Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Perlantikan jawatan penyelia PeaceSearcher 17 Januari 2021
Pengundian laman ini telah selesai dan telah pun ditutup. Undian selepas tarikh tamat pengundian tidak akan diterima. |
PeaceSearcher (Perbualan • Sumbangan • Statistik • Akaun Sejagat)
Diusulkan oleh CyberTroopers Jumlah suntingan 7,654 suntingan setakat 17 Jan 2021, 08:46 UTC Mekanisme Waktu pengundian:
- Pengundian bermula pada 17 Januari 2021.
- Dapat berakhir paling cepat pada 21 Januari 2021 (1 minggu) sekiranya terdapat minimum 14 undian sah.
- Berakhir selewat-lewatnya pada 28 Januari 2021 (2 minggu).
Undian minimum untuk dilantik menjadi Penyelia:
- Pengguna yang mengundi minimum sebanyak 10 pengguna.
- Persetujuan diperlukan sebanyak 70% daripada jumlah undian yang diberikan oleh pengguna.
Semua pengguna berdaftar boleh mengundi. Pengguna berdaftar yang dimaksudkan ialah yang telah memenuhi tiga syarat berikut sebelum pengundian bermula:
- berumur (suntingan pertama) minimum seminggu,
- mempunyai minimum 15 suntingan,
- bukan pengguna boneka.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya berharap dengan perlantikan sebagai penyelia dapat mencepatkan masa tindak balas terhadap masalah vandalisme dalam WBM, terutamanya dalam rencana-rencana kritikal (seperti rencana ahli politik, agama dan hal semasa), di mana bilangan pembaca boleh menjadi tinggi pada suatu masa. Selain itu, isu-isu dan kesilapan di rencana-rencana terlindung (seperti laman utama WBM) juga boleh dibaiki dengan lebih cepat.
Tidak banyak perkara saya ingin kata untuk sekarang. Harap-harap para penyelia sedia ada dapat ajar saya tentang asas penyeliaan Wikipedia dengan baik, dan dapat tegur saya sekiranya ada salah silap dalam tugasan saya. Apapun, terima kasih! PEACE SEARCHΞR [Bincang] 15:22, 20 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan pengemaskinian rencana-rencana di wikipedia seperti pengguna awanama dan tatabahasa, kira-kira, bolehkah dijelaskan apa sahaja yang harus diperbaiki di masa-masa mendatang? Azmi1995 (bincang) 15:45, 17 Januari 2021 (UTC)[balas]
@Azmi1995: Assalamualaikum, Azmi. Saya akan jawab satu-satu. Bagi "pengemaskinian rencana-rencana di wikipedia", saya rasa kita perlu lebihkan sikit fokus kepada tiga perkara:- 1) Rencana-rencana sekitar Nusantara; 2) Rencana pengetahuan am (lihat Senarai rencana 1000 / Senarai rencana 10,000) dan 3) Rencana mengenai hal semasa. Ini melingkupi bidang-bidang seperti politik serta hiburan (cth. drama, permainan video dan sukan - ini bidang yang saya nampak lazim disunting; cadangan saya, giatkan cari bakal penyunting dalam bidang muzik semasa serta hiburan luar negara).
Isu pengguna awanama memang telah lama menjadi sebuah isu dalam WBM, dan saya tidak begitu kisah sekiranya dicadangkan untuk menyekat pengguna awanama daripada membina rencana baharu - cuma mereka perlu dilatih dan diajar cara suntingan yang tidak betul agar kurang lagi berlaku vandalisme. Pihak CyberTroopers sudah siapkan KembaraWiki untuk penyunting-penyunting baharu beberapa bulan lepas, cuma perlu banyak lagi diuar-uarkan.
Berkenaan tatabahasa, kita boleh rujuk kepada buku Tatabahasa Dewan keluaran DPB. Saya ada buku itu, jadi mungkin saya boleh dalami balik buku itu dan bincangkan isinya. Lagipun, rencana tatabahasa bahasa Melayu pun sungguh pendek berbanding dengan versi WBI. [Saya tidak faham apa kamu maksudkan dengan "kira-kira" jadi boleh huraikan dengan lanjut?]
Apapun, selain daripada yang di atas, perkara-perkara ini perlu diperbaiki dalam bidang pengemaskinian rencana:
- pengurusan kategori-kategori rencana WBM agar lebih terurus dan kurang lompong;
- bidang pengembangan rencana-rencana tunas;
- pengarkiban rujukan-rujukan laman agar tidak terhilang dalam situasi tak terjangka (ambil kes Utusan Malaysia dan Kosmo! bankrap - laman web dinyahkan, menyebabkan laman-laman tak terarkib lenyap begitu saja).
