Wikipedia:Karut nyata

(Dilencongkan daripada Wikipedia:PN)

Para penyunting Wikipedia menyumbang banyak prosa cemerlang, akan tetapi kadang kala mereka juga menyumbang prosa yang nyata karut atau rapu . Penulisan jenis ini terjatuh ke dalam dua kategori:

  1. Karut total, iaitu, teks atau aksara rawak yang tidak mempunyai makna langsung, seperti tulisan dalam teks lorem ipsum. Ini termasuklah rentetan aksara yang dicipta dengan menekan kekunci secara rambang ataupun menjatuhkan sesuatu ke atas papan kekunci.
  2. Kandungan yang, mahupun dimaksudkan agar mengandungi makna, sangat keliru sehinggakan tidak ada sesiapa yang dapat memahami maknanya. Sekiranya makna teks tidak dapat dikenal pasti, maka ia tidak akan dapat disunting kopi.

Jangan dikelirukan dengan...

sunting

Penulisan jenis berikut tidak seharusnya dihapuskan sebagai rapu nyata, walaupun sebahagian daripadanya mungkin menepati kriteria bagi penghapusan segera. Ada cara lain bagi menangani perkara-perkara sebegini. Lihat polisi penghapusan laman.

  • Pelanggaran hak cipta ataupun Wikipedia:Ciplak:ciplakan, sama ada merapu ataupun tidak. Suntingan sedemikian perlu dibuang serta merta, dan juga semakannya juga dihapuskan oleh Penyelia.
  • Ulasan-ulasan yang berunsur fitnah ataupun slander, tidak kira betapa merapu. Ulasan sedemikian perlu dihapuskan serta merta jika tidak disokong dengan sumber yang boleh dipercayai. Lihat Wikipedia:Biografi orang yang masih hidup.
  • Kandungan yang tidak ditulis dengan baik, contohnya kandungan yang mengandungi banyak kesilapan nahu, dapat dibaiki. Lihat Wikipedia:Sunting kopi asas
  • Teks yang kekurangan pautan. Tagkan teks sedimikian dengan tag {{Kurang_pautan}}.
  • Teks yang tidak ditulis dengan abjad Rumi ataupun tidak ditulis dalam bahasa Melayu. Teks Jawi dibenarkan pada tempat-tempat tertentu, khususnya kotak maklumat.
  • Teks yang dialih bahasa atau ditulis menggunakan bahasa Melayu yang teruk oleh seseorang yang tidak mahir mengguna bahasa Melayu. Contoh Bahasa rojak.
  • Vandalisme, termasuk penyuntingan lawak, penipuan, penggunaan bahasa lucah dan perkara-perkara kebudak-budakan lain, tidak semestinya rapu nyata. Ada penulisan rapu atau karut yang sebenarnya kesilapan ataupun penyuntingan ujian yang tidak dibuat dengan niat jahat.
  • Teks yang diformat dengan buruk.

Cara menangani karut nyata

sunting

Ada beberapa cara bagi menangani karut total—gunakan budi bicara dan kebijaksanaan anda bagi memutuskan tindakan terbaik:

  • Gantikan teks rapu dengan prosa baik.
  • Gerakkan teks ke laman perbincangan.
  • Gerakkan teks ke laman perbincangan pengguna.
  • Buang atau hapuskan teks daripada rencana sekiranya ada lagi baki rencana selepas teks rapu dibuang.
  • Hapuskan laman sekiranya semua teks terdiri daripada penulisan rapu atau karut.

Beri amaran kepada penyunting yang memasukkan teks karut nyata dengan menggunakan templat-templat khusus, contohnya {{ujian}}, {{ujian2}} dan seterusnya. Laporkan perbuatan menulis karut ini kepada para penyelia. Walau bagaimanpun, harus diingat bahawa penulisan rapu itu mungkin hanya ujian dan jangan hentam pengguna baru dengan memanggil mereka "vandal" atau "pelaku musnah". Dalam kes ini, beri mereka amaran dan sedikit nasihat.


Polisi berkaitan

sunting