Wikipedia:Kesopanan
Laman ini mendokumenkan dasar atau polisi Wikipedia Bahasa Melayu, piawai yang telah dipersetujui ramai dan hendaklah diikuti oleh semua pengguna. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan. |
Kesopanan ialah sebahagian kod etika Wikipedia, dan salah satu daripada lima rukun Wikipedia. Dasar kesopanan ini merupakan peraturan perilaku yang menetapkan cara para penyunting Wikipedia berinteraksi. Dalam erti kata lain, para penyunting mesti sentiasa melayan satu sama lain dengan sikap bertimbang rasa dan menghormati. Untuk menumpukan kita semua kepada peningkatan mutu ensiklopedia serta menjaga keselesaan persekitaran penyuntingan, para penyunting mesti berkelakuan sopan, tenang dan rasional, walaupun dalam perbahasan yang hangat.
Dasar ini menerangkan peraturan kelakuan yang harus dipatuhi oleh para pengguna ketika mereka berinteraksi, dan cara-cara terbaik untuk menangani masalah yang mungkin timbul. Segala interaksi di Wikipedia tertakluk padanya, termasuk laman perbincangan rencana dan pengguna, dalam ringkasan penyuntingan, dan mana-mana perbincangan lain mengenai ahli-ahli Wikipedia yang lain.
Kerjasama dan kesopanan
suntingPerselisihan pendapat memang satu yang tak dapat dielakkan dalam mana-mana projek kerjasama. Apabila berbincang mengenai perbezaan ini, sesetengah penyunting boleh menjadi kasar manakala ada pula yang tetap dengan pendiriannya. Penyunting lain pula mungkin terlalu sensintif apabila pandangan mereka dicabar. Perkataan senyap dan tak bersemuka pada ruang perbincangan dan dalam ringkasan sunting tidak menggambarkan nuansa perbualan lisan, kadang-kala membawa kepada salah faham komen penyunting. Perkataan yang tak sopan boleh menghala perbincangan yang hangat kepada pergaduhan peribadi yang tidak lagi berfokus kepada matlamat menyelesaikan masalah yang muncul. Pertukaran seperti itu membazirkan usaha kita dan menjejaskan persekitaran kerja yang positif dan produktif. Selesaikan perselisihan pendapat melalui perbincangan yang sopan; tidak setuju tanpa tak senang. Perbincangan para penyunting lain perlulah terhad kepada huraian sopan mengenai tindakan mereka.
Para penyunting diharapkan menggunakan budi bicara dalam bekerjasama, bersabar dari melakukan serangan peribadi, bekerja dalam skop dasar wikipedia, dan membalas soalan berniat baik. Cubalah untuk melayan rakan penyunting anda sebagai rakan sekerja yang dihormati seperti mana siapapun yang anda bekerjasama untuk projek penting. Jadilah seorang yang mesra dan sabar dalam menyambut pengguna baru. Sambut mesra orang untuk menyunting rencana tetapi juga rundumkan suntingan yang tak membina.
Elakkan ketidaksopanan
suntingKetidaksopanan – atau sikap ketidaksopanan – selalunya muncul dari perselisihan isi yang hangat.
- Jelaskan pendirian anda. Penerangan penyuntingan yang terlalu sedikit boleh dianggap sebagai tak sopan, sama ada ia adalah niat penyunting ataupun tidak. Gunakan ringkasan sunting yang baik dan gunakan ruang perbincangan jika ringkasan sunting itu tak mempunyai ruang yang cukup atau perlunya perbincangan lanjut.
- Berhati-hati dengan ringkasan suntingan. Ringkasan suntingan selalunya ialah komen ringkas, dan boleh membawa kepada salah faham atau terlalu ringkas. Ia tak boleh diubah setelah menekan butang “Simpan”, dan selalunya ditulis dengan tergesa-gesa terutamanya dalam keadaan tertekan. Ingatlah untuk menerangkan suntingan anda, terutamanya apabila keadaan mula menjadi hangat; elakkan komen peribadi mengenai mana-mana penyunting yang anda berselisih faham; dan gunakan ruang perbincangan bagi menerangkan lebih lanjut pandangan sebenar anda.
- Berhati-hati dengan templat amaran pengguna. Berhati-hati semasa menggunakan mesej templat kepada para penyunting yang anda terlibat dengan perselisihan faham, dan berlatih dengan berhati-hati apabila guna mesej templat untuk pendatang baru (lihat Wikipedia:Jangan hentam pengguna baru). Sebolehnya gunakan mesej peribadi sekurang-kurangnya berbanding guna mesej templat.
Ketidaktertiban
sunting"Kesopanan penting kepada sifat manusia, seperti mana kepanasan penting kepada lilin." |
—Arthur Schopenhauer[1] |
Ketidaktertiban terdiri daripada serangan peribadi, kebiadapan, ulasan yang tiada rasa hormat, dan perangai langsang yang mengganggu projek sehingga menyebabkan tekanan dan konflik yang tidak membina. Penyunting sekadar manusia yang boleh membuat kesilapan, jadi sedikit sahaja insiden ketidaktertiban yang kecil bukannya apa sangat. Bagaimanapun, pelanggaran tatatertib secara berulang-ulang adalah mengganggu dan tidak boleh diterima, dan boleh menyebabkan pesalah disekat jika kejadian mencapai tahap gangguan atau serangan peribadi yang hebat. Sekali tidak menjaga tertib pun boleh dihukum jika terlalu serius: misalnya, tindakan melemparkan kata-kata yang sangat kesat terhadap orang lain, atau memeras ugut orang lain boleh menyebabka pesalah disekat tanpa menunggu kesalahan diulang-ulang. Dasar ini bukan senjata untuk digunakan terhadap penyumbang lain. Tindakan mendesak supaya seseorang penyunting disekat kerana melakukan kesalahan kecil, atau melayan kritikan membina sebagai cemuhan, juga dianggap boleh menimbulkan gangguan, dan boleh menyebabkan pesalah dikenakan amaran atau disekat jika berulang.
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian laman ini. Laman ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Wikipedia:Civility (Inggeris). Jika anda ingin menilai laman ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada laman, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Rujukan
sunting- ^ Grayling, A.C. The Meaning of Things. Weidenfeld & Nicolson, 2001, p. 13.