Loli ais: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Hezery99 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7:
Loli ais pertama yang direkodkan dicipta secara tidak sengaja pada tahun 1905 oleh seorang budak lelaki berumur 11 tahun bernama Frank Epperson dari [[San Francisco]], yang tertinggal segelas air soda di belakang rumahnya dengan kayu pengacau di dalam gelas tersebut. Pada malam itu, suhu jatuh ke bawah paras beku; akibatnya, apabila Epperson kembali untuk minum air tersebut, dia mendapati air sodanya itu sudah beku, dan setelah dia melalukan air panas pada gelas itu, dia berupaya untuk menanggalkan (dan seterusnya memakan) air soda beku itu dengan menjadikan kayu pengacau tersebut sebagai tangkainya.<ref>{{cite web|url=http://thekidshalloffame.com/CustomPage15.html|title=Hall of Fame |archiveurl=http://web.archive.org/web/20080608063504/http://www.thekidshalloffame.com/CustomPage15.html |archivedate=2010-11-15 }}</ref>
 
Loli ais mula diperkenalkan kepada umum buat pertama kalinya di [[Oakland]] untuk ahli bomba pada tahun 1922. Pada tahun 1923, Epperson memohon paten bagi "ais beku pada tangkai" yang dipanggil Epsicle, dan seterusnya dinamakan semula sebagai [[Popsicle]]. Jenama tersebut kini merupakan antara jenama loli ais paling popular di Amerika Syarikat.{{Citation needed|date=April 2009}}
 
==Aiskrim potong==