Songket: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Bagasirma (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Manual revert Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Bagasirma (bincang | sumb.)
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 39:
 
==Sejarah==
Songket tradisionalnya ditenun menggunakan alat tenun Melayu yang dipanggil 'kek' dengan benang emas sebagai benang lilit.<ref>Norwani (1989), h. 48</ref> Penggunaan benang emas menandakan kualiti tinggi kain itu dan orang yang memakainya berasal dari keluarga yang kaya dan berpengaruh. Pada zaman dahulu, hanya pemerintah, ahli keluarga diraja, dan wakil-wakil penting negara yang dibenarkan memakainya.<ref> Norwani (1989), h. 7</ref>
 
Dari segi sejarah, songket juga dikenali dengan beberapa nama lain dalam karya-karya klasik; seperti ''''kain emas'''', ''''sulam benang emas'''', ''''kain berpaku emas'''', ''''jong sarat'''' (penuh corak benang emas, popular di Brunei), ''''teluk berantai'''' dan ''''bersuji air emas''''.<ref> Siti Zainon (1994), h. 25</ref> Istilah "songket" sendiri berasal daripada perkataan Melayu 'sungkit' (kedua-duanya dieja secara serupa sebagai '''"سوڠکيت"''' dalam tulisan Jawi), yang bermaksud untuk mengeluarkan atau menarik benang dari belakang kain atau untuk menenun menggunakan benang emas dan perak.
 
Kain emas masyarakat Melayu memiliki asal-usulnya sejak zaman Kerajaan Langkasuka.<ref>Sheppard (1972), h. 15</ref> Kerajaan yang terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu sejak abad pertama Masihi, merupakan pusat kebudaya Melayu yang ketara, dengan kelebihan tempoh naungan diraja yang tidak terjejas sehingga hari ini. Sejarah [[Dinasti Liang]] (506-566 Masihi) melaporkan bahawa Raja Langkasuka berpakaian dengan ''''kain berwarna ros dengan bunga emas''''.<ref>Pullen (2021), h. 34</ref> Pada abad ke-13, semasa laluan perdagangan timur berkembang di bawah [[Dinasti Song]], terdapat rujukan kepada tekstil buatan tempatan serta keunggulan tenunan di Semenanjung Tanah Melayu dalam pelbagai catatan China dan Arab.<ref> Maznah (1996), h. 19</ref> Pada tahun 1225, 𝐂𝐡𝐚𝐮 𝐉𝐮 𝐊𝐮𝐚 melaporkan bahawa isteri dan anak perempuan keluarga kaya di Brunei mengenakan apa yang beliau gambarkan sebagai ''''kain sutera berwarna emas cair''''.<ref> Bantong (2001)</ref>
 
Penghasilan songket berkembang pesat di [[Semenanjung Tanah Melayu]] semasa zaman [[Kesultanan Melaka]], apabila aktiviti perdagangan ke Semenanjung Tanah Melayu mencapai puncaknya pada abad ke-15.<ref>Ahmad Sarji (2011), h. 114</ref> Bandar pelabuhan Melaka telah menarik pedagang dari India, China, dunia Arab, dan Barat melalui India, secara tidak langsung menyumbang kepada perkembangan songket hingga mencapai tahap matangnya, melalui pengaruh yang mempersonakan dari budaya Cina, India, dan Islam.<ref>Maznah (1995), h. 108</ref> Sutera sebagai bahan asasnya berasal dari China, manakala tekstil lain dan teknik tenunan menunjukkan petunjuk pengaruh India. Pada masa yang sama, penggunaan mahir benang emas dan perak untuk mencipta motif yang menarik tanpa menggambarkan haiwan atau manusia menonjolkan pematuhan yang teguh terhadap ajaran Islam.<ref>Maznah (1995), h. 108</ref>
 
