Wikipedia:Laman pengguna

(Dilencongkan daripada Wikipedia:PENGGUNA)

Peristilahan dan lokasi laman

sunting
Peringatan: "Anda" dalam konteks ini bermaksud yang dikaitkan dengan anda, bukan milik anda.
Laman pengguna
Laman pengguna anda mempunyai nama sebegini: Pengguna:Contoh. (Pautan ini adalah ke laman pengguna anda sendiri.) Kegunaan biasanya adalah memberikan maklumat asas jika anda mahu, mengenai diri anda ataupun kegiatan-kegiatan anda yang berkenaan Wikimedia. Jika anda tidak mahu tulis apa-apa pun, tidak mengapa, sebaliknya anda boleh melencongkan laman pengguna anda ke arah laman perbincangan pengguna anda demi kemudahan ahli-ahli lain.
Laman perbincangan pengguna
Laman perbincangan pengguna anda mempunyai nama sebegini: Perbincangan pengguna:Contoh. (Pautan ini adalah ke laman perbincangan pengguna anda sendiri.) Kegunaan biasanya adalah menulis pesanan dan berbincang dengan ahli-ahli lain. Untuk maklumat lanjut, rujuk Wikipedia:Laman perbincangan.

Tutorial video untuk membentuk kotak pasir laman pengguna
Sublaman
Anda boleh membuat sublaman daripada laman pengguna, seperti Pengguna:Contoh/rencana draf biola atau Pengguna:Contoh/ujian dan laman-laman perbincangan yang berkenaan dengan pergi ke laman berpautan merah (tidak wujud) dan mula mengisikan kandungan. Senarai sublaman yang wujud boleh dilihat dengan menggunakan Khas:Indeks awalan (cth: Khas:Indeks awalan/Perbincangan pengguna:Contoh/). Selalunya, anda boleh meletakkan apa sahaja yang boleh terdapat dalam laman pengguna atau perbincangan pengguna ke dalam sublaman, kecuali beberapa perkara (rujuk di bawah) yang mesti diperlihatkan kepada pengguna-pengguna lain jika dicatatkan. Tatatingkat sublaman juga dibenarkan. Anda boleh menyimpan sebanyak mana sublaman yang anda mampu, tetapi sila ingat bahawa Wikipedia bukan hos web percuma, sila gunakan sublaman dengan munasabah. (Rujuk: Wikipedia:Sublaman untuk maklumat lanjut)
Laman pengguna atau ruang pengguna
Semua laman ini merupakan laman-laman pengguna atau ruang pengguna anda. Sungguhpun anda tidak "memilikinya", tetapi pokoknya jika digunakan dengan munasabah dan mematuhi garis-garis panduan ini, anda diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengurus dan menyusun atur laman pengguna anda sesuka hati.

Anda juga boleh membuat sublaman yang berakhir dengan .js atau .css untuk menyimpan sebarang skrip pengguna dan ubah suai kulit yang dikehendaki apabila menyunting Wikipedia. Hanya anda dan para penyelia yang boleh menyunting laman-laman itu, namun sesiapa sahaja boleh membacanya.


Makluman perbincangan pengguna

sunting

Anda akan diberitahu jika sesiapa menyunting laman perbincangan pengguna anda dan/atau meninggalkan pesanan di situ. Pemberitahuan dan pautan-pautan di bawah dipaparkan secara automatik di semua laman sehingga anda melihat laman perbincangan pengguna anda (atau laman perbezaan antara semakan atau sejarahnya).

Anda mempunyai pesanan baru (perubahan terakhir).

Pautan-pautan Khas:MyPage dan Khas:MyTalk merupakan jalan-jalan pintas yang membawa seseorang pengguna ke laman pengguna dan perbincangan pengguna sendiri. Jika sesiapa ingin melawat laman pengguna atau perbincangan pengguna anda (atau orang lain), maka perlunya pautan laman yang sebetulnya (cth. [[Perbincangan pengguna:Contoh]]). Laman pengguna dan perbincangan pengguna biasanya boleh dilawati dengan mengklik tandatangan pengguna dalam perbincangan, dan pautan-pautan yang ditunjukkan dalam sejarah laman dan perbezaan antara semakan.

