Perbincangan pengguna:Khairulkhalid

Active discussions

Hai Khairulkhalid,

Saya amat menghargai sumbangan saudara kepada Wikipedia bahasa Melayu.

Wassalam.


Assalamualaikum Saudara Khairulkhalid,
Istilah yang saya ubah adalah lebih jelas bagi penutur bahasa Melayu yang tidak mendalami bidang perubatan, walaupun dianggap kurang tepat dari segi laras bahasa. Ini adalah kerana saya lebih gemarkan menggunakan perkataan asal bukan pinjaman, contohnya :- Bersara|pencen, berkesan|efektif, kedua|sekunder dll.

physical dependence membawa maksud pergantungan secara fizikal, seperti dengan yang saya letakkan . dependens fizikal adalah istilah yang diterap secara harafiah dan janggal kepada yang bukan mendalami bidang perubatan.

Bagaimanapun, saudara bebas menggunakan laras bahasa yang saudara cenderung.
Wassalam


Assalamualaikum Saudara Khairulkhalid,
Apabila saudara menulis dalam laman perbualan pengguna, petunjuk terdapat pesanan muncul secara automatik apabila pengguna tersebut log masuk. Berkenaan pautan kepada wikitionary saya perlu meneliti kembali, kerana saya tidak begitu memberikan perhatian kepada wikitionary sebelum ini. Saya akan jawab apabila saya pasti. Untuk pautan sesama Wikipedia, cuma letakkan tanda [[perkataan]]. Untuk meninggalkan nama anda pada pesanan, letakkan tanda ~~~~ selepas pesanan.
WassalamYosri 01:58, 19 Jun 2004 (UTC)


Assalamualaikum Saudara Khairulkhalid,
Saya dapati saudara mengalihkan rukun Iman kepada Iman. Saya cadangkan rukun iman dikekalkan, kerana iman mempunyai pengertian yang lebih luas. Ini mungkin akan menimbulkan kekeliruan apabila rencana ini bertambah panjang (pada suatu masa nanti). WassalamYosri


Assalamualaikum Saudara Khairulkhalid,
Saudara telah memuatnaik gambar dalam format .bmp. Ia tidak dapat di paparkan. Saya cadangkan saudara mengguna format .JPG atau .PNG kerana ia adalah format bebas. Tiada sebarang royalti perlu dibayar. Cuma klik sebelah kanan dan simpan gambar di dalam cakera. Muatnaik seperti biasa. Salam maju jaya.Yosri 10:50, 28 Jun 2004 (UTC)

Fail tanpa lesen sahSunting

Hai! Terima kasih atas muat naik anda. Saya perasan sebahagian fail yang anda muat naik tidak memiliki lesen (lihat senarai di bawah). Anda boleh membantu kami dengan meletakkan lesen dan sumbernya. Sumber boleh jadi ÔÇÿKarya sendiriÔÇÖ jika anda mengambil gambar tersebut/menggunakan kamera anda sendiri atau mencipta sendiri fail tersebut. Jika anda mengambil foto/fail itu di tempat lain, sila berikan pautan ke tapak web berkaitan atau nyatakan di mana anda menjumpainya.

Fail tanpa lesen sah boleh dihapuskan, jadi kami amat berharap anda membantu kami menambah lesen supaya fail-fail tersebut dapat dikekalkan.

Kerjasama anda amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

  1. Fail:Virus.gif
  2. Fail:Jalur blaschko.jpg
  3. Fail:Fetus.jpg
  4. Fail:Embrio.jpg
  5. Fail:MDKS.png
  6. Fail:Gua tempurung3.png

--MGA73bot (bincang) 22:23, 11 Julai 2011 (UTC)