Wikipedia:Kriteria untuk penghapusan segera

Kriteria untuk penghapusan segera menetapkan satu-satunya kes-kes yang membolehkan penyelia untuk melangkaukan perbincangan penghapusan dan menghapuskan laman-laman atau media-media Wikipedia. Kriteria tersebut meliputi sahaja kes-kes yang dinyatakan dalam peraturan di bawah.

Penghapusan dapat dibalikkan, tetapi oleh penyelia sahaja; oleh itu hapusan-hapusan yang lain berlaku sahaja selepas perbincangan. Tujuan penghapusan segera ialah untuk mengurangkan masa yang dibazirkan pada perbincangan penghapusan untuk laman atau media yang tiada peluang yang praktikal untuk berhidup selepas perbincangan.

Penyelia-penyelia hendaklah berhati-hati untuk tidak menghapuskan laman atau media dengan segera kecuali dalam kes-kes yang jelas dilihat. Jika sebuah laman telah terus hidup selepas perbincangan penghapusan yang terkini, jangan menghapuskannya dengan segera kecuali bila perlanggaran hak cipta yang baru telah didapati atau ia memenuhi kriteria-kriteria tertentu yang tidak berkontroversi; kriteria tersebut dinyatakan di bawah. Penyumbang-penyumbang kadang-kadang mencipta laman di atas beberapa suntingan. Oleh itu, penyelia hendaklah mengelakkan dari menghapuskan sebuah laman yang tidak lengkap terlalu awal selepas penciptaannya.

Sesiapa boleh memohon penghapusan segera dengan menambah antara satu templat penghapusan segera. Sebelum mencalonkan sebuah laman untuk penghapusan segera, timbangkan jika ia boleh diperbaiki, diturunkan kepada rencana tunas, digabungkan atau dilencongkan ke tempat lain, dibalikkan ke semakan lepas yang lebih baik, atau ditangani dengan cara yang lain. Sebuah laman sahaja berlayak untuk penghapusan segera jika semua semakannya juga berlayak. Pengguna-pengguna yang mencalonkan sebuah laman untuk penghapusan segera hendaklah menyatakan kriteria-kriteria laman tersebut memenuhi, dan hendaklah memaklumkan pencipta laman dan sesiapa penyumbang yang utama.

Pencipta sebuah laman yang telah dicalonkan tidak dibenarkan untuk mengeluarkan teg penghapusan segera dari laman tersebut. Seorang penyunting yang bukan pencipta laman boleh membuat sedemikian. Seorang pencipta yang tidak bersetujui dengan penghapusan segera tersebut hendaklah mengklik butang Lawankan penghapusan segera ini yang hadir dalam teg penghapusan segera. Butang ini berpaut ke laman perbincangan dengan ruang yang telah diformat untuk pencipta tersebut untuk menerangkan kenapa laman tersebut hendaklah usah dihapuskan. Namun, jika penyumbang bersendirian mengosongkan sebuah laman (selain daripada laman pengguna atau kategori), ia boleh diambil sebagai permohonan penghapusan, dan laman yang dikosongkan boleh diteg dengan {{Db-blanked}} (lihat U7).

Pendahuluan ke kriteria

Singkatan (U12, R3...) sering digunakan untuk merujuk kepada kriteria ini, dan telah diberikan dalam setiap bahagian. Contohnya, "KPS U12" merujuk kepada kriteria 12 di bahagian umum (pelanggaran hak cipta) dan "KPS G1" merujuk kepada kriteria 1 di bahagian pengguna (permintaan pemilik). Singkatan tersebut mungkin berkeliruan kepada pengguna-pengguna baru atau sesiapa lain yang tidak biasa dengan laman ini; dalam kebanyakan keadaan penjelasan dalam Bahasa Melayu yang dasar lebih digemari.

Selepas setiap kriteria di bawah adalah senarai templat digunakan untuk menandakan laman atau fail media untuk penghapusan segera untuk kriteria tersebut. Untuk memberi isyarat kepada penyelia terhadap pencalonan tersebut, letakkan templat penghapusan segera berkenaan di atas laman anda sedang mencalonkan (di dalam <noinclude>...</noinclude> jika mencalonkan sebuah laman Templat:). Sila memastikan bahawa anda meletakkan sebuah ringkasan sunting yang memberitahukan bahawa laman tersebut dicalonkan untuk penghapusan segera. Semua templat penghapusan segera dinamakan sebagai "Db-X", di mana "Db" bermaksud "delete because" (hapuskan kerana). Senarai templat "Db-X" boleh didapati di Wikipedia:Kriteria penghapusan segera/Templat penghapusan.

Jika sebuah laman memenuhi lebih dari satu kriteria di bawah, anda juga boleh menambah satu teg {{Db-multiple}} untuk merangkumi semuannya sebagai ganti menambah banyak teg. Contohnya, jika sebuah rencana kelihatan berpromosi (U11) tetapi juga gagal untuk menerangkan kepentingan subjeknya (R7), {{Db-multiple|U11|R7}} boleh digunakan untuk menandakan kedua-dua kebimbangan tersebut. Rencana tersebut boleh kemudian dihapuskan dengan segera jika seorang penyelia menilaikannya dan memutuskan bahawa antara satu atau kedua-dua kriteria tersebut dipenuhi.

Terdapat sepersetujuan yang kuat bahawa pencipta-pencipta laman atau fail media hendaklah diamarkan tentang pencalonan penghapusan segera (ataupun tentang penghapusan jika tidak diberitahu sebelum tindakan tersebut). Oleh itu, semua templat penghapusan segera (untuk kriteria selain daripada G1, U6, U7 dan U8) mempunyai dalam kandungannya sebuah praformat templat amaran yang dicadangkan untuk memberitahukan pihak atau pihak-pihak yang berkenaan dengan pencalonan dalam kriteria tersebut. Anda boleh salin dan tampal amaran tersebut kepada laman perbincangan pencipta dan penyumbang-penyumbang utama, memilih dari jenis lain di Kategori:Templat amaran KPS, atau letakkan templat amaran bersatu, {{Tlxs|CSD-warn|csd|Nama laman} yang membolehkan anda untuk menyesuaikan amaran anda di bawah apa-apa kriteria dengan menggantikan csd dengan singkatan kriteria yang bersesuaian (e.g. u4, r7).

Gunakan akal waras apabila memenuhi permohonan penghapusan segera terhadap sebuah laman: kajikan sejarah laman untuk memastikan bahawa semua semakan dahulu memenuhi kriteria penghapusan segera, kerana seorang penyunting boleh menggantikan sebuah rencana dengan bahan yang kelihatan untuk menyebabkannya untuk memenuhi kriteria di bawah.

Laman-laman yang terus hidup selepas perbincangan penghapusan

Di mana bersesuaian, kriteria-kriteria di bawah boleh digunakan untuk menghapuskan laman-laman yang terus hidup selepas perbincangan penghapusan mereka yang terbaru:

  • U6, pengemasan
  • U8, laman-laman yang bergantung kepada laman-laman yang tidak wujud
  • U9, tindakan pejabat
  • U12, pelanggaran hak cipta yang jelas
  • R2, rencana dalam bahasa asing yang wujud pada projek Wikimedia yang lain
  • R5, rencana yang telah ditranswikikan
  • F8, fail wujud di Commons

Kriteria tersebut boleh sahaja digunakan dalam kes-kes tanpa kontroversi; sekiranya berlaku pertikaian, mulakan perbincangan penghapusan yang baru. Namun, perlanggaran hak cipta yang baru ditemui hendaklah diteg dengan G12 jika perlanggaran tersebut wujud di dalam semua semakan dahulu rencana tersebut. Kriteria lain yang tidak disenaraikan di sini tidak boleh digunakan untuk penghapusan segera laman-laman yang terus hidup selepas perbincangan penghapusan; mulakan perbincangan penghapusan baru dalam kes ini.

