Mazhab Quanzhen: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 121.121.114.59 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh SieBot
Baris 14:
 
==Sejarah==
Menurut legenda tradisional,kawan Wang Chongyang (dilahirkan Wang Zhongfu) bertemu dengan dua [[dewa]] [[Taoisme]] pada musim panas [[1159]]. Kedua-dua dewa itu, [[Zhongli Quan]] dan [[Lu Dongbin]], mengajarnya Taoisme dan melatihnya dalam upacara amal rahsia. Pada tahun berikutnya, iaitu [[1160]], Wang bertemu sekali lagi dengan salah satu daripada dewa itu. Dalam pertemuan kedua ini, beliau diberikan satu set karya yang terdiri daripada lima arahan bertulis. Disebabkan penerimaan karya itu, Wang memutuskan untuk hidup bersendirian selama tiga tahun di dalam sebuah kubur yang beliau telah membinakan untuk dirinya di Gunung Zhongnan.
 
Selepas tujuh tahun hidup di Gunung (tiga tahun di dalam kubur, dan lagi empat tahun di sebuah pondok yang beliau kemudiannya menggelarkan "''Pondok yang Benar-benar Sempurna''"), Wang bertemu dengan [[Tang Chudauan]] dan [[Qiu Chuji]], salah dua daripada tujuh orang yang kemudian menjadi pengikutnya. Pada tahun [[1167]], Wang membuat perjalanan ke [[Shandong|Wilayah Shandong]] dan menjumpai [[Yu Mak]] dan isterinya, [[Sun Bu'er]], yang merupakan lagi dua daripada tujuh pengikutnya. Ketujuh-tujuh pengikut Quanzhen kemudian dikenali sebagai "Tujuh Mahaguru Quanzhen".