja makanan berasaskan daging sebagai "serunding" sedangkan Dewan Bahasa hanya iktiraf "serondeng" dan Badan Bahasa iktiraf "serundeng", tapi mengapa dikekalkan? Sebab ia memudahkan pencarian selagi masih ramai pembaca sasaran belum tahu adanya pengejaan selain yang berhuruf U-I itu.
"Gereja Katolik Rom" masih akan dikekalkan (waima jauh kurang diutamakan berbanding "Gereja Katolik") dengan rasional sama - memudahkan sebab yang lebih kepada kebarangkalian orang mencari "Gereja Katolik Rom" sebab mereka mentally translate "Roman Catholic Church" (percayalah, saya pernah tersempak orang begitu - malah ada juga contoh dalam media umum)...lagipun, ada juga yang sangat skeptik pendekatan mengistilah DBP yang dikatakan terlalu hampir ikut corak Inggeris dan "malas" dalam situasi tertentu (misalnya "fi", "solusi", "bajet" dll) maka contoh "Roman Katolik" diberikan mungkin akan tidak disenangi mereka.
Kita bukan badan penyelia rasmi mana-mana kerajaan/pemerintah mana-mana negara pun, kita tidak perlu bertindak tegar begini. Kita tumpukan kepada pembiasaan dan pemudahan terhadap penggunaan WBM secara meluas lebih dahulu lagi-lagi dengan kekangan yang diketahui umum (kurangnya kesedaran, stigma dan sebagainya)... - :Anumengelamun (bincang) 10:09, 7 Jun 2020 (UTC)
@Anumengelamun: Saya berkata ia mantap penggunaannya dalam kalangan penganut agama Kristian Roman Katolik dan saya tidak merujuk kepada badan bahasa atau kerajaan negara tersebut. Istilah Roman Katolik diiktiraf penggunaannya oleh para penganut agama Kristian yang berbahasa Melayu di Brunei, Malaysia dan Singapura. Istilah itu tidak semestinya perlu diiktiraf oleh badan bahasa di negara tersebut. Menukarkannya ke Katolik Rom akan menyukarkan lagi pencarian bagi penganut agama tersebut yang sudah dididik di sekolah Ahad dan gereja bahawa mereka menganuti agama Kristian Roman Katolik dan bukannya Katolik Rom. Adakah saudara memikirkan penganut agama ini yang akan lebih cenderung membaca rencana ini berbanding penganut agama lain? Lagipun, carian Google untuk Katolik Rom amat sedikit berbanding Roman Katolik yang banyak digunakan dalam media gereja, keuskupan dan sebagainya. Apa-apapun dalam Wikipedia bahasa Melayu, Roman Catholic ialah Roman Katolik. Sekali lagi saya mahu ingatkan, tolong berbincang dengan komuniti Wikipedia bahasa Melayu terlebih dahulu sebelum melakukan perubahan sebegini. -- TofeikuBincang 11:22, 7 Jun 2020 (UTC)
Menukarkannya ke Katolik Rom akan menyukarkan lagi pencarian bagi penganut agama tersebut yang sudah dididik di sekolah Ahad dan gereja bahawa mereka menganuti agama Kristian Roman Katolik dan bukannya Katolik Rom.'x
Saudara @Tofeiku: sudah salah faham besar - saya langsung tidak mahu pindahkan entri habis-habis ke "Gereja Katolik Rom", sebab "Gereja Katolik" sudah memadai lagi-lagi dari versi bahasa Inggeris asal ("Catholic Church"). I'm not that stupid. Saya hanya mahu tambahkan satu kata seerti atau sinonim yang cenderung dipakai sahaja. Saudara kata, "Oh, budak-budak sekolah Ahad tahu pakai 'Roman Katolik'" - tapi kalau pembaca beragama Islam, Hindu dan sebagainya yang mahu baca mengenali anutan lain dan kurang terdedah penulisan dialog antara agama? Kalau mereka hanya tahu mahu cari "Katolik Rom" sebab ikut sumber beristilah Inggeris sahaja tanpa sebarang rujukan BM?
Adakah saudara memikirkan penganut agama ini yang akan lebih cenderung membaca rencana ini berbanding penganut agama lain?
Saya tujukan entri ini untuk kedua-dua yang penganut Katolik dan bukan Katolik (seperti yang Islam). Pembaca Katolik memanglah tahu sebab ada kelebihan kelas agama. Pembaca bukan Katolik tu yang kita beri kelonggaran sebab mereka tak diajar benda macam ini...saya tahulah saudara orang Sabah, sumber Kristian sebahasa mudah diperoleh. Tapi cuba bayangkan kalau orang yang tak pernah ada kawan berlainan agama dari Semenanjung misalnya, yang hanya ada English point of reference semasa mengkaji, mereka barangkali tak tahu apa yang tepat mahu dicari sampai terpakai "Katolik Rom". Inilah sebab saya sertakan sekali.
Lagipun, carian Google untuk Katolik Rom amat sedikit berbanding Roman Katolik
Sedikit bukti yang ada tak bermaksud ia tidak wujud langsung. Kita hanya bersifat prescriptive hal ini, bukan?
Istilah Roman Katolik diiktiraf penggunaannya oleh para penganut agama Kristian yang berbahasa Melayu di Brunei, Malaysia dan Singapura.
