Endau: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
S11584 (bincang | sumb.)
S11584 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
'''Endau''' atau "Padang Endau" merupakan sebuah bandar kecil di Pantai Timur [[Malaysia]]. Ia terletak pada hujung utara timur [[Johor]] dan hujung selatan [[Pahang]]. Ia juga terkenal sebagai satu daripada pelabuhan-pelabuhan perikanan terbesar di [[pantai timur Semenanjung Malaysia|pantai timur]] [[Semenanjung Malaysia]]. Endau berhampiran dengan [[Kuala Rompin]] dan [[Rompin]] di negeri [[Pahang]].
 
Bandar Endau terletak di muara [[Sungai Endau]] yang juga merupakan sempadan negeri Johor-Pahang. Oleh itu Endau merupakan petempatan yang terletak di dua buah negeri Johor dan Pahang mewujudkan nama "Endau Johor" dan "Endau Pahang". Walau bagaimana pun dari segi pentadbiran, Endau sebenarnya adalah merupakan sebuah badarbandar dan mukim di negeri Johor.
 
Pada suatu ketika dahulu, terdapat masalah perhubungan untuk melintasi Sungai Endau. [[Jambatan Endau]] telah dibina pada awal 1970-an bagi mengatasi masalah perhubungan ini yang menggantikan perkhidmatan feri tunda. [[Menara Jam Endau]] dibina di tebing utara Sungai Endau berhampiran Jambatan Endau di sebelah negeri Pahang, yang lebih dikenali dengan nama Tanjung Gemok yang dahulunya merupakan "Endau Pahang". Di sini terletaknya [[jeti]] [[nelayan]] yang beroperasi di [[Laut China Selatan]].