Harut dan Marut: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Harut dan Marut''' adalah dua malaikat yang dikatakan turun ke bumi sebagai manusia. Mereka yakin bahawa manusia tidak mempunyai banyak cubaan, maka [[Allah]] memberi mereka [[nafsu]] yang dimiliki oleh [[manusia]]. Sebaik sahaja berada di bumi mereka telah dijemput oleh seorang wanita kerumahnya. Disana wanita itu memberi pilihan kepada mereka iaitu sama ada merogolnya, membunuh anak wanita itu atau meminum arak. Mereka memilih arak kerana menyangka arak merupakan dosa yang ringan. Tetapi setelah mabuk meminum [[arak]], mereka telah merogol wanita tersebut serta membunuh anaknya. Selepas itu Allah memberi mereka dua pilihan iaitu diseksa di dunia atau di alam akhirat. Memandangkan hidup di dunia hanya sementara berbanding akhirat, mereka mengambil hukuman di dunia. Adalah dipercayai mereka digantung secara terbalik disebuah [[gua]] di Babil.
 
Menurut [[al-Quran]], "Mereka (Syaitan) mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya." (petikan [[Surah alAl-Baqarah]], ayat 102)
 
Raja Babylon ketika itu, ialah [[Raja Namrud]] dan beliau amat meminati sihir yang diajar oleh malaikat-malaikat tersebut. Ajaran-ajaran sihir ini telah diturunkan sehinggalah ke hari ini dalam pelbagai bentuk seperti jampi dan mentara.