Secara keseluruhannya, kita sendiri ada banyak kategori laman yang memerlukan penyelenggaraan (kurang rujukan, tak neutral, rencana tak diterjemah), tapi kurang diambil perhatian, jadi itu kena diuar-uarkan. Saya rasa itu sahaja untuk sekarang, terima kasih! PEACE SEARCHΞR [Bincang] 15:12, 20 Januari 2021 (UTC)[balas]
// Tambahan: Berkenaan "Rencana-rencana sekitar Nusantara", saya dan Tofeiku ada cipta satu senarai bidang rencana berkaitan Malaysia yang patut kita beri perhatian (penghasilan, pengembangan dan pengemasan rencana) - ini atas dasar matlamat dalam laporan semada (versi 2021) Wikimedia Malaysia - kita boleh bangunkan balik WikiProjek Malaysia untuk hal-hal sebegini. Boleh rujuk sini Boleh juga usahakan untuk S'pura, Brunei dan Indonesia kalau ada yang sudi. //
Sokongan
sunting- Setuju Dia banyak membantu penyelia dalam membuat rondaan pada perubahan oleh pengguna-pengguna dan pengguna awanama serta membantu mengemaskini rencana-rencana yang sedia ada dalam pelbagai aspek (tatabahasa, pengkategorian dsb). - CyberTroopers bincang/sumbangan 08:56, 17 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju Hanamanteo (bincang) 09:36, 17 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju per CyberTroopers. FBN122645 (bincang) 09:44, 17 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju – Blue Sonic (bincang) 09:46, 17 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju - Ya, sebagaimana CyberTroopers katakan. Dia proaktif dalam memantau dan menyelenggara rencana-rencana. - Zahirul Nukman (bincang) 09:49, 17 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju – Polar (bincang) 09:57, 17 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju - Wiki Farazi (⌐■-■) bincang 10:51, 17 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju – Wagino 20100516 (bincang) 11:23, 17 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju - Selain aktif menyunting, dia turut menyumbang dalam kerja-kerja penyelenggaraan. Saya menantikan kenyataannya untuk ini. TofeikuBincang 11:49, 17 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju — Izington (bincang) 14:37, 17 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju Ronniecoln Loudtiago (bincang) 15:09, 17 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju Ceball1923 (bincang) 23:14, 17 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju -- dwf² (runding) 00:27, 18 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju - Saya bersetuju dengan pelantikan beliau sebagai penyelia memandangkan Wikipedia Bahasa Melayu kekurangan penyelia kerana kebanyakannya tidak lagi aktif. Kadangkala beliau juga membantu mengemaskini rencana yang dicipta oleh saya selain membantu menyelenggara laman ini dari segi aspek dan pengisian kandungan. – Fandi89 (bincang) 08:04, 18 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju Kenapa saya tidak mengatakan tidak? Bila lagi nak beri peluang kepada orang lebih muda untuk menyelia. Saya pasti dia mampu melakukan tugas-tugas penyeliaan. Kalau rasa risau tak boleh lakukan, buat apa yang awak rasa betul selagi mengikut peraturan yang ditetapkan. SNN95 Talk to me, beybeh! 14:15, 18 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju - Setuju. Dia sememangnya layak dan sesuai untuk menggalas jawatan ini. Semoga semua yang terbaik buat kamu nanti. – Muhd Aiman65 (bincang) 15:03, 18 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju - Meow setuju. :3 - Ricky250 (bincang) 00:02, 19 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju - Setuju. Kita perlukan lebih ramai penyelia yang aktif. - Anne4321 (bincang) 10:19, 19 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju - Setuju. Saya kerap kali melihat beliau dalam membantu dan memperkemas artikel-artikel penting wikipedia bahasa melayu . - KesunyianAyam (bincang) 12:16, 19 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju - Menyokong sepenuhnya. Rachun Dunia (bincang) 14:36, 19 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju - ⚜️ Fulgur 픽리 〰️「bincang」 14:34, 20 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju - Sepakat. Apa yang ditulis saya anggap cukup menjawab Azmi1995 (bincang) 17:09, 20 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju - Naval Scene (bincang) 09:47, 21 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju - Setentunya menambah kekurangan tenaga manusia bagi tugas menyelia. Semoga maju jaya. Zulfadli51 (bincang) 10:37, 21 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju 26 Ramadan (bincang) 09:20, 24 Januari 2021 (UTC)[balas]
- Setuju Syed Muhammad Al Hafiz (bincang) 17:47, 24 Januari 2021 (UTC)[balas]
# Setuju 丘明利 (bincang) 15:52, 31 Januari 2021 (UTC)[balas]
Bantahan
suntingBerkecuali
suntingCatatan
suntingSoalan
suntingJumlah | |||
26 | 0 | x(0) | 26 |
100% | 0% | x | 100% |
- Tahniah kepada @PeaceSearcher: sebagai penyelia. Status pengguna anda telah ditukar kepada penyelia pada 30 Jan 2021. Zamwan (bincang) 09:17, 30 Januari 2021 (UTC)[balas]