Senarai kriteria

Nota:

  • Kriteria di bawah telah diterjemahkan dari laman berkenaan di Wikipedia Bahasa Inggeris. Jika wujud percanggahan antara versi ini dan versi Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris hendak diguna pakai. Tolong mengemaskinikan kriteria di bawah sekiranya terdapat perubahan di versi Bahasa Inggeris.
  • Kenyataan-kenyataan yang telah dikelabukan belum lagi terpakai pada Wikipedia Bahasa Melayu kerana kehilangan prosedur atau perkara yang bergantung kepada mereka yang sudah wujud di Wikipedia Bahasa Inggeris tetapi belum di sini.

Umum

Ini merangkumi semua jenis laman, dan oleh itu rencana, lencongan, laman pengguna, laman perbincangan, fail, dll. juga termasuk, selain di mana dinyatakan.

U1. Karut nyata

Laman yang secara menyeluruh mengandungi tulisan yang kabur atau merapu, tanpa kandungan berguna atau sejarah. Ini mengecualikan tulisan yang lemah/buruk, tulisan panjang yang kecondongan kepada satu pihak atau tujuan, kenyataan yang lucah, teori yang tidak masuk akal, laku musnah dan berita palsu, bahan fiksyen, bahan bukan Melayu yang koheren, dan bahan yang lemah diterjemahkan. Kotak pasir serta laman-laman dalam ruang nama pengguna tidak tertakluk kepada kriteria ini. Dalam pendek, jika anda dapat memahaminya, kriteria U1 tidak dipenuhi.

U2. Laman cubaan

Laman telah dicipta untuk sebarang percubaan suntingan atau fungsi-fungsi Wikipedia yang lain. Sublaman kotak pasir yang dicipta sebagai ujian juga tertakluk dalam kriteria ini, namun kotak pasir itu sendiri tidak tertakluk dalam kriteria ini. Kriteria ini mengecualikann laman-laman dalam ruang nama pengguna, dan ia juga tidak termasuk templat sah yang tidak diguna atau berduplikat (meskipun kriteria T3 mungkin boleh digunapakai).

U3. Laku musnah dan berita palsu yang ketara

Ini termasuk maklumat yang tidak benar secara jelas lagi nyata, olok-olokan atau berita palsu (termasuk imej-imej yang bertujuan sedemikian) dan juga lencongan-lencongan yang dicipta daripada pelencongan rencana yang bersifat laku musnah.

U4. Penciptaan semula laman yang telah dihapuskan selepas perbincangan penghapusan

Salinan yang mencukupi serupa dan tidak diperbaiki, mempunyai apa-apa tajuk, sebuah laman yang dihapuskan melalui perbincangan penghapusannya yang terbaru.[1] Ini tidak termasuk laman-laman yang sebahagian besar tidak kelihatan serupa kepada versi yang dihapuskan, laman-laman di mana sebab untuk penghapusan tidak lagi terpakai, dan kandungan yang telah dipindah ke ruang pengguna untuk keperbaikan yang jelas (tetapi bukan sahaja untuk memintasi dasar penghapusan Wikipedia). Kriteria ini juga mengecualikan kandungan yang dinyahhapuskan melalui kajian penghapusan, atau yang dihapuskan melalui cadangan penghapuskan atau penghapusan segera (namun dalam kes itu kriteria penghapusan segera sebelum ini, ataupun kriteria-kriteria yang lain, mungkin boleh digunapakai).

U5. Ciptaan pengguna yang telah ditegah atau disekat

Laman-laman dicipta oleh pengguna-pengguna yang telah ditegah atau disekat dalam pelanggaran tegahan atau sekatan mereka, dan tanpa suntingan-suntingan besar atau cukup penting dari pengguna lain. G5 tidak sepatutnya dijatuhi atas templat-templat yang ditransklusikan atau ke kategori yang mungkin berguna atau sesuai untuk digabungkan.

  • Untuk berlayak, suntingan tersebut hendaklah dilakukan apabila pengguna tersebut telah sebenarnya ditegah atau disekat. Laman yang dicipta sebelum tegahan atau sekatan tidak berlayak.
  • Untuk berlayak, suntingan tersebut juga mesti melanggarkan tegahan atau sekatan pengguna. Contohnya, laman-laman yang dicipta oleh pengguna yang ditegah dari sesebuah topik boleh dihapuskan jika ia jatuh dalam topik tersebut, tetapi tidak jika suntingan tersebut terdapat dalam topik yang lain.
  • {{Db-u5|nama pengguna yang ditegah}}, {{Db-banned|nama pengguna yang ditegah}}

U6. Penghapusan teknikal

Penyelenggaraan yang tidak berkontroversi, termasuk:

  • Menghapuskan kategori selenggaraan yang bertarikh.
  • Menghapuskan laman nyahkekaburan yang tidak perlu, seperti mereka yang menyenarai kurang dari dua pautan ke rencana Wikipedia yang wujud. Nota: mengikut en:MOS:DABRL, pautan merah dibenarkan pada laman nyahkekaburan, jika disokong oleh pautan biru ke rencana yang menunjukkan penggunaan pautan merah tersebut dalam konteks yang munasabah; pautan biru yang menyokong dikira sebagai pautan yang sah kepada rencana Wikipedia yang wujud.
  • Menghapuskan lencongan atau laman lain yang menghalang perpindahan sebuah laman. Penyelia hendaklah sedar bahawa prosedur yang betul untuk lencongan/laman yang memegang sebuah perpindahan laman mempunyai sejarah laman yang tidak remeh-temeh. Seorang penyelia yang menghapuskan laman yang menghalang pemindahan hendaklah memastikan bahawa pemindahan tersebut diselesaikan selepas perhapusan laman tersebut.
  • Menghapuskan laman yang tersilap dicipta atau dicipta dalam ruang nama yang salah.
Jika tiada teg istimewa seperti {{Db-move}} boleh digunakan, teg umum {{Db-u6|rationale=sebab}} hendaklah digunakan sebagai ganti, dengan sebabnya dinyatakan dalam parameter |rationale= teg tersebut.

U7. Atas permintaan pencipta

Jika dipohon dalam niat baik dan tersedia bahawa kandungan yang terbesar kepada laman tersebut dan laman perbincangan yang berkaitan satu-satunya telah ditambah oleh penciptanya. (Untuk lencongan yang dicipta sebagai hasil perpindahan laman, pemindah mesti juga merupakan satu-satunya penyumbang yang terbesar kepada laman-laman sebelum perpindahan tersebut.) Jika penyumbang tunggal mengkosongkan sebuah laman selain laman pengguna atau kategori, ini boleh diambil sebagai pemohonan penghapusan.

