Wikipedia:Dasar nama pengguna

Nama pengguna ialah nama yang anda daftarkan untuk log masuk wikipedia. Anda boleh mecipta suatu nama pengguna untuk diri anda untuk kegunaan anda di wikipedia. Pada umumnya, anda boleh mencipta nama pengguna menurut kesukaan sendiri dengan syarat tidak menggunakan nama pengguna yang menjelikkan. Nama pengguna yang menjelikkan merujukkan kepada nama-nama yang membawa maksud yang boleh membangkitkan emosi negatif pada seseorang manusia. Biasanya, nama ini membawa maksud yang negatif dari segi denotasi mahupun konotasi. Dengan lebih lanjut lagi, contoh bagi nama yang menjelikkan adalah seperti berikut:

  • Nama yang membayangkan sesuatu jenayah.
  • Nama yang mempunyai maksud untuk menghina seseorang.
  • Nama yang mempunyai maksud tidak sopan.
  • Nama yang berbau pornografi (mengandungi perkataan yang lucah).
  • Nama yang membayangkan sesuatu bencana.
  • Nama yang bersifat promosi.
  • Nama yang mengelirukan.

Peciptaan nama pengguna yang baik merupakan permulaan yang baik untuk anda di Wikipedia. Maka, kita semua berharap semua orang akan mempunyai nama yang baik di Wikipedia!

Panduan untuk pengguna baharu

Secara ringkasnya, dasar nama pengguna Wikipedia Bahasa Melayu, nama pengguna anda mesti mewakili anda sebagai seseorang individu. Nama pengguna yang tidak dibenarkan di dalam Wikipedia ialah nama pengguna yang mewakili sesebuah nama syarikat, organisasi, laman web, kumpulan muzik, pasukan, atau kumpulan kreatif. Selain itu, nama pengguna yang bersifat promosi atau pernampakan seperti mengiklankan, mempromosikan, menjual sesuatu barang atau item juga tidak dibenarkan. Anda akan disekat dengan segara jika nama pengguna anda dapat menyinggungkan perasaan pengguna lain, tidak sopan, ganas, seksual yang amat jelas, memfitnah, mengganggu pengguna lain atau keamanan, sengaja berbohong, membingungkan, nama pengguna yang panjang, menyerupai dengan akaun atau pengguna lain, atau cuba menyamar atau memalsukan diri anda sebagai orang lain. Tambahan pula, nama pengguna yang mempunyai niat untuk troll, melakukan laku musnah/vandalisme, suntingan yang menggangu, mengiklankan atau spam serta mengancam pengguna Wikipedia akan serta-merta dikenakan tindakan tegas iaitu disekat.

Nama pengguna anda ialah nama panggilan yang dimana dapat mengenal pasti siapa anda dan sumbangan apa yang kamu telah buat di sini. Anda boleh meletakkan nama sebenar anda, jika anda memilihnya, tetapi anda perlu mengetahui risiko yang terlibat dalam penyuntingan dengan nama sebenar anda. Nama pengguna Wikipedia peka huruf besar dan kecil, tetapi huruf pertama selalunya ditulis dengan huruf besar secara automatik. Secara lalai, nama pengguna anda akan muncul di tandatangan anda pada halaman perbincangan; untuk perincian mengenai tandatangan dan cara menyesuaikannya, lihat Wikipedia:Tandatangan.

Ingatlah bahawa, setelah nama anda dipilih, nama pengguna tidak dapat diubah dengan mudah. Sekiranya anda memilih "Kucing Bahagia", maka nama anda akan kelihatan jelas di halaman sejarah dan melainkan jika anda telah menukar tandatangan anda, di semua halaman untuk halaman perbincangan. Anda telah menentukan nama pengguna anda semasa membuat akaun, dan kemudian menggunakannya (bersama dengan kata laluan anda) untuk log masuk ke akaun tersebut. Sebaik sahaja anda mempunyai akaun, anda boleh membuat halaman pengguna yang bertajuk "Pengguna:XXXX" (di mana "XXXX" adalah nama pengguna anda), untuk memberikan maklumat yang berkaitan mengenai diri anda kepada Wikipediawan serta Wikipediawati lain. Anda atau editor lain juga boleh membuat halaman perbincangan pengguna, bertajuk "Perbincangan pengguna:XXXX", yang dapat digunakan orang untuk menghubungi anda.