Apa yang boleh diletakkan dalam laman pengguna?

sunting

Laman-laman pengguna ini tiada kegunaan yang tetap, cuma pada kebiasaannya, laman pengguna seseorang mengandungi serba sedikit tentang diri pengguna itu, sementara laman perbincangannya digunakan untuk meninggalkan pesanan. Asalkan pengguna-pengguna lain boleh mencari laman-laman yang diperlukan dengan cepat dan mudah, para pengguna boleh menyusun atur laman penggunanya dengan bebas dan berakal budi.

Pengguna boleh menyertakan 'notis laman pengguna' pada laman pengguna dan perbincangan pengguna sendiri. Templat {{LamanPengguna}} di atas sekali laman pengguna jelas mengecamkan sifat laman itu untuk para pengguna, dan juga menolong jika sesiapa mendapati laman yang berlabel ini pada salinan-salinan Wikipedia di tempat lain (lebih lanjut) dan hendak mencari yang asli. Laman pengguna ini boleh dicerminkan (disalin) oleh tapak-tapak sesawang yang lain. Bahan-bahan yang tidak ingin disalin atau diguna semula jangan diletakkan di tapak ini.

Sesetengah jenis bahan mesti tidak terbiar terlalu lama dalam ruang pengguna; rujuk di bawah untuk butirannya. Selain komunikasi, kegunaan ruang nama juga termasuk (tetapi tidak terhad keada):

  • Pendedahan suntingan yang besar (tidak wajib tetapi disaran)
    • Perkara-perkara lain yang mungkin boleh membanntu kefahaman penyunting lain, seperti akaun alternatif (jika diumumkan)
    • Jika anda menyunting bagi pihak sesebuah syarikat, pertubuhan, kumpulan, produk atau tokoh (etc.) yang mana anda ingin berterus terang demi menjalin hubungan baik dengan komuniti penyunting.

      (Suntingan mestilah sentiasa berkecuali dan mematuhi norma-norma ensiklopedia. Penyunting biasanya berasa sangsi dengan konflik kepentingan dan agenda tersembunyi. Sikap berterus terang akan kepentingan ini memperoleh penghormatan, mengalu-alukan bantuan orang lain serta menunjukkan keinginan untuk menyunting dengan sewajarnya.)

  • Catatan-catatan berkenaan kerja dan kegiatan anda di Wikipedia
    • Rencana semasa atau dalam rancangan, bidang topik, senarai tugas, peringatan, rencana-rencana yang diusahakan ,anugerah dan pencapaian seumpamanya, kerja gotong-royonhg, usul draf, pendapat (membina) dan usul pindaan pada rencana-rencana atau dasar-dasar Wikipedia, dsb.
    • Keterangan panjang lebar bagi hujah-hujah yang dibuat (atau akan dibuat) dalam perbincangan di tempat lain di wiki.
  • Kerja dalam proses atau bahan-bahan yang hendak diusahakan semula pada masa akan datang (biasanya dalam sublaman)
    • Draf, terutamanya di mana anda memerlukan perbincangan atau pendapat orang lain terlebih dahulu, misalnya disebabkan konflik kepentingan ataupun usul perubahan yang besar
    • Draf yang dikarang dalam ruang pengguna anda sendiri kerana laman sasaran itu dilindungi, dan nota-nota bagi bahan kerja untuk rencana (Sesetengah kandungan tidak wajar dibiarkan sampai bila-bila).
  • Pautan, alatan dan skrip yang berguna
  • Arkib ruang pengguna
    • Tred laman perbincangan lama, dsb. (Sesetengah kandungan tidak wajar dibiarkan sampai bila-bila jika tidak terpakai.)
  • Perihal yang cukup panjang atau cukup aktif untuk memperoleh laman sendiri
  • Catatan peribadi yang sesuai dalam komuniti Wikipedia
    • Bahan Wikipedia selain rencana seperti jenaka, esei dan sudut pandangan yang munasabah tentang Wikipedia, falsafah peribadi, ulasan tentang hal-ehwal Wikipedia
    • Pendedahan hal-hal penting seperti ketidakhadiran atau pembetulan diri yang hendak disampaikan kepada penyunting lain, dsb.
    • Ucapan tahniah atau takziah bagi peristiwa besar, terutamanya yang berkenaan dengan para penyunting Wikipedia atau peristiwa besar dalam hidup.