U8. Laman yang bergantung kepada laman yang tidak wujud atau telah dihapus

Contoh-contoh termasuk laman perbincangan tanpa laman subjek yang berkaitan, sublaman tanpa laman induk, laman imej tanpa imej yang berkaitan, lencongan ke sasaran tidak sah, seperti sasaran yang tak wujud, gelung lencongan, dan tajuk yang tidak bagus, dan kategori diisi dengan templat yang dihapuskan atau disasar semula. Ini mengecualikan sebarang laman yang berguna kepada Wikipedia, dan khususnya perbincangan penghapusan yang tidak dilog di tempat lain, laman pengguna, laman perbincangan pengguna, arkib laman perbincangan, lencongan munasabah yang boleh diubah ke sasaran yang sah, laman fail atau laman perbincangan untuk fail-fail yang wujud di Wikimedia Commons, dan laman-laman yang hendaknya dipindah ke tempat lain.[2] Pengecualian boleh ditanda dengan templat {{U8-exempt}}.

U9. Tindakan pejabat

Pejabat Yayasan Wikimedia mempunyai hak untuk menghapuskan dengan segera sesebuah laman sementara dalam keadaan yang luar biasa. Penghapusan jenis ini tidak boleh diundurkan tanpa kebenaran daripada Yayasan.

U10. Laman-laman yang memperkecilkan, mengancam, mengugut atau mengganggu subjeknya atau entiti yang lain, dan tidak mempunyai tujuan lain

"Laman-laman serangan" tersebut mungkin termasuk libel, perancaman hukuman, bahan bertujuan semata-mata untuk mengganggu atau mengugut seseorang atau bahan biografi tentang seorang yang hidup yang seluruhnya negatif dalam nada dan tidak bersumber. Laman tersebut hendak dihapuskan dengan segera apabila tiada versi yang berkecuali dalam sejarah laman untuk dipulih kepada. Kedua-dua tajuk laman dan kandungannya boleh diambil kira dalam penilaian sebuah serangan. Rencana tentang orang yang masih hidup yang dihapuskan melalui kriteria ini tidak patut dipulihkan atau dicipta semula oleh sesiapa penyunting sehingga piawaian rencana biografi telah dipenuhi. Lencongan dari istilah carian yang munasabah tidak layak dalam kriteria ini. Contohnya, istilah yang digunakan dalam laman sasaran untuk merujuk kepada subjeknya sering adalah sebuah lencongan yang munasabah – lihat en:Wikipedia:RNEUTRAL.

U11. Pengiklanan atau promosi terang-terangan

Laman-laman yang berpromosi sahaja, dan akan perlukan tulisan semula secara dasarnya untuk menjadi sesuai untuk ensiklopedia. Jika sebuah subjek adalah layak dan kandungannya dapat digantikan dengan teks yang mematuhi pandangan berkecuali, ini lebih digemari berbanding dengan penghapusan. Nota: Sebuah rencana tentang sebuah syarikat atau produk yang menggambarkan subjeknya dari pandangan berkecualian tidak berlayak untuk kriteria ini. "Promosi" tidak semestinya bermakna promosi komersial: apa-apa pun boleh dipromosikan, termasuklah orang, pertubuhan bukan komersial, sebuah pandangan, dll. Lihat en:Wikipedia:NOTFORPROMOTION untuk dasar ini.

U12. Pelanggaran hak cipta terang-terangan

Laman-laman teks yang mempunyai bahan hak cipta tanpa tegasan domain awam, kegunaan wajar atau sebuah lesen bebas yang bersesuaian yang boleh dipercayai, di mana tiada kandungan tidak melanggar hak cipta untuk menyimpan. Sahaja jika sejarah laman tersebut dirosakkan sehingga tidak boleh diselamatkan hendaklah ia seluruhnya dihapuskan; versi-versi dahulu tanpa pelanggaran hendaklah didikekalkan. Untuk kes-kes kabur di mana kriteria penghapusan segera tidak boleh diguna pakai (seperti jika terdapat dakwaan kebenaran, di mana suntingan kandungan bebas melapisi pelanggaran tersebut, atau di mana terdapatnya sahaja pelanggaran separa atau keparafrasaan yang dekat), rencana tersebut ataupun bahagian yang berkaitan hendaklah dikosongkan dan digantikan dengan {{subst:Copyvio}}, dan laman tersebut hendaklah disenaraikan di Wikipedia:Masalah hak cipta. Sila merujuki en:Wikipedia:Copyright violations untuk arahan lain. Domain awam dan kandungan bebas yang lain, seperti sebuah cermin Wikipedia, tidak jatuh di bawah kriteria ini, juga begitu untuk kekurangan atribusi karya begitu sebuah sebab untuk penghapusan segera. Untuk imej dan media, lihat kriteria yang bersamaan di bahagian "Fail" di sini yang mempunyai arahan yang lebih tertentu.

Nota: Jika kriteria lain boleh diguna pakai sebagai tambahan ke U12, templat {{Db-multiple}} hendaklah digunakan sebagai ganti supaya mengelakkan permohonan kebenaran hak cipta yang sia-sia sebelum penghapusan.

U13. Penyerahan rencana untuk penciptaan yang telah ditinggalkan

Kriteria ini belum dapat digunakan di Wikipedia Bahasa Melayu kerana belum mempunyai proses Articles for creation. (Masih dalam pembinaan)

Rencana

Nota: Bukan setiap nombor telah digunakan sebab beberapa kriteria telah dimansuhkan.

R1. Tiada konteks

Rencana-rencana yang kekurangan konteks untuk mengenal pasti subjek bagi rencana tersebut. Contoh: "Dia seorang lelaki lucu yang memiliki sebuah kereta merah. Dia buat orang tertawa." Ini hanya digunakan untuk rencana-rencana yang sangat pendek. Konteks tidak sama dengan kandungan, diuruskan dalam R3. Teg ini perlu digunakan secara berhati-hati pada rencana-rencana yang baru dicipta. Ini mengecualikan bahan {{Bukan Melayu}} yang koheren dan bahan yang diterjemah dengan lemah. Jika terdapat maklumat dalam tajuk atau dalam laman, termasuk pautan, yang membolehkan seseorang penyunting, mungkin juga melalui pencarian web, untuk mencari lebih lagi maklumat terhadap subjeknya dalam percubaan untuk kembangkan atau suntingkannya, terdapat cukupi konteks bahawa A1 tidak bersesuaian dengan kes tersebut.[3]

R2. Rencana berbahasa asing yang wujud dalam projek Wikimedia yang lain

Rencana-rencana yang mempunyai kandungan yang dasarnya sama dengan rencana lain yang terdapat dalam projek Wikimedia yang lain. Jika sebuah rencana berbeza dengan rencana yang terdapat pada projek lain, gunakan templat {{Bukan Melayu}} sebagai ganti, dan senaraikan laman tersebut pada Wikipedia:Laman memerlukan terjemahan ke dalam Melayu untuk semakan dan mungkin terjemahan.