Yang Malaysia itu saya tahu, tapi yang Singapura dan Brunei tu macam mana? Saya berbesar hati kalau dapat diberi contoh penggunaan sebegitu di media kedua-dua Brunei dan Singapura.
Sekali lagi saya mahu ingatkan, tolong berbincang dengan komuniti Wikipedia bahasa Melayu terlebih dahulu sebelum melakukan perubahan sebegini
Saudara cakap seakan saya mahu buat langkah pemindahah sepenuhnya. Saya tak ada mahu pindahkan pun, sumpah. Saya hanya mahu tambah sinonim. Salahkah saya menambahkan istilah cenderung dipakai sesama Nusantara (sebab ada juga kebarangkalian warga Katolik berpegang sumber memakai kedua-dua baku Malaysia dan Indonesia sepertimana yang dialami penganut Islam)? Cakap pasal ralat - saudara boleh nyatakan sahaja pada ringkasan suntingan semula entri, boleh saya maklum dan faham mana yang salah semasa melihat sejarah laman. Ini, tak, kosong je ringkasan...ia seakan saudara sungguh dismissive tanpa mahu tunjukkan mana yang salah, saya pun jadi keliru. Labelling in the edit summary would at least help with transaprency and understanding, and I can live with that.
Anumengelamun (bincang) 13:28, 7 Jun 2020 (UTC)
@Anumengelamun: Saudara pun salah faham. Saya tidak sebut pun pasal memindahkan rencana. Yang saya maksudkan dalam perbincangan ini ialah padanan Roman Catholic ialah Roman Katolik dalam bahasa Melayu dan bukannya Katolik Rom. Jadi bila-bila kita menyebut Roman Catholic dalam Wikipedia bahasa Melayu, kita guna Roman Katolik sebagai padanannya dan bukannya Katolik Rom. Pertama, apa menghalang penganut agama lain mengenali istilah sebenar agama tersebut? Hal ini tentang agama dan saya ingin memastikan agar hal ini tidak menjadi isu. Adakah lebih baik gunakan sahaja istilah yang biasa digunakan? Istilah itu memang digunakan dalam agama itu dan ikutlah laras bahasa topik itu. Ikut pemahaman saya dari logik saudara, lebih baik gunakan istilah biasa berbanding istilah teknikal seperti biologi dalam rencana tentang biologi contohnya. Penggunaan istilah Roman Katolik dalam media Brunei dan Singapura. Biarlah kita gunakan istilah yang lebih biasa digunakan. Wikipedia ini tujuannya untuk belajar. Dan minta maaf kerana tidak menulis ringkasan suntingan. Saya akan lebih cakna dengan ini. Bawa bertenang. -- TofeikuBincang 14:06, 7 Jun 2020 (UTC)
@Tofeiku: - rujukan Berita Harian Singapura yang saudara berikan juga ada "Vatican City"... (O_o) Saya sebenarnya maksudkan yang kita perlu petik sumber yang dihasilkan khusus dari pihak Gereja Katolik sendiri untuk para penganutnya di negara-negara ini. Malaysia sudah ada Herald Malaysia, sudah tentu Singapura dan Brunei ada penerbit sebegitu yang tersendiri...
Saya tidak sebut pun pasal memindahkan rencana Saya menyedari saya tersilap tulis ""Gereja Katolik Rom" masih akan dikekalkan" - saya lebih maksudkan saat menulis bajawa istilah itu tetap akan tampil selain "Gereja Katolik" yang utama dan "Gereja Roman Katolik", bukannya judul "Gereja Katolik" itu yang mahu dipindahkan ke "Gereja Katolik Rom"...kekeliruan itu amat dikesali. "Gereja Katolik" tetap saya biarkan.
Dan minta maaf kerana tidak menulis ringkasan suntingan. Saya akan lebih cakna dengan ini. Bawa bertenang
Maaf diterima... Anumengelamun (bincang) 15:11, 7 Jun 2020 (UTC)
Maaf kerana saya sibuk dengan komitmen lain (tak tahu apa yang saya perlu katakan), tapi ada benarnya pandangan saudara Tofeiku.–Fandi89 (bincang) 14:54, 7 Jun 2020 (UTC)
@Anumengelamun: Fandi sependapat dengan saya. Terdapat kekurangan media berbahasa Melayu bagi gereja di Brunei lebih-lebih lagi di Singapura. Brunei ada misa/kebaktian diadakan dalam bahasa Melayu untuk menampung jemaat orang asal sana namun Singapura setahu saya tiada misa atau kebaktian diadakan dalam bahasa Melayu. Namun saya memang tahu yang penganut agama di Negara Brunei Darussalam menggunakan istilah Roman Katolik memandangkan saya dekat dengan Brunei dan ada kawan Brunei yang menganutinya di universiti. Lagipun, istilah-istilah ini kebiasaannya tiada perbezaan antara negara jadi saudara tidak perlu terlalu mencari perbezaan dalam negara-negara ini kerana bahasa Melayu yang digunakan di negara-negara ini sama namun berlainan dengan Indonesia yang mempunyai perbezaan yang jauh ketara. Kesimpulannya, gunalah Roman Katolik dan bukannya Katolik Rom dalam kandungan rencana. Perkara ini hal agama dan hormatilah istilah yang digunakan. Ingat, perbincangan di Wikipedia perlulah sivil dan sentiasa bersangka baik. Terima kasih. -- TofeikuBincang 15:28, 7 Jun 2020 (UTC)

