Istana Negara, Jalan Istana: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Imej:Istana negara kl.jpg|thumb|right|180px|Perkarangan Istana Negara, [[Kuala Lumpur]]]]'''Istana Negara''' adalah tempat bersemayam Seri Paduka Baginda [[Yang di-Pertuan Agong]] dan Seri Paduka Baginda [[Raja Permaisuri Agong]] sebelum [[Istana Negara Jalan Duta]]. Istana ini terletak di Jalan Istana bertentangan dengan Jalan Syed Putra, suatu kawasan seluas 28 ekar atau 11.34 hektar di tepi [[Bukit Petaling]] di [[Kuala Lumpur]] yang menghadap [[Sungai Klang]].
 
Bangunan ini pada asalnya sebuah banglo yang telah dibina pada tahun 1928 dengan harga RM150,000 dan dahulunya adalah rumah kediaman seorang jutawan dari [[China]], iaitu Encik Chan Wing. Pada zaman pemerintahan [[Jepun]] dari tahun 1942-1945, bangunan ini telah digunakan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan ini telah dibeli oleh Kerajaan Negeri [[Selangor]] dan selepas diubahsuai ia dijadikan sebagai Istana Duli Yang Maha Mulia [[Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah|Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah]], [[Sultan Selangor]] sehingga tahun 1957.
Baris 9:
Istana tersebut kemudiannya direka semula oleh arkitek Jabatan Kerja Raya, E.K. Dinsdale sementara pengubahsuaian dilakukan oleh kontraktor tempatan yang mengambil masa empat bulan dan tidak mempengaruhi struktur utama bangunan. Pengubahsuaian dilakukan dengan menambah bilangan bilik daripada 13 buah kepada 20 buah, dengan dapur bagi 100 orang, balai mengadap, 4 bilik tetamu, 2 balai kemasukan dan 1 dewan santapan.
 
Istana ini digunakan secara rasmi sehingga 15 November 2011 apabila seisi istana berpindah ke Kompleks [[Istana Negara Jalan Duta]].
Istana yang menjadi kediaman rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak merdeka ini menyaksikan perpindahan seisi istana pada 15 November 2011 apabila [[Istana Negara Jalan Duta]] dijadikan kediaman rasmi Seri Paduka Baginda yang baharu. Bermula tarikh tersebut, persemayaman baginda dan segala urusan rasmi Majlis Raja-raja akan turut berpindah sama dan [[Tuanku Mizan Zainal Abidin]] merupakan Yang di-Pertuan Agong yang terakhir bersemayam dan ditabalkan diistana ini.
 
==Balairong Seri==
Baris 26:
 
Istana Negara mempunyai pengawal istana dari batalion pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. Sejak tahun 2001, pengawal berkuda turut diletakkan di pintu gerbang masuk pada 8 pagi hingga 5 petang yang menjadi tarikan pelancong.
 
==Perpindahan==
Istana yang menjadi kediaman rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak merdeka ini menyaksikan perpindahan seisi istana pada 15 November 2011 apabila [[Istana Negara Jalan Duta]] dijadikan kediaman rasmi Seri Paduka Baginda yang baharu. Bermula tarikh tersebut, persemayaman baginda dan segala urusan rasmi Majlis Raja-raja akan turut berpindah sama dan [[Tuanku Mizan Zainal Abidin]] merupakan Yang di-Pertuan Agong yang terakhir bersemayam dan ditabalkan diistana ini.
 
Istiadat menurunkan bendera rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga dilakukan bagi menyatakan secara rasminya bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak lagi bersemayam di istana ini. Selepas seisi istana berpindah, pagar utama istana akan dikunci sebagai simbolik berakhirnya fungsi Istana Negara ini sebagai kediaman rasmi Seri Paduka Baginda. <ref>[http://www.tv3.com.my/beritatv3/laporan_khas/Istana_Negara_Berpindah_Ke_Jalan_Duta_Esok.html TV3: Istana Negara Berpindah ke Jalan Duta]</ref>
 
==Galeri==
Baris 40 ⟶ 45:
Imej:Singgahsana.gif|<center>Singgahsana</center><br>
</gallery>
 
==Rujukan==
{{reflist}}
 
==Pautan luar==