R3. Tiada kandungan

Rencana (kecuali laman nyahkekaburan, lencongan, atau lensop ke projek saudara Wikimedia) yang mengandungi sahaja pautan luar, teg kategori dan bahagian-bahagian "Lihat juga", penyusunan semula tajuk, percubaan untuk berkaitkan dengan orang atau kumpulan yang dinamakan dalam tajuknya,atau mengandungi soalan yang sepatutnya ditanya di meja bantuan atau rujukan, komen-komen kelihatan serupa dengan perbualan, teg templat dan/atau imej-imej. Ini mungkin juga boleh digunakan untuk rencana-rencana yang seluruhnya mengandungi sahaja rangka wizard rencana tanpa kandungan tambahan. Meskipun, rencana yang terlalu pendek kemungkinan sebuah rencana tunas yang sah jika ia terdapat konteks; dalam kes ini ia tidak layak untuk penghapusan di bawah kriteria ini. Samanya, kriteria ini juga tidak meliputi laman-laman yang mempunyai sebuah infobox sahaja, kecuali kandungannya juga memenuhi kriteria yang didisebut di sini. Ini mengecualikan tulisan yang buruk, bahan bukan Melayu yang koheren dan bahan yang diterjemah dengan buruk. Perhatian diperlukan jika menggunakan teg ini pada rencana-rencana yang baru dicipta.[3]

R5. Rencana yang sudah ditranswikikan

Rencana yang mengandungi sahaja sebuah takrif kamus yang sudah ditranswikikan (e.g. ke Wikikamus), sebuah sumber utama yang telahpun ditranswikikan (e.g. ke Wikisumber), atau sebuah rencana yang telah dibincangkan di rencana untuk dihapuskan dengan hasil untuk dipindahkan ke wiki lain, setelahpun ia telah dipindahkan dengan betul dan maklumat penulisnya dicatatkan.

R7. Tiada tanda kepentingan (orang, haiwan, pertubuhan, kandungan web, peristiwa)

Sebuah rencana tentang orang betul, haiwan bersendirian, pertubuhan, kandungan web atau acara anjuran yang tidak menandakan sebab subjeknya penting, dengan pengecualian institusi-institusi pendidikan.[4] Ini berbeza daripada pengesahan dan kepercayaan sumber, serta merupakan piawai yang lebih rendah berbanding dengan kelayakan. Kriteria ini boleh sahaja diguna pakai untuk rencana-rencana tentang kandungan web dan kepada rencana-rencana tentang orang, pertubuhan dan haiwan sendirian mereka sendiri, bukanlah kepada rencana-rencana tentang buku, album, perisian atau karya berdaya cipta kepunyaan mereka. Kriteria ini tidak boleh diguna pakai untuk spesies haiwan; ini sahaja untuk haiwan-haiwan bersendirian. Kriteria ini tidak boleh diguna pakai untuk rencana yang membuat sebarang dakwaan kepentingan yang boleh dipercayai walaupun dakwaan tersebut tidak disokong oleh sumber yang boleh dipercayai ataupun tidak memenuhi garis panduan kelayakan Wikipedia. Kriteria ini walau bagaimanapun boleh diguna pakai jika dakwaan kepentingan yang diberi tidak dapat dipercayai. Jika kepercayaan dakwaan tersebut tidak jelas, anda boleh memperbaiki rencana tersebut diri sendiri, cadangkan penghapusan, atau seneraikan rencana tersebut di rencana untuk dihapuskan.

  • {{Db-r7}}, {{Db-person}} – untuk orang, {{Db-band}} – untuk kumpulan muzik, {{Db-club}} – untuk kelab, masyarakat atau kumpulan, {{Db-inc}} – untuk syarikat, kongsi atau pertubuhan, {{Db-web}} – untuk laman web, {{Db-animal}} – untuk haiwan bersendirian, {{Db-event}} - untuk peristiwa
  • Tidak berkaitan jika dakwaan kelayakan dalam rencana itu tidak cukupi untuk garis panduan kelayakan. Jika dakwaan kelayakan itu boleh dipercayai, teg R7 tidak boleh diguna pakai. Sering kali, apa yang kelihatan tidak berlayak kepada seorang peronda laman baru terbukti berlayak dalam sebuah perbincangan penghapusan.

R9. Tiada tanda kepentingan (rakaman muzik)

Sebuah rencana tentang sesebuah rakaman muzik yang tiada rencana yang berkaitan tentang seniman rakamannya dan tidak menanadakan sebab subjeknya penting (kedua-dua syarat mestilah dipenuhi). Ini berbeza daripada pengesahan dan kepercayaan sumber, serta merupakan piawai yang lebih rendah berbanding dengan kelayakan. Kriteria ini tidak boleh diguna pakai kepada media kreatif atau produk-produk berbentuk lain, ataupun jenis-jenis rencana yang lain.

R10. Rencana baru dicipta yang menyalinan topik yang sudah wujud

Sebuah rencana yang baru dicipta tanpa sejarah laman yang berkaitan yang menyalinkan topik Wikipedia Bahasa Melayu yang sudah wujud, dan yang tidak mengembangkan di atas, memperinci atau memperbaiki maklumat dalam lingkungan apa-apa rencana tentang subjek tersebut yang sudahpun wujud, serta di mana tajuknya bukan lencongan yang masuk akal. Ini tidak termasuk laman yang dibelah atau sebarang rencana yang mengembangkan atau menyusun semula rencana yang sudah wujud atau mempunyai bahan berujuk yang boleh digabungkan. Ia juga tidak termasuk laman-laman nyahkekaburan. (Apabila tajuk baru merupakan istilah yang munasabah untuk subjeknya, perubahan rencana baru tersebut kepada lencongan mungkin lebih digemari berbanding penghabusan.

  • {{Db-r10|article=Tajuk rencana yang sudah wujud}}, {{Db-same|article=Tajuk rencana yang sudah wujud}}
  • Rasional penghapusan ini hendaklah sahaja jarang digunakan. Dalam kebanyakan rencana yang berduplikat, tajuk yang digunakan adalah kesalahan ejaan yang munasabah atau nama alternatif untuk rencana utama, dan sebuah lencongan hendaklah dicipta sebagai ganti. Kriteria ini hendak sahaja digunakan jika tajuknya boleh dihapuskan dengan segera sebagai sebuah lencongan.

R11. Jelasnya dicipta

Sebuah rencana yang menandakan dengan jelas bahawa subjeknya telah dicipta/ditemu oleh penulis rencana atau seseorang yang dia sendiri tahu, dan tidak menerangkan sebab subjeknya penting. Kriteria ini tidak boleh diguna pakai untuk rencana yang membuat sebarang dakwaan kepentingan yang boleh dipercayai walaupun dakwaan tersebut tidak disokong oleh sumber yang boleh dipercayai ataupun tidak memenuhi garis panduan kelayakan Wikipedia. Nota: Ini tidak bertujuan untuk berita palsu (lihat KPS U3).[5]


Lencongan

Nota: Bukan setiap nombor telah digunakan sebab beberapa kriteria telah dimansuhkan.

L2. Lencongan bersilang antara ruang nama

Lencongan, selain daripada jalan pintas, dari ruang nama utama ke ruang nama lain kecuali ruang nama Kategori:, Templat:, Wikipedia:, Bantuan: dan Portal:. Jika lencongan dalam soal merupakan hasil sebuah perpindahan laman, tunggulah satu atau dua hari sebelum menghapuskan lencongan tersebut. Lihat juga en:Wikipedia:Cross-namespace redirects dan Kategori:Lencongan bersilang antara ruang nama.

L3. Kesalahan menaip yang tidak munasabah

Lencongan baru dicipta dari kesalahan menaip atau penamaan yang tidak munasabah. Walau bagaimanapun, lencongan dari kesalahan menaip atau penamaan yang biasa umumnya adalah berguna, begitu juga dengan lencongan dalam bahasa-bahasa lain. Kriteria ini tidak boleh diguna pakai untuk lencongan berhasil dari perpindahan laman.[6] Ia juga tidak boleh diguna pakai untuk rencana-rencana dan rencana tunas yang telah ditukar menjadi lencongan, termasuk lencongan yang dicipta oleh pergabungan,[7] serta lencongan yang berakhir dengan "(nyahkekaburan)" dan menuju ke sebuah laman nyahkekaburan.

