PIZZA: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
FaradyanaAzman (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan 'thumb|PIZZA gambar sekadar hiasan == SEJARAH PIZZA ==

Pizza merupakan makanan segera yang ...'

Yosri (bincang | sumb.)
Melencong ke Pizza
Baris 1:
#redirect [[pizza]]
[[Fail:Eq it-na pizza-margherita sep2005 sml.jpg|thumb|PIZZA gambar sekadar hiasan]]

== SEJARAH PIZZA ==

Pizza merupakan makanan segera yang sangat popular pada masa kini. Pizza bukan sahaja sangat popular di Amerika Syarikat dan Itali tetapi makanan ini sudah mula terkenal di negara Malaysia. Malah, banyak restoran pizza yang tumbuh di negara Malaysia seperti Pizza Hut, Shakey`s Pizza, Domino Pizza, dan lain-lain lagi.

Tentu ramai yang menyangka bahawa pizza berasal dari Itali. Sangkaan itu meleset sama sekali. Pizza mempunyai lagendanya yang tersendiri. Berdasarkan sejarah, masyarakat di sekitar laut tengah telah menghasilkan roti yang bentuknya seperti bentuk roti pizza. Kemudian, orang Yunani zaman dahulu memakan roti yang dipanggil plankuntos bersama lauk yang diletak pada atasnya. Roti tersebut diadun daripada tepung yang diuli dengan air. Kemudiannya dileperkan dan dibakar di atas batu yang dipanaskan di bawah cahaya matahari. Seterusnya, apabila manusia telah pandai menghasilkan api di dalam tungku. Perkataan pizza juga dianggap sebagai turutan dari perkataan Yunani iaitu picea.

Penciptaan pizza yang sempurna berlaku pada zaman renaissance di Napoli, Itali. Para petani di sana membuat roti tawar dari gandum dan minyak zaitun. Manakala di tengah-tengahnya pula ditabur hirisan keju mozzarella. Seterusnya tomato diperkenalkan. Campuran tomato menjadikan pizza itu lebih lazat. Dengan itu, keju mozzarella dan tomato menjadi bahan utama dalam penyediaan pizza. Oleh itu, tidak hairanlah dikatakan kota Napoli merupakan ibu kota pizza. Malah, pizza Napolita adalah salah satu pizza yang paling popular di dunia. Pizza bukan termasyhur di kalangan rakyat biasa, malah di kalangan golongan istana. Dengan itu, muncul pizza Margherita yang diambil sempena nama Ratu Margherita dari Itali. Pizza telah dibawa ke Amerika Syarikat dan menjadi terkenal dalam sekelip mata. Malah, pizza sudah menjadi pilihan masyarakat di seluruh dunia

== CARA MEMBUAT PIZZA ==

'''Bahan-bahan ( 2 biji )'''

1) 200g tepung roti

2) 1/2 sudu besar gula

3) 1/2 sudu kecil garam

4) 2 sudu kecil baking powder

5) 1 sudu besar olive oil

6) 130ml air

'''Topping'''

sosej, bawang besar, sos pizza, tomato, pizza cheese

'''Cara-cara'''

1) Masukkan semua bahan yang bertanda (*) ke dalam mangkuk. Kacau biar bergaul rata.

2) Masukkan pula olive oil dan air.

3) Kacau sehingga tak nampak debu-debu putih. Rehatkan 5-10 minit. Kemudian uli dengan tangan sehingga licin.

4) Buat bentuk bulat. Wrap dengan plastik wrap. Biarkan 30 minit.

5) Bahagikan doh kepada 2. Buat bentuk bulat. Kemudian canaikan senipis yang disukai. Lepas tu bolehlah tarik-tarik biar jadi lebih nipis. *Lagi nipis, lagi crispy.

6) Panaskan oven sehingga 200C. Kemudian letaklah topping pada pizza. Bakar selama 10-15 minit.

SEKIAN...
--FaradyanaAzman (bincang) 11:15, 6 Disember 2011 (UTC)FaradyanaAzman