Wikipedia:Lima tonggak

Seluruh Dasar dan garis panduan Wikipedia yang sedia termaktub dapat diringkas menjadi lima tonggak utama yang merupakan ciri Wikipedia:

Wikipedia ialah sebuah ensiklopedia
  • Wikipedia ialah sebuah ensiklopedia yang menggabungkan unsur-unsur daripada sebuah ensiklopedia umum, ensiklopedia khusus, dan almanak (catatan sejarah) dalam satu wadah.
  • Semua rencana harus mengikuti dasar dan polisi yang dirangka, disusun dan telah dipersetujui bersama. Perlu diketahui bahawa Wikipedia melarang penyelidikan asli dan penyumbang harus betul-betul berusaha memastikan kesahihannya.
  • Wikipedia bukan tempat untuk menyumbangkan pendapat, pengalaman, ataupun tegasan peribadi. Lebih lanjut, Wikipedia bukanlah tempat untuk meletakkan maklumat semberono.
  • Wikipedia bukanlah tempat untuk meletakkan himpunan pernyataan "remeh" (trivia), panggung politik, mempromosikan diri sendiri, tempat percubaan anarki mahupun demokrasi, atau sebuah buku petunjuk web.
  • Wikipedia juga bukanlah tempat untuk meletakkan kamus dan Kalam Tuhan secara bulat-bulat, (tetapi sebagai ayat penegas dan rujukan bagi mengukuhkan pernyataan adalah dibenarkan), mahupun himpunan naskah sumber (salinan naskah jurnal). Kandungan jenis seperti ini masing-masing boleh diletakkan di projek-projek Wikimedia yang berikut.
 
Wikipedia memiliki sudut pandang berkecuali
  • Ini bermaksud, anda dan kami mesti berusaha keras untuk menghasilkan suatu bentuk sentuhan akhir setiap rencana di Wikipedia yang tidak hanya menumpukan pada satu sudut pandangan sahaja. Lebih tepat lagi tiada berat sebelah. Ini bererti kita harus mencari pandangan pro dan kontra antara sesuatu dakwaan dan permasalahan; dan menuliskan tiap pandangan untuk memastikan kesahihannya dan menyediakan sumber rujukan yang boleh dipercayai untuk setiap pandangan yang ditulis. Hal ini dimaksudkan agar pihak yang membaca dapat mengerti dan menilai akan kejituan pandangan yang diwakilkan oleh sebuah pernyataan.
  • Pada penulisan di Wikipedia, tidak ada sebuah pandangan pun yang dapat dituliskan sebagai "pandangan yang benar" atau "pandangan terbaik". Ini bererti, penulisan hanya tertumpu kepada sumber yang dapat ditentusahkan sahaja, khususnya kepada topik-tpik kontroversi yang memerlukan kaedah penyelesaian pertikaian yang matang lagi baik.
  • Ketika muncul sebuah konflik akan versi mana yang paling berkecuali, umumkan suatu tempoh bertenang dan berikan tanda (tag) pada rencana tersebut sebagai rencana dalam perselisihan; bahas rincian satu demi satu dalam laman perbincangannya dan ikuti kaedah penyelesaian pertikaian yang terbaik.
 
Wikipedia memiliki kandungan bebas
 
Wikipedia memiliki aturan tingkah laku
 
Jangan terbeban dengan aturan
  • Wikipedia tidak memiliki peraturan kaku selain daripada kelima rukun yang dihuraikan di sini. Walau bagaimanapun, anda perlu menepati aturan-aturan yang bersangkutan dengannya. Lihat: Wikipedia:Dasar dan garis panduan.
  • Jangan takut dan gusar dalam mengemas kini laman, jangan takut menyunting, memindahkan, dan mengubah rencana. Kesenangan untuk menyunting seharusnya menjadi tujuan utama anda berada di Wikipedia.
  • Jangan takut bahawa anda mungkin melakukan kesalahan dan malah mengganggu kelancaran Wikipedia. Setiap versi suntingan terdahulu akan tetap ada, jadi anda tidak perlu khuatir bahawa anda akan secara tidak sengaja merosakkan Wikipedia atau menghapuskan suatu isi. Semuanya dapat dikembalikan. Tetapi ingatlah bahawa segala sesuatu yang anda tulis di sini akan tersimpan dalam jangka waktu yang lama. Namun sentiasalah memperbaiki gaya penulisan anda. Elakkan laku musnah kerana anda boleh disekat daripada menyunting mungkin untuk tempoh yang lama atau selama-lamanya.

Catatan

sunting

Halaman ini memuatkan prinsip-prinsip dasar Wikipedia. Prinsip-prinsip dasar ini telah ada sebelum laman ini dibuat. Jadi anda disarankan untuk melihat laman Wikipedia:Dasar dan garis panduan terlebih dahulu sebelum pengumuman baru dibuat bagi menunjukkan laman ini siap untuk dikuatkuasakan sepenuhnya.

Lihat juga

sunting