Kempen Penciptaan WikiberitaSunting

Salam sejahtera saudara Fandi89, saya dan rakan-rakan dari Wikiberita (Wikinews) Bahasa Melayu ingin meminta sokongan anda dalam satu undian disini: https://meta.wikimedia.org/wiki/Requests_for_new_languages/Wikinews_Malay

Harap kita dapat hidupkan Wikiberita Bahasa Melayu sebagai medan baharu buat rangkaian Wikipedia Bahasa Melayu. :)

Terima kasih. -Ricky250 (bincang) 18:23, 29 Jun 2020 (UTC)

Sama-sama, saya telahpun membuat undian.-Fandi89 (bincang) 13:29, 29 Jun 2020 (UTC)

Quick note about a spam article added in this projectSunting

Hello! This is about this article Calvin Lo which was recently created in this project.
A user which has been blocked on EN has been creating a recently deleted article on EN. This user (blocked on EN) has recreated the article across many wiki projects see Wikidata for full details. It was also created in: now deleted: ID, AR,FR, JA, KO, MS, TH, and many others. The same account has been proven to be a sockpuppet of Timlaieditor (see the group that was blocked on June 18). Thought you may want to know as UR, TH, and ID projects have already deleted the articles in their respective projects for spam/promotions. Hope you can help look into it. Thanks! — Infogapp1 (bincang) 12:22, 19 Julai 2020 (UTC)

Thanks for remind me about this. I don’t know him very much. Thanks-Fandi89 (bincang) 06:14, 30 Julai 2020 (UTC)

Adding a license on filesSunting

Hi! I noticed this change where you added a free license to a file. How do you know that files from https://www.hotpot.tv is licensed cc-by-sa-3.0? When I look at https://hotpot.zendesk.com/hc/en-us/articles/360023177191 I see no mentioning that they have released their photos under that license. --MGA73 (bincang) 06:24, 7 Ogos 2020 (UTC)