      (Pastikan pengguna ini hendak semua ini diumumkan dalam wiki, jangan-jangan dia hendak dirahsiakan.)

  • Percubaan (biasanya dalam sublaman)
    • Laman percubaan templat, penanda yang kurang dikenali atau kegunaan pakar (termasuk LaTeX), dsb., seperti kotak pasir peribadi.
    • Laman untuk menguji bot dan skrip tanpa mencemari laman.

      Laman pengguna dan sublaman pengguna boleh ditransklusikan supaya bertindak seperti templat, dan boleh diuji sedemikian rupa.

  • Sedikit kandungan autobiografi
    • Contohnya, bahasa-bahasa yang anda fasih (rujuk Wikipedia:Babel) atau bidang-bidang pengetahuan yang anda paling tahu.
  • Sejumlah kecil bahan tidak berkenaan yang berpatutan
    • Sebilangan pengguna mempunyai kandungan Wikipedia dan projek saudara seperti gambar-gambar (kegunaan bebas) dari Wikimedia Commons, rencana Wikipedia kegemaran, atau petikan kegemaran mereka.

      Laman-laman yang digunakan terang-terangan untuk promosi, bersyarah atau bergaduh tentang hal-hal yang tiada kena-mengena biasanya dianggap tidak mematuhi kriteria ini. Misalnya: résumé lima laman dan iklan band muzik anda boleh dianggap melampau; cukuplah dengan ringkasan tiga baris bahawa anda bekerja dalam bidang X dan mempunyai kugiran bernama Y.

Anda juga dialu-alukan untuk menyertakan pautan ringkas ke dalam laman web peribadi anda, namun anda tidak wajar menyerikannya dengan sebarang kata-kata promosi yang berbunga-bunga.

Laman pengguna juga digunakan untuk tujuan pentadbiran, untuk memastikan para pengguna sedar akan sekatan, amaran, atau tindakan-tindakan lain jika ada, serta memberitahukan hal-hal yang mungkin mempengaruhi rencana-rencana yang anda pernah usahakan atau terlibat dengan isu-isu editorialnya. Penyelia juga boleh menyunting laman pengguna anda, misalnya untuk menghadiahkan barnstar kepada anda ataupun mengajukan komen dan soalan kepada anda. Walaupun anda diberi cukup kebebasan untuk menyunting laman pengguna anda, namun ada hal-hal yang tidak wajar disingkrikan (lihat di bawah).

Ruang pengguna dan ruang utama

sunting

Pokoknya, butiran peribadi anda tidak patut diletakkan dalam ruang nama utama (untuk rencana ensiklopedia sahaja), dan rencana-rencana ensiklopedia tidak patut berpautan dengan mana-mana laman ruang pengguna.

Seandainya anda atau sesuatu yang berkait rapat dengan anda mempunyai rencana dalam ensiklopedia, itu sentiasa dianggap sebagai berasingan sama sekali dengan anda sebagai penyunting. Anda mesti membaca panduan konflik kepentingan dengan cukup teliti dan cuba mengelak daripada menyunting perihal diri anda atau hal-hal yang berkait rapat dengan anda di dalam sebarang rencana.

Bahan peribadi dan melanggar privasi

sunting

Sesetengah ahli meletakkan maklumat peribadi seperti butiran hubungan (e-mel, MSN, dsb.), gambar foto, nama sebenar, lokasi, maklumat tentang bidang kepakaran atau minatnya, yang disukai dan tidak disukai, dsb. Setelah diletakkan, maklumat ini tidak mungkin kekal peribadi lagi, dan boleh disalin ke mana sahaja dan juga digunakan untuk mengganggu anda pada masa akan datang. Anda diingatkan supaya berfikir panjang sebelum meletakkan maklumat peribadi pada laman pengguna anda kerana anda mungkin tidak akan dapat menariknya semula nanti sungguhpun anda berubah pendirian..

Bahan peribadi yang melanggar privasi, baik yang diletakkan oleh anda sendiri atau orang lain, boleh disingkirkan daripada mana-mana laman atas permintaan oleh para penyelia.

Kotak pengguna

sunting

Semua kotak pengguna boleh didapati di sini.