Pelbagai catatan dalam Kesusasteraan Melayu klasik menekankan tekstil diberi kedudukan yang istimewa, terutamanya kain emas atau songket yang sangat dihormati sebagai simbol kecantikan, kekuatan, dan status.<ref> Maznah (1996), h. 2</ref> Penggunaan yang ketara kain emas di istana diraja dan adat istiadat telah ditekankan berulang kali dalam teks seperti [[Hikayat Hang Tuah]] dan [[Adat Raja Melayu]] dua catatan penting berkenaan Kesultanan Melaka. Dalam Hikayat Hang Tuah, ketika peristiwa [[Hang Jebat]] menderhaka kepada Raja Melaka, beliau telah mengambil kain berpakan emas (kain bertenunkan emas) dari peti milik raja untuk dipakai olehnya:<ref>Kassim Ahmad (1975), h. 336</ref>
 
{{cquote|''Maka Hang Jebat pun mandi berlangir pada pasu emas tempat raja mandi. Maka ia memakai bau-bauan; maka ia pun menyuruh mengambil peti pakaian raja itu. Maka diambilnya '''kain raja yang berpakankan emas''' itu dipakainya dan baju raja daripada rambuti itu pun dipakainya. Maka destar daripada emas yang berpermata itu dipakainya.''|}}
 
Dalam Adat Raja-raja Melayu (manuskrip yang merekodkan catatan tentang adat istiadat zaman Kesultanan Melaka) telah dinyatakan penggunaan songket secara jelas:<ref>Tardjan Hadidjaja (1964), h. 11</ref>
 
{{cquote|''Maka baginda pun memanggillah segala menteri hulubalang dengan imam khatib bercukur, maka dibubuhkan putera baginda itu di atas tilam keemasan, maka diselimuti dengan '''kain songket''', maka oleh inangda dibawanya keluar dengan bedak langirnya dengan nyiur ditebuk sebutir dan penganan mentah seceper dan beras setalam dan padi setalam dan bunga rampai emas seceper dan bunga rampai perak seceper....''|}}
 
Tenunan songket mula diperkenalkan pada peringkat istana Terengganu semasa pemerintahan Sultan Marhum Janggut (1733-1793). Baginda sultan telah menitahkan Datuk Panglima Dalam pergi ke China untuk mendapatkan benang-benang dan bahan pencelup yang digunakan untuk meniru kain cindai yang telah lama dikenali dalam kalangan istana.
Sekembalinya dari sana, Datuk Panglima Dalam telah meminta ibunya Wan Sharifah untuk
membuat tenunan itu. Beberapa alat yang dikenali sebagai kek telah direka sendiri oleh beliau. Tenunan songket ini seterusnya telah dijadikan pakaian sultan dan golongan istana. Malah Sultan Sulaiman yang memerintah dari tahun 1920 hingga 1942 telah merekacipta motif-motif dan ragam hias untuk dijadikan pakaian songket baginda.<ref>Arba’iyah Ab. Aziz (2021), h. 63</ref>
 
Tengku Sayed Ali memerintah negeri [[Siak]] dari tahun 1784-1810. Baginda juga dikenali
dengan nama [[Sultan Assaidis Asyarif Ali Abdul Jalil Syaifuddin Baalawi]]. Pada zaman
pemerintahannya baginda telah memanggil seorang penenun dari Terengganu bernama Wan
Siti Wan Karim untuk mengajar tenunan kepada anak-anak raja dan golongan bangsawan di
Siak. Wan Siti Wan Karim merupakan
seorang penenun yang dibawa khas ke Siak pada masa pemerintahan Sultan Sayid Ali.
Justeru wujud perhubungan yang baik antara Kerajaan Siak dengan Kerajaan Terengganu
pada ketika itu. Sehingga kini, tenunan Melayu Riau yang masih bertahan ialah tenunan Siak. Sempena dengan namanya, tenunan songket Siak adalah berasal dari Siak Sri Indrapura.<ref>Arba’iyah Ab. Aziz (2021), h. 64</ref>
 
