Perbezaan antara semakan "Istana Negara, Jalan Istana"

tiada ringkasan suntingan
Istana yang menjadi kediaman rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak merdeka ini menyaksikan perpindahan seisi istana pada 15 November 2011 apabila [[Istana Negara, Jalan Duta]] dijadikan kediaman rasmi Seri Paduka Baginda yang baharu. Bermula tarikh tersebut, persemayaman baginda dan segala urusan rasmi Majlis Raja-raja akan turut berpindah sama dan [[Tuanku Mizan Zainal Abidin]] merupakan Yang di-Pertuan Agong yang terakhir bersemayam dan ditabalkan diistana ini.
 
Istiadat menurunkan bendera peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga dilakukan pada jam 9 pagi bagi menyatakan secara rasminya bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak lagi bersemayam di istana ini. Selepasselain seisisimbolik istanapenamatan berpindah,tugas pagar utama istana akan dikunci sebagai simbolik berakhirnya fungsidi Istana Negara inilama sebagaiyang kediamanseusia rasmikemerdekaan Seri Paduka Bagindanegara. <ref>[http://www.tv3.com.my/beritatv3/laporan_khas/Istana_Negara_Berpindah_Ke_Jalan_Duta_Esok.html TV3: Istana Negara Berpindah ke Jalan Duta]</ref>
 
Tiupan paluan akhir juga diperdengarkan ketika bendera tersebut diturunkan. Selepas bendera diturun dan dilipat, ia menyaksikan perarakan kumpulan pengawal istana dan kumpulan penurun bendera disertai kawalan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dan Skuadron Istiadat Berkuda. Mereka menuju ke pintu masuk utama Istana Negara, bagi upacara penyerahan bendera peribadi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Tengku Farok Tengku Abdul Jalil.
 
Upacara disaksikan Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan, Datuk Othman Mahmud dan kira-kira jam 9:40 pagi, pintu masuk utama Istana Negara ini, dikunci dikunci sebagai simbolik berakhirnya fungsi Istana Negara ini sebagai kediaman rasmi Seri Paduka Baginda. <ref>[http://www.tv3.com.my/beritatv3/laporan_khas/Istana_Negara_Berpindah_Ke_Jalan_Duta_Esok.html TV3: Istana Negara Berpindah ke Jalan Duta]</ref>
 
==Galeri==
47,987

suntingan