Apa yang tidak boleh diletakkan dalam laman pengguna?

sunting
See also the policy section Wikipedia:Biografi orang hidup#Ruang bukan rencana.

Secara amnya, anda mesti mengelak daripada meletakkan terlalu banyak kandungan yang tiada kena-mengena dengan Wikipedia di laman pengguna anda.Wikipedia bukanlah perkhidmatan hos am, jadi laman pengguna anda bukan tapak web peribadi. Laman pengguna anda adalah mengenai diri anda sebagai ahli Wikipedia, dan laman-laman dalam ruang pengguna anda haruslah ditujukan kepada usaha anda untuk menyumbang kepada projek ini.

Selain itu, anda tidak boleh meletakkan kandungan yang memburukkan nama projek ini, ataupun pasti menyinggung perasaan orang lain (cth. penyokong pedofilia) dalam ruang pengguna anda. Sama ada tidak main-main atau bertindak seperti troll, hukum "Wikipedia bukan tempat berucap" biasanya ditafsirkan sebagai berkenaan dengan ruang pengguna dan ensiklopedia sekali, dan "Wikipedia tidak tertapis" memaksudkan laman rencana dan imej; di ruang-ruang nama lain ada sekatan yang bertujuan untuk memastikan kerelevanan, nilai dan ketenteraman komuniti. Sungguhpun menikmati lebih kebebasan di ruang pengguna daripada tempat lain, namun silalah bertimbang rasa. Bahan yang amat menyinggung perasaan boleh dipadamkan begitu sahaja oleh mana-mana penyunting.

Komuniti Wikipedia pada umumnya bersikap toleran dan menjamin kebebasan yang cukup ketika menyemai garis-garis panduan ini kepada peserta am. Khususnya, kegiatan membina komuniti yang tidak semestinya "ikut topik" dibenarkan, terutamanya yang dimulakan oleh ahli Wikipedia komited yang memiliki rekod prestasi yang memuaskan sebagai penyunting. Jika dilakukan dengan betul, kegiatan-kegiatan sebegini membantu membina komuniti dan juga memperkaya ensiklopedia, tetapi juga, jika kegiatan laman pengguna mengganggu komuniti atau menghalang pengayaan ensiklopedia, ia mesti diubah suai untuk mencegah gangguan.

Kandungan tidak berkenaan yang berlebihan

sunting

Kandungan tak berkenaan termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

Penulisan, maklumat, perbincangan, dan kegiatan yang tidak berkait rapat dengan matlamat Wikipedia
  • Weblog yang bercatatkan kegiatan anda yang tiada kaitan dengan Wikipedia.
  • Perbincangan berlebihan yang tiada kaitan dengan Wikipedia.
  • Pendapat peribadi berlebihan tentang hal-hal yanf tiada kaitan dengan Wikipedia, falsafah wiki, kolaborasi, kandungan bebas, Creative Commons, dsb.
  • Penulisan dan bahan berlebihan tentang topik-topik yang langsung tiada peluang untuk menjadi berguna secara langsung kepada projek ini, komunitinya, ataupun rencana ensiklopedia. (Misalnya bagi rencana, jika sesebuah bahan ilmu itu penyelidikan asli dan terang-terangan mengabaikan sumber yang boleh dipercayai, ataupun tidak bersifat ensiklopedia atas sebab-sebab lain yang nyata.)
  • Komunikasi tanpa kaitan dengan Wikipedia, dengan mereka yang tidak terlibat denga projek atau kerja-kerja sampingannya.
  • Permainan, sesi main peranan (role playing), laman rahsia dan lain-lain perkara yang berkenaan dengan "hiburan" semata-mata daripada "mengarang ensiklopedia". Perbuatan-perbuatan sedemikian selalunya tidak disenangi oleh komuniti. Permainan tanpa nilai pendidikan yang bersangkut-paut dengan projek sentiasa dihapuskan di MfD.
Bahan-bahan dan pautan-pautan promosi dan sokongan
  • Pengiklanan atau promosi tokoh, perniagaan, pertubuhan, kumpulan, atau sudut pandangan yang tiada kena-mengena dengan Wikipedia (seperti tapak komersial atau pautan rujukan).
  • Bahan promosi diri yang berlebihan, terutamanya yang tiada kena-mengena dengan Wikipedia secara langsung.
Bahan-bahan yang amat memecahbelahkan atau menyinggung perasaan yang tiada kaitan dengan penyuntingan ensiklopedia
  • Kenyataan-kenyataan polemik yang tiada kaitan dengan Wikipedia, ataupun yang menyerang atau mencerca kumpulan penyunting, orang-orang, atau entiti-entiti lain (ini secara umumnya dianggap memecahbelahkan dan dipadamkan, dan cubaan memulihkan bahan-bahan sedemikian dianggap mengganggu).
  • Bahan-bahan yang boleh dianggap sebagai menyerang penyunting lain, termasuk mencatatkan kepincangan yang ditanggap. Himpunan bukti fakta (laman perbezaan) di sublaman pengguna bagi tujuan-tujuan seperti persediaan untuk penyelesaian pertikaian adalah dibenarkan asalkan tepat pada masanya.
  • Para pengguna tidak wajar memaparkan maklumat yang negatif tentang orang lain tanpa sebab yang amat munasabah. Bukti negatif, senarai kesalahan orang, kumpulsemakan perbezaan suntingan dan kritikan berkenaan masalah dsb. harus disingkirkan atau disimpan secara rahsia (iaitu bukan di wiki ini) sekiranya ia tidak akan pasti digunakan ataupun tidak digunakan lagi.
Maklumat peribadi
  • Maklumat peribadi orang lain tanpa kebenaran mereka.
  • Maklumat peribadi yang tidak sesuai atau berlebihan dan tiada kaitan dengan Wikipedia.
Kandungan Wikipedia yang tidak sesuai dengan ruang pengguna
  • Imej-imej yang anda tidak bebas gunakan (biasanya imej-imej kegunaan wajar;).
  • Kategori dan templat yang dimaksudkan untuk kegunaan lain, terutamanya bagi rencana dan garis panduan.