Another example is this edit and this edit.
You can add a fair use license on all files that meet the non-free requirements but free licenses can only be added by the copyright holder (the uploader of the file). If you want to add a license you can only do it if the website specificly mention a free license. If it does it is a good idea to add a link to where to see this license in the permission field (unless the license is mentioned the same place as the link in the source).
So you should check the files where you have added a free license and either add a link to where the free license is or remove the license template again. --MGA73 (bincang) 06:32, 7 Ogos 2020 (UTC)
Thanks for reminding me about this. I will do this later.-Fandi89 (bincang) 06:34, 7 Ogos 2020 (UTC)
Sounds great! You are an awesome source finder so once you have checked the file in this category perhaps you would like to help check the files in Kategori:Semua media bebas. It would be good to check all files to see if they have a source and an author and if they are copied from a website. If they are good they should be moved to Commons. If they are bad then they should be nominated for deletion. --MGA73 (bincang) 08:10, 7 Ogos 2020 (UTC)

Again, Khatijah TanSunting

Hello @Fandi89:, Saya memerlukan bantuan anda untuk menulis karangan panjang tentang Kerjaya Khatijah Tan yang bermula pada tahun 1988 melalui sitkom dan seterusnya.. Terima Kasih, saya harap anda dapat menolong! Saiff Naqiuddin (bincang) 16:33, 8 Ogos 2020 (UTC)

Saya seorang pelukis Di malaysiaSunting

Assalamualaikum Boleh tak awak bantu saya untuk buatkan satu wikipedia menegenai saya..tujuannya saya nak org lebih mudah menegenali diri saya dan apa yg saya lakukan.. Kalau tidak keberatan boleh saya tahu dekat mana saya boleh contact cik? Untuk hubungi saya boleh dm saya di instagram @luzzinami Luzzinami (bincang) 03:36, 29 September 2020 (UTC)

Maaf, saya tidak boleh buat begitu. Anda boleh mencipta profil anda di laman projek lain termasuk www.tolololpedia.org dan www.uncyclopedia.info. Wikipedia bukan tempatnya, untuk mencipta rencana, anda perlu bersikap neutral. Terima kasih.–Fandi89 (bincang) 08:04, 29 September 2020 (UTC)

Hello, nak minta tolong sikitSunting

Hi Fandi89, saya pengguna yg menyunting rencana berkaitan filem di Wiki English, Bm dan Bahasa Cina. Di sini saya minta tolong untuk selamatkan seramai 20 rencana filem-filem bahasa Tamil Malaysia yang sedang dalam proses PENGUNDIAN untuk DIHAPUSKAN di Wikipedia Bahasa Inggeris. Saya telah buat satu bahagian tutorial di laman perbincangan saya, Perbincangan pengguna:LoveFromBJM. Saya dah tag banyak pengguna pagi tadi, tapi diorang macam tak dapat notification, jadi sebenarnya macam mana cara betul nak tagkan pengguna? Sila tolong saya, agak urgent ;) --Pengguna:LoveFromBJM (Perbincangan) 15:25 (UTC)

@LoveFromBJM: memandangkan ia kelihatan seperti kecemasan, maka saya akan bantu ajar caranya memandangkan Fandi mungkin sudah berada di luar talian. Anda taipkan saja seperti dalam kotak ini: {{ping|nama pengguna}}. Contoh: {{ping|CyberTroopers}}. Harap ia membantu anda.- CyberTroopers bincang/sumbangan 15:33, 29 September 2020 (UTC)
@CyberTroopers: Sebenarnya saya dah buat demikian, saya juga sudah tag awak, tetapi saya belum dapat lagi respond lol. Anda sudah lihat laman perbincangan saya? --Pengguna:LoveFromBJM (Perbincangan) 15:42 (UTC)
@LoveFromBJM: Terima kasih kerana memaklumkan hal ini kepada saya. Saya akan bantu apa yang boleh.-Fandi89 (bincang) 08:19, 30 September 2020 (UTC)

Penukaran tajukSunting

Bolehkah saya menukar tajuk rencana wikipedia "Pengaraman MV Dayang Topaz" kepada "Insiden Kapal Dayang Topaz"? Adakah Fandi89 bersetuju? Hal ini membolehkan pengguna internet mudah mencari rencana ini. – Komen tanpa tandatangan ini diberikan oleh Shahsukanulis

@Shahsukanulis: Saya rasa tiada masalah, silakan.–Fandi89 (bincang) 06:32, 6 November 2020 (UTC)

Padanan orderSunting

Saya perasan rencana tentang "order" negeri yang anda cipta dipadankan dengan "perintah". Sebenarnya ia "darjah" atau "darjah kebesaran". Harap dapat periksa balik rencana yang telah dicipta. Terima kasih. -- TofeikuBincang 15:06, 26 November 2020 (UTC)