Majlis Daerah Kampar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Khairulkhalid (bincang | sumb.)
Khairulkhalid (bincang | sumb.)
Baris 49:
Aktiviti penternakan juga giat dilakukan di Daerah Kampar ini khususnya penternakan ikan air tawar dan ikan hiasan. Ini adalah kerana di Daerah Kampar terdapat banyak bekas lombong bijih timah yang begitu sesuai untuk menjalankan aktiviti tersebut. Di samping penternakan ikan, penternakan lembu, kambing, burung unta dan itik juga ada di jalankan di kawasan ini.
 
== PetempatanPenempatan tradisional ==
 
Kebanyakan masyarakat Kampar pada hari ini tinggal di kawasan penempatan tradisional yang memang wujud sejak awal lagi. Penempatan-penempatan tradisional itu terdiri daripada 4 kategori utama iaitu :
Baris 60:
Kampung baru selalunya didiami oleh orang Cina dan India, manakala kampung tradisional dan kampung tersusun dihuni oleh kaum Melayu. Ini mungkin kesan daripada konsep pecah dan perintah semasa pendudukan Inggeris dahulu, atau kesan daripada cubaan komunis pada pertengahan abad ke 20.
 
Di samping tinggal di penempatan-penempatan tradisional, ramai juga penduduk di kawasan ini menetap di taman-taman dan bandar-bandar baru terutama sekali bagi penduduk yang baru berhijrah ke daerah ini. Di atas pembangunan yang pesat dan tersusun ini, maka pemaju-pemaju perumahan telah membuka banyak taman dan kawasan baru bagi menampung penduduknya yang kian bertambah. Baru baru diberitakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berminat untuk membangunkan kawasan perumahan di kawasan Gopeng.
 
== Kawasan Pelancongan ==
 
Secara amnya, kawasan pelancongan di Kinta Selatan terdiri daripada kawasan alam semulajadi contohnya kawasan air terjun. Ini disebabkan Kinta Selatan berhampiran dengan banjaran Titiwangsa, dan mempunyai banyak gunung gunung batu kapur.
 
Walaupun Kinta mempunyai banyak bekas lombong yang boleh dibangunkan sebagai pusat permainan air, setakat tiada pelabur luar yang ingin membangunkan kawasan tersebut. Kawasan kawasan pelancongan di Kinta Selatan adalah seperti berikut:
 
* Air Terjun Batu Berangkai
* Air Terjun Taman Sri Kampar
* Air Terjun Sungai Salu
* Gua Tempurung