Laman-laman lencongan yang mempunyai sejarah laman yang berguna tidak patut dihapuskan dengan segera. Dalam beberapa kes, mungkin dapat membuat sebuah lencongan yang berguna dengan mengubahkan sasarannya sebagai ganti penghapusan. Lencongan yang tidak boleh berfungsi disebabkan oleh batasan perisian, seperti lencongan ke laman khas atau ke laman-laman di wiki lain, boleh ditukarkan kepada sebuah lensop jika mereka mempunyai sejarah yang bukan remeh-temeh, ataupun penggunaan lain yang sah.

Untuk menterbalikkan sebuah lencongan, gunakan {{Db-move}}, sebuah kes khas {{Db-u6}}.

Fail

Ini merangkumi semua jenis fail dalam ruang nama Fail:, termasuk imej, bunyi, video dan lain-lain.

F1. Lewah

Salinan fail Wikipedia lain yang tidak digunakan ataupun mempunyai qualiti yang lebih rendah, dan mempunyai format fail yang sama. Ini mengecualikan fail-fail di Wikimedia Commons; rujuk kriteria F8 di sini.[8]

F2. Fail korup atau kosong

Fail-fail yang korup, kosong atau mempunyai maklumat bukan metadata yang berlebihan dan terang-terangan.[9] Ini juga termasuk laman butiran fail untuk fail-fail Commons, kecuali laman-laman yang mengandungi maklumat yang tidak berkait dengan projek-projek lain (seperti {{FeaturedPicture}}).

F3. Lesen yang tidak senonoh

Media yang dilesenkan sebagai "untuk penggunaan tidak komersial sahaja" (Templat:Oldid lesen-lesen Creative Commons) tidak komersial, "penggunaan tanpa terbitan", "untuk penggunaan Wikipedia sahaja" atau "digunakan dengan kebenaran" mungkin boleh dihapuskan, selain jika mereka mematuhi dengan piawai terhand untuk penggunaan kandungan tidak bebas. Fail-fail yang dilesenkan di bawah versi GFDL sebelum 1.3, tanpa membenarkan versi-versi kemudian, boleh dihapuskan.

F4. Kurang maklumat perlesenan

Fail-fail media yang kekurangan maklumat perlesenan untuk mengesahkan status hak cipta boleh dihapuskan setelah dikenal pasti sebagai begitu untuk tujuh hari jika maklumat tersebut tidak ditambahkan. Penyelia handaklah menyemakkan ringkasan muat naik, laman butiran fail, dan fail itu sendiri untuk sebuah sumber sebelum menghapuskan di bawah kriteria ini.

F5. Media tidak bebas yang tidak digunakan

Imej dan media lain yang tidak di bawah sebuah lesen bebas atau terletak dalam domain awam, yang tidak digunakan dalam apa-apa rencana, boleh dihapuskan setelah dikenal pasti seperti begitu untuk lebih daripada tujuh hari, atau dengan segera jika penggunaan imej satu-satunya adalah dalam rencana yang telah dihapuskan dan ia amat tidak mungkin untuk mempunyai pergunaan dalam sebarang rencana lain yang sah. Ini termasuk semakan-semakan lama fail tersebut. Perkecualian yang munasabah boleh dibuat untuk fail-fail yang dimuat naik untuk rencana yang akan dicipta tidak lama kemudian.

F6. Kehilangan rasional penggunaan fail tidak bebas

Fail-fail tidak bebas yang mendakwa penggunaan wajar tetapi tanpa rasional penggunaan boleh dihapuskan setelah dikenal pasti sebagai begitu untuk tujuh hari. Teg-teg hak cipta yang merangkakan kriteria penggunaan wajar tidak dikira sebagai rasional. Kriteria ini tidak boleh diguna pakai kepada keadaan di mana rasional penggunaan diberikan tetapi telah dipertikaikan.

F7. Dakwaan penggunaan wajar tidak sah

  • Imej atau media tidak bebas dengan teg penggunaan wajar yang jelasnya tidak sah (seperti teg {{Non-free logo}} pada gambar sebuah maskot) boleh dihapuskan dengan segera.
  • Imej atau media tidak bebas dari sumber komersial (e.g., Associated Press, Getty), di mana fail itu sendiri bukan subjek ulasan bersumber, adalah dianggap sebagai dakwaan penggunaan wajar yang tidak sah dan gagal keperluan tegas Wikipedia:Kriteria kandungan tidak bebas; dan boleh dihapuskan dengan segera.
  • Imej atau media tidak bebas yang telah dikenal pasti sebagai dapat digantikan dengan media bebas dan diteg dengan {{subst:Rfu}} boleh dihapuskan selepas dua hari, jika tiada pembuktian sebagai wajar diberikan untuk dakwaan tidak boleh digantikan. Jika kedapatan penggantian telah dipertikaikan, pencadang penghapusan mestilah bukan orang yang menghapuskan fail tersebut.
  • Dakwaan penggunaan wajar yang diteg dengan {{subst:Dfu}} boleh dihapuskan tujuh hari selepas mereka telahpun diteg, jika rasional penggunaan wajar yang lengkap dan sah tidak ditambahkan.
  • {{Db-f7}}, {{Db-badfairuse}} (penghapusan F7 segera); {{subst:Rfu}} (boleh digantikan dengan fail bebas); {{subst:Dfu}} (rasional penggunaan wajar yang dipertikaikan)

F8. Fail yang wujud sebagai salinan serupa di Wikimedia Commons

Diberikan bahawa syarat-syarat berikut dipenuhikan:

  • Versi Commons adalah dalam format fail yang sama dan merupakan kualiti yang sama atau lebih tinggi.
  • Lesen dan status sumber fail melampaukan keraguan munasabah, dan lesen tersebut telah pasti diterima di Commons. Untuk mengelakkan penghapusan di Commons, sila pastikan laman butiran di Commons menpunyai semua maklumat berikut:
    • Nama dan terikh lahir pencipta karya berbakat seni yang digambarkan dalam fail tersebut, atau jika tidak, bukti jelas bahawa lesen bebas telah diberikan. Jika anon, pastikan laman butiran mempunyai bukti yang menubuhkan status tanpa anon.
    • Negara di mana karya berbakat seni yang digambarkan dalam fail tersebut diletakkan, atau di mana ia pertama diterbitkan.
    • Tarikh apabila karya berbakat seni yang digambarkan dalam fail tersebut telah dicipta atau pertama diterbitkan, mengikut undang hak cipta negara asal.
    • Semua semakan fail yang memenuhi syarat pertama telah dipindahkan ke Commons sebagai semakan salinan Commons dan ditandakan dengan betul sebagai begitu.
  • Fail tersebut tidak diteg sebagai {{Jangan pindah ke Commons}} atau sebagai {{Simpan tempatan}}.
  • Semua maklumat pada laman butiran fail juga hadir di laman butiran fail Commons, termasuk sejarah muat naik yang lengkap dengan pautan ke laman pengguna tempatan pemuat naik (sejarah muat naik tidak diperlukan jika lesen fail tidak memerlukannya, walau bagaimanapun ia masih disyorkan).
    • Jika terdapat sebarang maklumat yang tidak berkaitan dengan projek-projek lain pada laman butiran fail (seperti {{FeaturedPicture}}), laman butiran fail mesti dinyahhapuskan selepas penghapusan fail.
  • Jika fail tersebut disediakan di Commons di bawah nama lain, semua rujukan tempatan kepada fail tersebut mesti dikemaskinikan untuk menunjuk ke tajuk digunakan di Commons.
  • Fail tersebut tidak dilindungkan. JANGAN HAPUSKAN FAIL YANG DILINDUNGI, walaupun terdapat salinan serupa pada Commons. Mereka biasanya telah dimuat naik dan dilindungi di sini sebab mereka digunakan dalam antara muka atau dalam sebuah templat berisiko tinggi yang digunakan secara meluas. Menghapuskan salinan tempatan fail tersebut boleh memburukkan barang. (Lanjutan tentang imej berisiko tinggi.)
  • Fail {{C-uploaded}} boleh dihapuskan dengan segera sebaik sahaja ia dikeluarkan dari Laman Utama.