Dalam surat Residen Singapura pertama iaitu [[William Farquhar]] kepada Yang Dipertuan Muda Terengganu bertarikh 18 Zulhijjah 1234 [[Hijrah]] atau [[8 Oktober]] [[1819]], beliau menyatakan terima kasih kepada pihak kerajaan Terengganu di atas pemberian dua helai kain songket:<ref>Badriyah Haji Salleh (1999), h. 101</ref>
 
{{cquote|''Daripada itu maka adalah kita bermaklumkan kepada sahabat kita seperti warkah al-ikhlas daripada sahabat kita yang dibawa Nakhoda Abdullah serta dengan sebuah perahu pengail dan '''dua helai kain songket''' itu telah selamatlah sampai kepada kita. Barang yang termazkur dalamnya mafhumlah kita serta menerima kasih banyak-banyak kepada sahabat kita.''|}}
 
Songket sebagai busana diraja juga disebutkan dalam naskah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi pada tahun [[1849]]:<ref>[http://books.google.com.my/books?id=VihYSsllnjQC&pg=PA338&dq=berkain+songket+dan+berbaju+sikap+dan&lr=&as_brr=3&cd=2#v=onepage&q=berkain%20songket%20dan%20berbaju%20sikap%20dan&f=false Hikayat Abdullah By Hamzah Hamdani]</ref>
 
{{cquote|''Begitu jugalah senangnya Abdul Kadir menjadi Tengku Muda. Terkelip-kelip mata orang Melaka melihat hal itu. Kadang-kadang dia memakai cara [[Keling]], kadang-kadang cara Melayu, seperti raja-raja, memakai keris, '''berkain songket''', berbaju sikap, dan bersapu tangan telepuk.''|}}
 
Pengenalan songket ke Sumatera masih tidak diketahui kerana kurangnya rujukan kesusasteraan, sama ada dari catatan asing atau tempatan. Terdapat dakwaan oleh Retno Purwanti, Retno dan Sondang Martini Siregar dari Indonesia bahawa terdapat kemiripan motif pada berhala-berhala purba dari kompleks candi Bumiayu di [[Sumatra Selatan]], dengan motif songket moden.<ref>Purwanti, Retno; Siregar, Sondang Martini (2016)</ref> Dakwaan ini bagaimanapun masih belum dapat disahkan. Seorang sarjana yang lain, Pullen, berpendapat bahawa berhala-berhala di Bumiayu sebenarnya menonjolkan penggunaan pakaian berjahitan pada zaman awal dalam sejarah pakaian Jawa, bukannya Melayu.<ref> Pullen (2021), h. 114</ref> Pentarikhan berhala-berhala tersebut iaitu antara abad ke-11 dan awal abad ke-13 meletakkkan ianya dari zaman awal Jawa Timur.<ref>Pullen (2021), h. 115</ref> Menurut catatan tempatan pada abad ke-16, Baginda Ali membawa ilmu mengenai songket dari Selangor, Semenanjung Tanah Melayu ke Silungkang di [[Sumatra Barat]], tanah Minangkabau.<ref>Deni Setiawan, S.Sn., M. Hum. (2022), h. 86</ref> Tenunan songket dari Silungkang kemudiannya tersebar ke Pandai Sikek dan Payakumbuh.<ref>Dedi Arman (2014)</ref> Kemudian seperti yang telah dinyatakan tadi, pada abad ke-18, Kerajaan Terengganu telah memberikan satu set alat tenun berserta seorang tukang tenun bernama Wan Siti Binti Wan Karim kepada negeri Siak. Songket yang dikembangkan di Siak ini kemudiannya mempengaruhi tenunan songket di Pekanbaru dan Indragiri.<ref>Lestari, S., & Riyanti, M.T. (2017), h. 39</ref><ref>Dedi Arman (2014)</ref>
 
==Pada zaman kini==