Remus Lupin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Baris 48:
* Dalam filem, Lupin kelihatan mempunyai misaim nipis, begitu juga dengan parut walapun tidak dinyatakan dalam buku. Dia kelihatan lebih ceria berbanding dalam buku dan kelasnya mempunyai projektor yang tidak dinyatakan juga di dalam buku. Bajunya juga tidak koyak rabak walaupun adakala kelihatan lusuh. Dalam buku edisi Amerika, Lupin dilukis dengan rambut panjang hingga ke bahu dan beruban. Walau bagaimanapun, J.K. Rowling tidak pernah menyatakan tentang kepanjangan rambut Lupin.
* Dalam filem, nama gelaran Lupin dieja sebagai "Mooney", berbanding "Moony", walaupun dalam filem tidak pernah dinyatakan yang Lupin adalah Moony.
 
== Etimologi nama ==
Nama watak merupakan contoh yang jelas bahawa Rowling sangat berhati-hati menggunakan nama untuk wataknya, latar dan unsur penceritaan. Nama pertamanya, "Remus", merupakan sempena [[Romulus dan Remus]], adik-beradik kembar legenda yang diceritakan mengasaskan [[Rom]], yang dari kecil dijaga oleh serigala betina (bernama Lupa), walaupun J.K. Rowling menyatakan beliau tidak mengambil nama tersebut dari sejarah dalam lamannya. Nama akhirnya, "Lupin", merupakan perkataan Inggeris "lupine" (bermaksud "berwatakan atau berkaitan dengan serigala"), yang terbit daripada perkataan Latin, ''lupus'' ("wolf").
 
Dalam kisah orang-orang tua di utara Perancis, ''lupin'' juga istilah yang digunakan bagi sejenis serigala jadian, yang diketahui dengan maluny (berbeza dengan loup-garou yang ganas dan agresif'').
 
"[[Lupin]]" juga merupakan sejenis tumbuhan daripada genus ''Lupinus''.