{{Db-f8}}, {{Now Commons}}, {{Now Commons|File:nama fail di Commons.ext}}

F9. Pelanggaran hak cipta terang-terangan

Fail yang jelasnya tidak bebas yang tidak didakwa oleh penuat naik sebagai penggunaan wajar. Sebuah URL atau tanda lain asal fail tersebut hendaklah dinyatakan. Ini tidak termasuk fail dengan dakwaan berpercayaan bahawa pemilik telah membebaskannya di bawah lesen bebas yang sepadan dengan Wikipedia. Kebanyakan imej dari perpustakaan gambar berstok seperti Getty Images atau Corbis tidak akan dikeluarkan di bawah lesen begini. Pelanggaran terang-terangan hendaklah diteg dengan templat {{Db-filecopyvio}}. Pelanggaran hak cipta yang tidak terang hendaklah dibincangkan .

F10. Fail bukan media yang tidak berguna

Fail dimuat naik yang bukan fail imej, bunyi atau video, tidak digunakan dalam sebarang rencana, dan tidak mempunyai penggunaan ensiklopedia yang boleh dijangka. Notakan bahawa fail-fail berikut jarang merupakan bunyi, imej atau video : .doc, .pdf, .ps, .html, .rtf, .txt, .xls, dan .zip. Contoh fail imej, bunyi dan video files adalah: .jpg, .gif, .png, .svg, .mpg, dan .wav. Ini bukan senarai yang menyeluruhkan untuk fail yang boleh dihapuskan, tidak juga sebuah sambungan sendiri sebab yang mencukupi untuk penghapusan; kriteria ini berdasarkan kandungan fail.

F11. Tiada bukti keizinan

Jika pemuat naik telah menyatakan sebuah lesen dan menamakan seorang parti ketigs sebagai sumber/pemegang hak cipta tanpa memberi bukti keizinan bahawa parti ketiga tersebut telahpun sebenarnya bersetuju, fail itu boleh dihapuskan tujuh harai selepas pemberitahuan penuat naik. Bukti perlesenan yang boleh diterima biasanaya mempunyai sebuah pautan ke laman web sumber di mana lesennya dinyatakan. Pengesahan jenis ini juga diperlukan jika sumber tersebut adalah sebuah syarikat pemuat naik berdakwa untuk mewakili, atau terbitan web pemuat naik berdakwa untuk memiliki. Kes-kes perlanggaran hak cipta yang jelas di mana pemuat naik tidak mempunyai jangkaan yang munasabah untuk mendapat kebenaran (e.g. poster filem studio yang besar-besaran, gambar televisyen, kulit album, logo yang tidak cukup mudah untuk merupakan domain awam, dll.) hendak dihapuskan dengan segera di bawah kriteria F9 (pelanggaran hak cipta terang-terangan), kecuali jika penggunaan wajar boleh didakwakan. Fail yang diteg dengan {{OTRS pending}} untuk lebih daripada 30 hari boleh juga dihapuskan dengan segera di bawah kriteria ini.


Kategori

K1. Kategori kosong

Yang telah berada kosong untuk sekurang-kurangnya empat hari. Ini tidak termasuk kategori nyahkekaburan, lencongan kategori, kategori topik pilihan, kategori yang sedang dibincangkan di en:Wikipedia:Categories for discussion (atau perbincangan lain berjenis ini), atau kategori projek yang, dalam sifat mereka, mungkin menjadi kosong sekali-sekala. Letakkan {{Kategori kosong}} di atas laman untuk mengelakkan kategori berjenis ini dari penghapusan.

K2. Pernamaan semula atau pergabungan

A. Pembetulan tipografi dan ejaan.
  • Pembetulan kesalahan ejaan dan penggunaan huruf besar. Perbezaan antara ejaan Malaysia, Brunei dan/atau Singapura tidak dikira sebagai kesalahan; namun jika konvensyen pokok kategori yang berkenaan adalah untuk menggunakan satu jenis di atas jenis lain, pernamaan semula mungkin sesuai di bawah kriteria C2C. Jika dua atau ketiga-tiga ejaan wujud sebagai nama kategori yang serupa, mereka hendaklah digabungkan.
  • Pertukaran sempang pendek kepada sempang 'n' atau sebaliknya .
B. Pernamaan semula yang menguatkuasakan konvensyen penamaan dan amalan Wikipedia.
C. Pernamaan semula yang membawakan sebuah kategori selaras dengan konvensyen penamaan yang telah ditubuhkan untuk pokok kategori itu, atau selaras dengan pelbagai konvensyen pengkategorian "x melalui y", "x yang melibatkan y", atau "x dalam y" dinyatakan di en:Wikipedia:Category names.
  • Ini hendak sahaja digunakan jika tiada ruang untuk keraguan bahawa kategori dalam soal sedang digunakan untuk tujuan umum dan tidak berpotensi untuk menjadi subkategori.
  • Kriteria ini hendak sahaja diguna pakai apabila tiada kekaburan atau keraguan di atas kewujudan sebuah konvensyen pernamaan kategori. Konvensyen seperti begini mestilah ditakrifkan dengan jelas dan mesti digunakan secara meluas di dalam pokok tersebut. Jika ini bukan kesnya, kategori dalam soal mesti didepankan ke percalonan CfD penuh.
  • Kriteria ini tidak boleh diguna pakai untuk kes-kes di mana pokok kategori memerhatikan perbezaan dalam penggunaan tempatan.
D. Pernamaan semula untuk kesejajaran antara nama sebuah kategori dan nama rencana yang berkaitan.
  • Pernamaan semula sebuah kategori topik untuk menyepadankan rencana eponimnya (e.g. Kategori:Malaysia dan Malaysia).
  • Ini sahaja boleh diguna pakai jika nama semasa rencana yang berkaitan (dan melalui sambungan, nama yang dicadangkan untuk kategori) tiada kekaburan, dan tidak berkontroversi – sama ada disebabkan oleh kemantapan panjang pada nama kategori semasa ataupun terus mengikut perbincangan perpindahan laman yang mempunyai sepersetujuan jelas untuk menamakan semula. Jika nama-nama laman berkontroversi atau berkaburan dalam apa-apa cara, kriteria ini tidak boleh diguna pakai.
  • Kriteria ini juga tidak boleh diguna pakai jika terdapat sebarang perbincangan yang sedang berlaku tentang nama laman atau kategori tersebut, atau jika terdapat perbincangan tidak lama lalu tentang apa-apa laman tersebut yang menghasilkan tiada sepersetujuan.
E. Pencipta memohon penamaan semula.
  • Kriteria ini boleh diguna pakai jika pencipta kategori memohon atau bersetuju kepada penamaan semula dalam masa 28 hari dari penciptaannya.
  • Kriteria ini tidak boleh diguna pakai jika penyunting lain telah mengisikan atau mengubahkan kategori tersebut sejak penciptaannya. "Penyuntung lain" termasuk bot, tetapi mengecualikan seorang penyunting yang bekerja dengan pencipta pada penamaan semula.


