Rosmah Mansor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Frigotoni (bincang | sumb.)
k Revert
Baris 30:
 
== Pendidikan ==
Rosmah mendapat pendidikan menengah di [[Kolej Tunku Kurshiah]], Negeri Sembilan. Beliau seorang yang pandai dan dikatakan selalu mendapat tempat teratas dalam kelas. Selain itu beliau juga aktif dalam aktiviti sukan seperti [[badminton]], [[hoki]] dan [[bola jaring]]. Beliau juga sukakan hiburan dan selalu mengambil bahagian dalam nyanyian, tarian dan lakonan semasa di sekolah.
 
Beliau melanjutkan pelajaran di [[Universiti Malaya]], Kuala Lumpur, di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang [[antropologi]] dan [[sosiologi]]. Selepas menamatkan ijazah, beliau menyertai [[Agro Bank|Bank Pertanian Malaysia]] sebagai eksekutif pada tahun 1975. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke [[Lousiana State University]], [[Amerika Syarikat]], dan berjaya mendapat Sarjana Sains dalam [[sosiologi]] dan [[pertanian]].
 
Selepas kembali ke Malaysia pada tahun 1983, beliau menyertai syarikat Island and Peninsular Berhad sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan.
 
== Keluarga ==
Beliau merupakan isteri kedua Najib. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai dua orang anak, Norashman dan Nooryana Narjawa.
Beliau mempunyai seorang anak Azrene Soraya hasil daripada perkahwinan beliau yang pertama dengan Abdul Aziz, berasal dari Perak<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/107492 "'Bini puaka' seret 2 siswa ke mahkamah", Malaysiakini.com, 30 Jun 2009.]</ref> Ibu beliau berasal dari Kampung Mertang, [[Seri Menanti]], [[Negeri Sembilan]]. Beliau juga sudah lama tidak balik ke kampung halaman beliau .
 
== Khidmat sosial ==