Umumnya, jika anda ada bahan-bahan yang anda tidak ingin orang lain sunting, ataupun tidak sesuai untuk Wikipedia, ia seharusnya diletakkan dalam tapak sesawang peribadi. Terdapat banyak perkhidmatan hos web, e-mel dan weblog, baik percuma mahupun berharga rendah, sebagai tempat yang sesuai untuk kandungan yang tiada kaitan dengan Wikipedia. Bagi kolaborasi komuniti ala wiki, anda boleh muat turun perisian MediaWiki dan memasangnya ke dalam pelayan (server) anda jika anda inginkan kawalan sepenuhnya, atau menggunakan mana-mana satu daripada berbilang ladang wiki (seperti Wikia).

Sokongan terhadap perilaku yang nyata sekali tidak senonoh tanpa faedah kepada projek

sunting

Kenyataan-kenyataan atau laman-laman yang kelihatan menyokong, menggalakkan atau membiarkan kelakuan-kelakuan berikut:[Note 1] laku musnah, pencabulan hak cipta, perang sunting-menyunting, gangguan, pelanggaran privasi,fitnah, dan tindakan-tindakan keganasan (termasuk segala bentuk keganasan tetapi bukan semata-mata kenyataan menyokong pihak penuh kontroversi yang boleh ditafsirkan sebagai menggalakkan keganasan).

Kenyataan-kenyataan ini boleh dipadamkan, disunting oleh dilipat oleh sesiapa untuk menghindari tampak kebolehterimaan, dan kriteria penghapusan segera yang sedia ada juga boleh digunakan. Untuk menjaga kebebasan ruang pengguna yang seadanya, jenis-jenis bahan yang lain wajar diuruskan seperti yang diterangkan di bawah melainkan ada tindakan yang dipersetujui sebulat suara.

Kategori, templat dan lencongan

sunting

Jangan letakkan laman pengguna atau sublaman anda, termasuk rencana draf, ke dalam kategori kandungan.

Terutama sekali, diingatkan bahawa templat dan notis rencana tuas sering menambahkan kategori dengan sendiri. Anda boleh menghalangnya sementara rencana didrafkan dengan meletakkan tlx| di antara {{ dan nama tempat, seperti ini: {{tlx|stub|any parameters}}

Anda juga boleh memaksa pengabaian sebahagian teks dengan meletakkan <!-- sebelumnya dan --> selepasnya, atau dengan membubuh tanda titik bertindih sebelum "Kategori", seperti ini: [[:Kategori:Jambatan]] untuk memaksa pautan kategori bertindak sebagai pautan wiki biasa.