Laman pengguna

Nota: Bukan setiap nombor telah digunakan sebab beberapa kriteria telah dimansuhkan.

G1. Atas permintaan pemilik

Laman dan sublaman pengguna bersendirian (tetapi bukan laman perbincangan pengguna) apabila dipohon oleh pemiliknya. Dalam beberapa kes-kes yang jarang mungkin terdapat keperluan pentadbiran untuk menyimpan laman tersebut. Dalam kes-kes luar biasa laman perbincangan pengguna boleh dihapuskan melalui Miscellany for Deletion (lihat hak untuk melesap); mereka tidak berlayak untuk penghapusan segera di bawah kriteria ini. Nota: Templat ini tidak akan dipaparkan pada beberapa laman (seperti laman .css dan .js), tetapi pengkategoriannya akan berfungsi.

G2. Pengguna yang tidak wujud

Laman pengguna untuk pengguna yang tidak wujud (semak Khas:ListUsers), kecuali laman pengguna untuk pengguna anon yang telah menyunting, lencongan dari ejaan yang biasa salah ke laman pengguna untuk pengguna yang wujud, dan untuk nama lama pengguna yang baru dinamakan semula (yang hendak biasa dibiarkan sebagai lencongan ke nama baru untuk tempoh masa yang munasabah).

G3. Galeri bukan bebas

Galeri dalam ruang nama pengguna yang kebanyakan atau seluruhnya mengandungi imej "penggunaan wajar" atau bukan bebas. Dasar kandungan tidak bebas Wikipedia menghalangkan penggunaan kandungan tidak bebas dalam ruang nama pengguna, termasuk kandungan yang dimuat naik oleh pengguna tersebut; penggunaan kandungan domain awam atau di bawah lesen bebas boleh diterima.

G5. Penyalahgunaan Wikipedia terang-terangan sebagai penghos web

Laman-laman dalam ruang nama pengguna yang mengandungi tulisan, maklumat, perbincangan, dan/atau aktiviti yang tidak dekat berkait kepada matlamat Wikipedia, di mana pemilik telah membuat sedikit atau tiada suntingan di luar ruang nama pengguna, dengan kecualian draf-draf yang munasabah, laman-laman yang melekat ke en:Wikipedia:User pages#What may I have in my user pages?, dan laman-laman gaya inti sari.


Templat

Nota:

  • Bukan setiap nombor telah digunakan sebab beberapa kriteria telah dimansuhkan.
  • Apabila sedang mencalonkan, letakkan teg penghapusan segera di bawah di dalam teg <noinclude>…</noinclude>.

T2. Penyalahtafsiran dasar

Templat yang merupakan penyalahtafsiran dasar tertubuh yang jelas, contohnya templat penafian bertujuan untuk digunakan dalam rencana dan templat penghapusan segera untuk hal selain kriteria penghapusan segera.

T3. Salinan dan kes berkod keras

Templat yang merupakan salinan ketara templat lain, atau kes-kes berkod keras templat lain di mana fungsi yang sama boleh dicapaikan oleh templat lain tersebut, boleh dihapuskan setelah diteg untuk tujuh hari.


Portal

P1. Sebarang portal yang boleh dihapuskan dengan segera jika ia ialah sebuah rencana

Lihat kriteria-kriteria di atas.

P2. Portal yang kekurangan rencana

Sebarang portal berdasarkan sebuah topik yang mempunyai sahaja rencana tajuk yang tunas atau kurang dari tiga rencana bukan tunas yang butirkan hal subjek yang sesuai untuk dipaparkan di bawah tajuk portal tersebut.


Bukan kriteria

Sebab-sebab berikut sendiri tidak mencukupi untuk mewajarkan penghapusan segera.

  1. Sebab-sebab berdasarkan Wikipedia:Wikipedia bukanlah. Wikipedia bukan: "sebuah kamus", "sebuah himpunan maklumat yang tidak pasti", "sebuah bola kristal", "sebuah senarai bagaimana-untuk", dsb.
  2. Berita palsu. Walaupun sedikit munasabah, sebuah rencana palsu yang disyaki hendaklah disubjekkan kepada lebih pemeriksaan rapi dalam forum yang lebih besar. Yang benar biasanya lebih kuat berbanding dengan yang fiksyen. Ambil nota bahawa "berita dan maklumat palsu yang jelas dan terang-terangan" boleh dihapuskan dengan segera sebagai laku musnah.
  3. Penyelidikan asli. Bukan sentiasa senang untuk melihat jika sebuah rencana mengandungi bahan yang melanggarkan dasar yang bertentangan teori atau tafsiran yang baharu ataupun ia sahaja tidak bersumber.
  4. Perkataan atau ungkapan baru yang tidak memenuhi R11. Istilah khusus yang baru hendaklah lebih dibincangkan.
  5. Kelayakan. Rencana yang kelihatan untuk mempunyai subjek yang jelasnya tidak layak boleh dihapuskan dengan segera sahaja jika rencana tersebut tidak memberikan tanda kepentingan subjeknya yang boleh dipercayai.
  6. Kegagalan untuk menegas kepentingan tetapi bukan sebuah kategori R7, R9 atau R11. Tiada sepersetujuan untuk menghapuskan dengan segera rencana yang bukan jenis yang tidak disenaraikan dalam R7, R9 atau R11 di bawah kriteria itu.
  7. Permohonan penghapusan dari pencipta yang dibuat dalam niat jahat. Permohonan penghapusan dari pencipta yang dibuat dalam niat jahat, dalam kehampaan, atau dalam percubaan untuk menarik balik sumbangan-sumbangannya yang dilesenkan bebas tidak diizinkan. Walau bagaimanapun, sesiapa boleh memohon penghapusan laman-laman dalam ruang nama pengguna mereka.
  8. Permohonan penghapusan dari pencipta selepas pengguna-pengguna lain telah ketara menyumbang. Jika penyunting-penyunting lain telah menyunting sebuah rencana dengan ketara (i.e. lebih daripada pembetulan kecil atau pengetegan kemaskini sahaja), penulis asli tidak boleh memohon penghapusan di bawah G7 kerana karya pengguna lain terlibat.
  9. Rencana-rencana yang terlalu pendek. Rencana pendek dengan cukup kandungan dan konteks untuk berkiran sebagai rencana tunas tidak boleh dihapuskan dengan segera di bawah kriteria R1 dan R3; kriteria lain mungkin masih terpakai.
  10. Salinan yang bukan langgaran hak cipta. Jika kandungan wujud di sini dan di tempat lain (mungkin berubah), timbangkan kemungkinan bahawa Wikipedia mempunyai versi asli dan laman lain menyalin dari kami. Kemungkinan juga penulis yang sama telah menulis kedua-dua versi, atau versi asli mungkin kandungan bebas.
  11. Fail PNG / GIF digantikan dengan imej JPEG. Pengekodan JPEG membuangkan maklumat yang mungkin penting pada masa depan. Jangan hapuskan fail PNG / GIF yang asli.
  12. Bahan yang boleh dipersoalkan yang bukan laku musnah. Usaha tekun bukanlah laku musnah, oleh itu, untuk anggap niat baik, jangan menghapuskan sebagai laku musnah kecuali jika pasti.
  13. Laman pengguna dan perbincangan pengguna untuk alamat-alamat IP. Walaupun pengguna-pengguna digalakkan untuk membuka akaun Wikipedia, pengguna yang tidak berdaftar masih dibenarkan untuk menyunting Wikipedia, dan dikenalkan dengan alamat IP mereka. Jika seorang pengguna yang tidak berdaftar mempunyai alamat IP yang statik, ia mungkin mempunyai sebuah laman pengguna dan/atau laman perbincangan pengguna berkait dengannya, dan juga untuk alamat IP yang bukan statik, sejarahnya boleh mengandungkan perbincangan atau maklumat yang penting yang mungkin mempunyai keminatan.
  14. Sebab-sebab berdasarkan karangan. Senarai sembarangan atau remeh-temeh, topik kabur, penafian pengiktirafan dsb. bukan sebab yang sah untuk penghapusan segera.
  15. Fail yang bukan bunyi, video atau imej. Untuk dihapuskan di bawah F10, sebuah fail mesti tiada nilai ensiklopedia dan tidak digunakan di dalam sebarang rencana. Fail yang sedang digunakan atau mungkin mempunyai nilai ensiklopedia, walaupun bukan bunyi, video atau imej, tidak patut dihapuskan tanpa perbincangan yang lebih luas.
  16. Sebuah rencana yang ditulis dalam bahasa atau skrip asing. Sebuah rencana tidak patut dihapuskan dengan segera sahaja sebab ia tidak ditulis dalam Bahasa Melayu. Sebagai ganti ia hendaklah diteg dengan {{Bukan Melayu}} dan disenaraikan di Wikipedia:Laman yang memerlukan terjemahan ke dalam Bahasa Melayu. Ia boleh dipertimbangkan semula setelah terjemahan jika rencana tersebut patut dihapuskan, disimpan atau diperbaikan melalui teg yang sesuai.

