Kee Abdullah: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan |
|||
Baris 1:
'''Kee Abdullah''' ialah seorang pemipin tempatan yang dilantik supaya bertugas di [[Tawau]] semasa pemerintahan [[Syarikat Borneo Utara]]. Nama beliau asalnya ialah Kee Kim Swee. Setelah memeluk agama Islam , beliau memilih Abdullah sebagai nama Islam beliau dan seterusnya dikenali sebagai Kee Abdullah ataupun OKK Kee Abdullah.<ref>[http://www.google.com.my/search?tbm=bks&tbo=1&q=+Kee+Kim+Swee&btnG=#sclient=psy&hl=en&tbo=1&tbm=bks&source=hp&q=Kee+Kim+Swee%2C+a+Sino-Dusun+born&pbx=1&oq=Kee+Kim+Swee%2C+a+Sino-Dusun+born&aq=f&aqi=&aql=&gs_sm=e&gs_upl=11234l11234l0l12132l1l1l0l0l0l0l0l0ll0l0&fp=efdbfb56a135dd13&biw=1138&bih=555 Malaysian Chinese and Nation-building: Historical background and economic perspective, Hua she yan jiu zhong xin]</ref> Berketurunan Sino Dusun dan dilahirkan
Oleh kerana latar pendidikan beliau yang baik dan mempunyai kemahiran kerja yang tinggi, beliau diberi kepercayaan oleh Pegawai Daerah Inggeris di [[Lahad Datu]], Alexander Rankin Dunlop untuk ditugaskan di Tawau pada 16 Oktober 1894 sebagai wakil beliau merangkap jawatan Pemeriksa Kastam dan Pemungut Hasil. Antara tugas utama beliau sebagai wakil kerajaan Inggeris ialah membuat pungutan Cukai Diri ( ''Poll Tax
▲Oleh kerana latar pendidikan beliau yang baik dan mempunyai kemahiran kerja yang tinggi, beliau diberi kepercayaan oleh Pegawai Daerah Inggeris di Lahad Datu, Alexander Rankin Dunlop untuk ditugaskan di Tawau pada 16 Oktober 1894 sebagai wakil beliau merangkap jawatan Pemeriksa Kastam dan Pemungut Hasil. Antara tugas utama beliau sebagai wakil kerajaan Inggeris ialah membuat pungutan Cukai Diri ( Poll Tax ) bernilai $1 untuk setiap penduduk yang menjadi rakyat di bawah naungan Kerajaan British. Tidak lama selepas itu, Alexander Dunlop juga berpindah ke Tawau dan menjawat jawatan sebagai Residen Tawau yang pertama dan bertugas bersama sama Kee Abdullah di pejabat Residen.
Selama beliau bertugas di Tawau, beliau menjalankan tanggungjawab dengan mesra dan ini menjadikan hubungan beliau dengan masyarakat setempat khususnya masyarakat Melayu sangat erat. Akhirnya beliau mendirikan rumahtangga dengan gadis tempatan berketurunan Melayu Suluk bernama Jumatiah binti Ami Maiden dan dikurniakan beberapa orang cahaya mata yang antaranya merupakan pemimpin yang berjasa dan disegani di Tawau seperti OKK Abu Bakar atau Penghulu Abu Bakar.
Baris 8 ⟶ 7:
Penghulu Abu Bakar adalah pemimpin Melayu yang berjasa ketika era Pendudukan Tentera Jepun dan era Penyatuan Bangsa Melayu selepas era Perang melalui PKMT dan PIT. Anak-anak beliau yang lain ialah Suleiman bin Abdullah, bapa mertua kepada Datuk Abu Bakar Titingan, Pengerusi USNO Tawau iaitu pemimpin Melayu Tawau yang berjasa di dalam usaha mencapai kemerdekaan Tawau dan Sabah bersama Malaysia.
==Jasa semasa muda==
Jika anak beliau, Penghulu Abu Bakar adalah pemimpin Melayu yang berjasa dan disayangi ketika era Pendudukan Jepun, Kee Abdullah pula antara pemimpin Melayu yang berjasa ketika awal pemerintahan Kerajaan British di Tawau. Sebelum bertugas di Tawau, beliau telah mendapat pendidikan yang tinggi dan berjawatan dalam kerajaan. Dengan latar belakang pendidikan dan pengetahuan yang luas serta mampu bertutur dengan bahasa Inggeris dengan baik selain mampu berkomunikasi dengan mesra dengan masyarakat Melayu tempatan, kehadiran beliau sangat diperlukan oleh kerajaan Inggeris juga oleh masyarakat Melayu tempatan sendiri. Antara kelebihan beliau yang amat dikagumi ialah kemampuan beliau untuk bertutur dalam bahasa Arab dan menulis dalam tulisan Jawi.
