432 SM: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 26:
====Yunani====
{{portal|Yunani|COA of Greece.svg}}
*[[Sparta]] menyeru dan menjadi tuan rumah kepada persidangan [[Liga PeloponnesePeloponnesus]]. Persidangan itu dihadiri oleh wakil-wakil Athens serta juga ahli-ahli Liga. Selepas alasan-alasan yang dikemukakan oleh [[Corinth]] terhadap [[Athens]], kebanyakan ahli Liga mengundi untuk mengisytiharkan bahawa Athens telah mematahkan keamanan.
*[[Phormio]], laksamana Athens, meneruskan pengepungan [[Potidaea]] dengan menyekat jalan masuk ke Teluk Corinth. Pada waktu yang sama, sebuah armada Athens yang diketuai oleh [[Archestratus dari Athens |Archestratus]] belayar ke Potidaea. Bagaimanapun, sebagai ganti untuk menyerang Potidaea, mereka menyerang angkatan tentera laut [[Macedon]] di bawah [[Perdiccas II dari Macedon|Perdiccas]] yang telah bersekutu dengan Potidaea. Athens menawan [[Therma]] ([[Thessalonica]] kini) dan kemudian mengepung [[Pydna]]. Semasa mengepung Pydna, angkatan tentera Athens menerima berita bahawa [[Corinth]] telah menurunkan seangkatan tentera di bawah kuasa pemerintahan [[Aristeus]] untuk membantu Potidaea. Sebagai balasan, Athens menurunkan lebih banyak askar dan kapal di bawah kuasa pemerintahan [[Hipponicus]]. Gabungan tentera Athens belayar ke Potidaea dan mendarat di sana. Dalam [[Perang Potidaea]] yang menyusul, tentera Athens menewaskan tentera Corinth dan sekutu-sekutunya.