Mat Luthfi

personaliti media sosial Malaysia

Muhammad Luthfi Rohime[1] (lahir 23 Jun 1990)[perlu rujukan] atau lebih dikenali sebagai Mat Luthfi ialah seorang personaliti media sosial dan selebriti YouTube Malaysia yang berasal dari Kedah. Beliau telah berkahwin pada 29 Januari 2016.[2] Beliau merupakan graduan jurusan arkitek di Universiti Curtin di Perth, Australia.

Mat Luthfi
Kelahiran
Muhammad Luthfi bin Rohime

(1990-06-23) 23 Jun 1990 (umur 33)
Pusat pendidikanUniversiti Curtin
PekerjaanPersonaliti media sosial, penulis, pengarah filem
Tahun aktif2012–kini
Terkenal keranaYouTube MatLuthfi90 & ML Studios
Laman web rasmihttps://matlut.com/

Mat Luthfi juga seorang penulis dan setakat 2018, telah menulis empat buku.[3][4] Beliau menduduki kerusi pengarah pada 2018 menerusi Sekolahaha terbitan Skop Productions.[5] Dan pada tahun 2018, Mat Luthfi telah menubuhkan satu saluran YouTube baharu iatu ML Studio. Saluran ML Studio merupakan sebuah saluran yang memaparkan tentang pelbagai info pengetahuan am dan berita semasa dari dalam dan luar negara. Dan pada tahun 2021, hampir 6,000 video telah dimuat-naik setakat ini.

Filemografi sunting

  • Sekolahaha (2024)

Bibliografi sunting

  • Catatan Matluthfi (2014)
  • Momen² Matluthfi (2015)
  • Kisah 25 Filsuf Barat (2016)
  • Alegori Rumah Api (2017)

Anugerah sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2012 Shout! Award Shout! Aloud Award Menang
2013 Anugerah Lawak Warna 2013 Video Viral Original Paling Popular Menang
2013 Shout! Award Shout! Aloud Award Menang
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Aksi di YouTube Paling Popular Menang
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 Personaliti Media Sosial Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "MAT LUTHFI". KPJ Healthcare University College (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-15. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  2. ^ Madiha Abdullah (30 Januari 2016). "Mat Luthfi kini bergelar suami". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-14. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  3. ^ Bila Mat Luthfi jumpa 'kembaq' Astro Awani (15 Disember 2015). Dicapai pada 5 September 2018.
  4. ^ Najihah Malek (31 Mac 2015). YTOTW: Mat Luthfi Dan Bagaimana Anak Kelahiran Kedah Ini Menjadi Sensasi Says. Dicapai pada 5 September 2018.
  5. ^ #TerkiniMA: Mat Luthfi akhirnya mengarahkan filem pertama, Sekolahaha Movie Addict Malaysia. Dicapai pada 27 Ogos 2018.

Pautan luar sunting