Prosedur untuk penyelia

Pastikan bahawa anda telah menyatakan sebab untuk penghapusan dalam ringkasan penghapusan. Juga, umumnya pencipta dan penyumbang-penyumbang terbesar hendaklah telah diberitahu.

Sebelum menghapus sebuah laman, semakkan sejarah laman untuk mengkaji jika dapat dibalikkan dan menyelamatkan sebuah versi dahulu, atau jika sebenarnya terdapat perlibatan sebuah pindahan salin-dan-tampal. Juga:

  • Ringkasan suntingan yang pertama mungkin mempunyai maklumat tentang sumber atau sebeb untuk laman tersebut.
  • Laman perbincangan mungkin merujuk ke perbincangan penghapusan dahulu atau mempunyai perbincangan yang sedang menjalani berkaitan dengan atau termasuk laman itu.
  • Log laman mungkin mempuyai maklumat tentang penghapusan dahulu yang boleh warrant SALTing the page or keeping it on good reason.
  • Pautan ke mungkin menunjukkan bahawa laman itu adalah bahagian ensiklopedia yang sering dirujukkan, atau mungkin menunjukkan laman-laman yang lain yang menjamin penghapusan. Untuk laman-laman yang tidak patut diciptakan semula, semua pautan masuk dalam laman-laman yang lain (kecuali dalam perbincangan, arkib dan laman pengesanan) hendaklah dikeluarkan.

Kriteria yang dikecamkan

Kriteria-kriteria yang telah dikecamkan termasuk:

Lihat juga

Nota kaki

  1. ^ Hasil perbincangan penghapusan yang terbaru berkuasai. Ini maknanya bahawa jika perbincangan yang terbaru mendapat hasil "simpan" atau simpan dalam asli melalui tiada sepersetimbangan, G4 tidak boleh digunapakai. Sebuah rencana yang telah dihapuskan melalui perbincangannya yang terbaru, walaupun telah disimpan dalam perbincangan yang lepas, akan tertakluk kepada kriteria ini. (perbincangan.)
  2. ^ Notakan bahawa penyunting-penyunting baru kadang-katang tersilap memulakan draf rencana pada laman perbincangan yang tiada rencana. Jika anda berjumpa dengan ini, pindahkan draf tersebut ke sebuah sublaman laman pengguna mereka dan maklumkannya.
  3. ^ a b Sepersetujuan telah menentukan bahawa dalam kebanyakan kes, elakkan menteg rencana yang sebaik sahaja dicipta supaya dihapuskan dibawah kriteria ini, kerana ada kemungkinan pencipta rencana tersebut sedang mengusahakan isinya; walaupun tiada masa diperuntukkan, tetapi sela sepuluh minit sebelum menteg di bawah kriteria ini dianggap sebagai amalan yang bagus. Tolong jangan tandakan laman tersebut sebagai dironda sebelum sela masa sesuai tersebut habis, supaya penantian dibuat tadi tidak mengakibatkan rencana berkenaan terlepas daripada semakan pada masa yang terkemudian.
  4. ^ Perbincangan dahulu yang menyebabkan sekolah-sekolah terkecuali dari R7.
  5. ^ Tidak seperti sebuah berita palsu, yang tertakluk kepada penghapusan sebagai laku musnah di bawah KPS U3 sebagai sebuah percubaan niat jahat untuk menipu, KPS R11 adalah untuk topik-topik yang telah atau mungkin telah dicipta dengan sah dan adalah benar, tetapi tiada kelayakan atau kepentingan kecuali dalam sebuah kumpulan orang yang kecil, contohnya permainan minum yang baru dicipta atau perkataan yang baru.
  6. ^ Perpindahan laman telah dikecualikan disebabkan oleh sejarah penghapusan lencongan jenis ini yang tidak betul. Sebuah perpindahan mencipta sebuah lencongan untuk memastikan bahawa apa-apa pautan luar yang tunjuk ke Wikipedia masih sah. Jikalah pautan jenis ini wujud, penghapusan lencongan tersebut akan mematahkannya. Lencongan-lencongan tersebut mestilah dibincangkan sebelum penghapusan. Walau bagaimanapun, lencongan yang jelasnya tersilap dibuat boleh dihapuskan sebagai U6, pengemasan.
  7. ^ Lihat en:Wikipedia:Merge and delete untuk penerangan sebab lencongan yang berasal dari penggabungan rencana tidak boleh dihapuskan dalam kebanyakan kes.
  8. ^ Ini tidak boleh diguna pakai untuk fail-fail yang berduplikat di Wikimedia Commons, disebabkan oleh isu-isu perlesenan; sebagai ganti lihat "Fail disediakan sebagai salinan serupa di Wikimedia Commons".
  9. ^ Sebelum menghapuskan fail jenis ini, semakkan jika enjin MediaWiki boleh membacakannya dengan mempralihatkan thumbnailnya yang disaizkan semula. Mahupun ia dapat dilihat, jika ia mempunyai maklumat berlebihan yang tidak boleh diambil kira sebagai metadata terus berkaitan dengan data fail, ia mungkin boleh dihapuskan. Pemuat naik sentiasa dapat membetulkan masalah tersebut dengan memuatnaikkan sebuah fail yang mempunyai sahaja imej yang baik dengan metadata yang boleh diterima.
  10. ^ Perbezaan perubahan