Dewan Bahasa dan Pustaka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
penambaikan laman
Smim90 (bincang | sumb.)
→‎Sejarah: kemaskini maklumat
Baris 35:
 
Pada [[22 Jun]] [[2006]], Dewan Bahasa dan Pustaka menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-50. Sempena ulang tahun tersebut [[Pos Malaysia]] melancarkan setem kenang-kenangan ulang tahun ke-50 Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menampilkan denominasi setem bernilai 50 sen (dua rekaan) dan seringgit (RM1).
 
==Matlamat penubuhan DBP dan falsafah==
Matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) adalah:
 
* Untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi;
 
* Untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;
 
* Untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;
 
* Untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan;
 
* Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan
 
* Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
 
===Visi===
 
'''"Bahasa Melayu Salah Satu Bahasa Utama Dunia"'''
 
===Misi===
 
'''"Meningkatkan Penggunaan Bahasa Melayu"'''
 
===Wawasan===
 
'''"Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa"'''
 
===Falsafah===
 
'''"BAHASA JIWA BANGSA"'''
 
==Sejarah ==