Pemberontakan Mexico: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Pemberontakan Mexico''' ([[1910]]-[[1920]]; [[bahasa Inggeris]]: ''Mexican Revolution'') terjadi disebabkan sebahagiannya oleh percanggahan pendapat yang amat serius di kalangan penduduk [[Mexico]] terhadap pemerintahan Presiden [[Porfirio Diaz]]. Diaz telah memerintah selama tiga puluh satu tahun, dan dalam tempoh itu, kuasa tertumpu dalam tangan hanya beberapa orang sahaja. Rakyat Mexico tidak berhak menyatakan pendapat mereka atau memilih pegawai kerajaan. Kekayaan juga tertumpu dalam tangan beberapa orang, dan ketidakadilan merebak secara meluas.
 
Pada awal [[abad ke-20]], suatu generasi pemimpin muda yang baru termuncul dan mendesak untuk menyertai kehidupanarena [[politik]] negara mereka. Bagaimanapun, hasrat mereka tidak dibenarkan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang telah mengukuhkan kedudukan mereka dan tidak ingin melepaskan kuasa. Kumpulan pemimpin muda itu percaya bahawa mereka boleh memainkan peranan yang betul dalam politik Mexico sebaik sahaja Presiden Diaz mengumumkan bahawa Mexico bersedia untuk pengamalan [[demokrasi]]. Walaupun [[Perlembagaan]] Mexico menetapkan [[pilihan raya umum]] serta institusi-institusi demokrasi yang lain, Diaz dan penyokongnya menggunakan sumber politik dan [[ekonomi]] mereka untuk mengekalkan kuasa mereka bagi tempoh masa yang tidak terbatasterhad.
 
===Francisco I. Madero===