Laman perbincangan pengguna seharusnya tidak melencong ke mana-mana selain laman perbincangan akaun yang dikawal oleh pengguna yang sama.

Laman yang menyerupai rencana, laman salinan, laman projek

sunting

Ruang pengguna ini bukan hos web percuma dan tidak boleh digunakan untuk menempatkan laman-laman yang menyerupai rencana, semakan lama, atau kandungan terhapus, atau versi kandungan meragukan yang anda sukai. Salinan peribadi laman yang digunakan semata-mata untuk tujuan arkib jangka panjang mungkin tertakluk kepada penghapusan. Penempatan rencana-rencana yang mungkin sahih dan lain-lain kandungan yang munasabah dalam pembangunan atau sedang aktif digunakan biasanya boleh diterima (templat {{userspace draft}} boleh diletakkan di atas laman untuk mengecamkannya). Apabila laman ruang pengguna mencapai takat di mana dia boleh dijadikan rencana, maka ia boleh dipindahkan ke dalam ruang utama atau kandungannya digunakan secara berpatutan di rencana-rencana lain yang berkenaan.

Ruang pengguna ini juga bukan ganti kepada ruang projek (Wikipedia:...), dan juga tidak patut digunakan sebagai pendokumenan utama bagi sebarang dasar, garis panduan, latihan atau konsep mantap Wikipedia. Jika laman pengguna anda yang berkenaan dengan projek menjadi kerap digunakan atau dipautkan dengan ruang projek, ataupun fungsinya seakan-akan laman projek, apa kata anda pindahkannya ke dalam ruang projek atau menggabungkan dengan lain-lain laman yang seumpamanya yang sudah wujud di sana.

Pemilikan dan suntingan laman pengguna

sunting
Bahagian ini berkaitan dengan semua laman ruang pengguna anda.

Secara tradisi, Wikipedia menyediakan ruang yang agak luas kepada para pengguna untuk mengurus ruang pengguna mereka dengan cara yang mereka suka. Namun, laman-laman di dalam ruang pengguna dimiliki komuniti. Laman-laman ini bukan laman peribadi, dan tidak dimiliki pengguna. Laman-laman ini sebahagian daripada Wikipedia dan wujud semata-mata untuk membantu kerjasama antara para penyunting.

Pengguna lain atau bot boleh menyunting halaman-halaman ruang pengguna anda atau meninggalkan pesanan untuk anda, mahupun mengikut resmi pengguna lain secara amnya tidak akan menyunting laman pengguna anda selain (amat jarang) daripada menangani isu besar ataupun meletakkan tag berkaitan projek. Bahan yang difikirkan tidak menjurus kepada tujuan projek boleh dibuang (lihat bawah), seperti juga suntingan daripada pengguna yang dilarang. Kebanyakan polisi tapak termasuk Larangan serangan peribadi dan Biografi orang hidup dikenakan terhadap ruang pengguna anda. (Polisi-polisi yang hanya berkaitan kandungan seperti Larangan penyelidikan asli,Pandangan berkecuali, dan lain-lain lazimnya tidak dikenakan kecuali penulisan tersebut dipindahkan ke dalam ruang utama).

Sama dengan semua suntingan, sumbangan ruang pengguna dilesenkan (tanpa boleh ditarik balik) di bawah lesen-lesen Creative Commons Attribution/Share-Alike License dan GNU Free documentation license.

Akhir sekali, sebilangan kecil notis dan tag, jika diletakkan pada ruang pengguna anda,tidak boleh diubah kepada bahagian yang tersorok ataupun dibuang tanpa perbincangan.

Catatan

sunting
  1. ^ Layanan seperti memaafkan, mengecilkan, atau membiasakan isu-isu ini sebagai boleh tahan atau kurang pentingnya (cth. dengan menjelaskan sokongan kepada laku musnah sebagai 'humor' atau perang sunting-menyunting sebagai cara penyelesaian isu kandungan yang munasabah) juga dianggap sama kesannya dengan membiarkan kelakuan itu, oleh itu harus disingkatkan.

Lihat juga

sunting