Baris 15 ⟶ 13:
Oleh itu semasa masih muda dan baru memulakan tugas beliau, beliau bukan sahaja bertugas untuk memungut hasil kewangan malahan juga diberi tugas untuk berurusan dengan masyarakat tempatan bagi memahami permasalahan mereka dan bergaul rapat dengan mereka. Setelah berpuluhan tahun bersama masyarakat tempatan yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, beliau dianggap seorang pemimpin yang menjadi harapan untuk membantu bangsanya yang serba kedaifan dari segi ekonomi dan taraf pendidikan ketika itu. Pengetahuan beliau yang meluas melalui pengalaman bekerja bersama bangsa Inggeris digunakan sebaik baiknya untuk berbakti kepada anak bangsa di Tawau ini. Beliau bukan sahaja berusaha melalui kerjasama yang baik dengan kerajaan Inggeris untuk membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat melalui kegiatan ekonomi dan pendidikan. Beliau juga menjadi mata dan telinga kerajaan untuk melihat permasalahan rakyat manakala di pihak masyarakat , beliau menjadi suara hati mereka untuk menyampaikan keluhan dan rintihan masyarakat yang daif dan serba kemiskinan untuk didengar pihak kerajaan.
==Kepimpinan==
Pada mulanya beliau adalah kepercayaan pihak Inggeris dengan perlantikan sebagai pegawai kerajaan Inggeris yang pertama ditugaskan di Tawau pada 1894. Kemudian beliau menjadi sebahagian masyarakat Melayu dan masyarakat Islam melalui perkahwinan dan hubungan keluarga. Sebagai seorang yang terpelajar, beliau bersama-sama dengan Imam Mustapa dan Habib Sheikh menjadi rujukan dan harapan masyarakat Melayu di Tawau ketika itu. Jika Habib Sheikh (
Kee Abdullah juga pernah terlibat dalam usaha mewujudkan sebuah pekan baru iaitu Pekan Tawau yang baru di sebuah tempat yang lebih strategik iaitu di sebuah tempat yang dikenali sebagai 'Tanjung' untuk menggantikan pekan lama iaitu 'Tawau Lama' yang tidak sesuai lagi untuk dijadikan pusat ekonomi bandar. Usaha ini sebagai langkah untuk menjadikan Tawau sebagai pekan yang lebih luas dan selesa menjadi pusat perdagangan dan perniagaan memandangkan Tawau Lama ketika itu agak sempit dan dipenuhi dengan rumah-rumah kampung masyarakat tempatan.
Baris 23 ⟶ 21:
Oleh kerana beliau sangat dihormati oleh masyarakat Melayu dan juga mendapat kepercayaan British, beliau telah dilantik menjadi Ketua Masyarakat menggantikan Imam Mustapa. Seterusnya jawatan ketua masyarakat ini telah digantikan dengan jawatan baru yang dikenali sebagai Orang Kaya Kaya atau OKK. Kee Abdullah telah diberi penghormatan untuk pertama kalinya memegang jawatan yang baru ini dan selepas itu beliau dikenali sebagai OKK Kee Abdullah. Beliau terus memegang amanah untuk memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Anak Negeri merangkap Penghulu atau Ketua Masyarakat sehinggalah akhir hayat beliau dan jawatan ini diteruskan pula oleh anak beliau sendiri iaitu OKK Abu Bakar seorang pemimpin yang berwibawa , berjasa , dihormati serta disayangi oleh masyarakat Melayu Tawau ketika hidupnya.
OKK Kee Abdullah meninggal dunia pada tahun 1936 ketika berusia 73 tahun setelah lama menyumbangkan jasa dan berbakti kepada bangsa Melayu Tawau selama puluhan tahun. Semasa beliau meninggal dunia, nama beliau sangat dihormati oleh masyarakat Melayu Tawau dan beliau terus dikenang kerana jasa-jasa beliau. Kerana itulah juga anak beliau, Abu Bakar Abdullah dilantik menggantikan beliau sebagai Orang Kaya-Kaya (
Pada ketika ini, keturunan Kee Abdullah masih lagi menyumbangkan jasa dan bakti kepada rakyat Malaysia di Tawau. Antaranya ialah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Adun Apas merangkap Pembantu Kewangan Ketua Menteri iaitu cicit beliau yang merupakan anak kepada Kee Hafsah binti Kee Abu Bakar. Selain itu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, K.Y. Mustafa juga adalah cicit beliau iaitu anak kepada Kee Yusuf bin Kee Suleiman. Manakala Ketua Anak Negeri Tawau kini iaitu Kee Ayub bin Kee Abu Bakar adalah cucu beliau sendiri.
Baris 29 ⟶ 27:
==Nota Kaki ==
{{reflist}}
==Rujukan==
[[Kategori:Kelahiran 1863]]
[[Kategori:Kematian 1936]]
[[Kategori:Tawau]]
▲1) Buku : Tawau The Making of a Tropical Community , Ken Gotlet , 2010 , Opus Publication.
▲2) Buku 'Borneo Under the Sun', tulisan Nicholas Chung, Terbitan Natural History Publication: 2005
|