Kalendar Cina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ArthurBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: cs:Čínský kalendář
BukanTeamBiasa (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Kalendar Cina''' merupakan [[takwim lunisolar]], iaitu sama jenis dengan [[takwim Ibrani]] dan [[kalendar Hindu]], yang menggabungkan unsur [[takwim qamari]] dengan [[kalendar solar]]. Di negara [[China]] sekarang, [[kalendar Gregorian]] digunakan untuk kebanyakan kegiatan harian, namun kalendar Cina masih digunakan untuk menanda [[perayaan orang Cina]] tradisi seperti [[Tahun Baru Cina]], [[perayaan Duan Wu]], dan [[Perayaan Kuih Bulan]], serta dalam bidang [[astrologi]], seperti memilih tarikh sesuai untuk melangsungkan perkahwinan atau merasmikan pembukaan bangunan baru. Oleh sebab swtiap bulan mengikuti satu kitaran bulan, kalendar ini juga digunakan untuk menentukan fasa kitaran bulan.
 
Di [[China]], kalendar tradisional ini dikenali sebagai "''kalendar pertanian''" manakala [[kalendar Gregorian]] dikenali sebagai "''kalendar umum''" atayatau "''kalendar Barat''". Satu lagi nama bagi kalendar Cina ialah "kalendar [[Yin dan yang|Yin]]" yang dipetik daripada rujukan kepada aspek kitaran bulan kalendar ini, manakala kalendar Gregorian dipanggil "kalendar [[Yin dan yang|Yang]]" yang merujuk kepada aspek kitaran matahari. Kalendar Cina juga bergelar "kalendar lama" ({{zh-tsp|t=舊曆|s=旧历|p=jìulì}}) setelah "kalendar baru" ({{zh-tsp|t=新曆|s=新历|p=xīnlì}}), iaitu kalendar Gregorian digunakan sebagai kalendar rasmi. Kalendar tradisi juga merujuk kepada "Kalendar [[Dinasti Xia|Xia]]"; namun, kalendar Xia secara tepatnya tidak merujuk kepada kalendar Cina ini, sebaliknya merujuk kepada satu kalnedar yang pernah digunakan oleh kaum Cina sebelum ini.
 
== Sejarah ==