Baitulmaqdis Timur: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kemasan ejaan
Teg: Suntingan sumber 2017
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
[[Fail:Jerusalem_Dome_of_the_rock_BW_14.JPG|thumb|300px|kiri|[[Kubah Al-Sakhrah]] di [[Kota Lama Jerusalem|Kota Lama]]]]
[[Fail:EastJerusalemMapPalestine -es Ancient Jerusalem.svg (IA bp 33674).pdf|thumb|250px|kiri250x250px|Peta [[Baitulmaqdis Timur]]]]
{{Jerusalem sidebar|Negara Palestin |expanded=Baitulmuqaddis Timur|selected=Google Earth}}
'''Baitulmaqdis Timur''' merujuk kepada bahagian-bahagian [[Baitulmaqdis]] yang direbut Jordan dalam [[Perang Arab-Israel 1948]] dan kemudian oleh Israel dalam [[Perang Enam Hari]] 1967. Wilayah ini mencakupi [[Kota Lama Jerusalem|Kota Lama]] Baitulmaqdis dan sebahagian tempat-tempat suci [[agama Yahudi]], [[Kristian]], dan [[Islam]], seperti [[Masjid al-Aqsa]], [[Tembok Meratap|Tembok Barat]], dan [[Gereja Makam Suci]]. Istilah "Baitulmaqdis Timur" dapat mengacu pada kawasan yang dikuasai Jordan antara tahun 1949 dan 1967 yang dimasukkan dalam perbandaran Baitulmaqdis setelah tahun 1967, yang seluas sekitar {{convert|70|km2|sqmi|0|abbr=on}} atau kawasan perbandaran Baitulmaqdis pra-1967 yang seluas {{convert|6.4|km2|sqmi|0|abbr=on}}.
 
Setelah [[Perang Arab-Israel 1948]], [[Baitulmaqdis]] dibahagi kepada dua bahagian – wilayah barat, ramai dihuni oleh orang Yahudi dan berada di bawah kekuasaan Israel, sementara wilayah timur, dihuni terutama oleh orang Arab dan berada di bawah kekuasaan Jordan. Pemukiman Arab di Baitulmaqdis barat seperti [[Katamon]] atau [[Malha]] dipaksa dikosongkan oleh para penduduknya di wilayah itu; hal yang sama juga menimpa orang Yahudi di wilayah timur termasuk Kota Lama dan [[Silwan]]. Satu-satunya wilayah timur yang masih dikuasai Israel di sepanjang 19 tahun kekuasaan Jordan adalah [[Gunung Scopus]], di mana terletak [[Universiti Ibrani]], yang membentuk [[enklaf]] selama tempoh itu dan kerananya tidak dianggap sebahagian Baitulmaqdis Timur. Setelah [[Perang Enam Hari]] 1967, bahagian timur Baitulmaqdis berada di bawah kekuasaan Israel dan digabungkan dengan pemukiman barat bersamaan dengan beberapa desa-desa tetangga di Tebing Barat. Pada bulan November 1967 [[Resolusi Majlis Keselamatan PBB 242]] diluluskan, menyeru Israel untuk menarik diri "dari wilayah yang diduduki dalam konflik baru-baru ini". Pada tahun 1980, [[Knesset]] meluluskan [[Undang-Undang Baitulmaqdis]] yang menyatakan "Baitulmaqdis, lengkap dan bersatu, ialah ibu negara Israel",<ref name="urlBasic Law- Jerusalem- Capital of Israel">{{cite web |url=http://www.mfa.gov.il/MFA/MFAArchive/1980_1989/Basic%20Law-%20Jerusalem-%20Capital%20of%20Israel |title=Basic Law- Jerusalem- Capital of Israel |accessdate=2008-06-11}}</ref> namun tanpa menetapkan sebarang batas. Pengisytiharan ini dinyatakan "batal dan tidak sah" oleh [[Resolusi Majlis Keselamatan PBB 478]].
 
== Nota ==