Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa

sunting

Mengikut tempat

sunting

Yunani

sunting
  • Sparta menyeru dan menjadi tuan rumah kepada persidangan Liga Peloponnesus. Persidangan itu dihadiri oleh wakil-wakil Athens serta juga ahli-ahli Liga. Selepas alasan-alasan yang dikemukakan oleh Corinth terhadap Athens, kebanyakan ahli Liga mengundi untuk mengisytiharkan bahawa Athens telah mematahkan keamanan.
  • Phormio, laksamana Athens, meneruskan pengepungan Potidaea dengan menyekat jalan masuk ke Teluk Corinth. Pada waktu yang sama, sebuah armada Athens yang diketuai oleh Archestratus belayar ke Potidaea. Bagaimanapun, sebagai ganti untuk menyerang Potidaea, mereka menyerang angkatan tentera laut Macedon di bawah Perdiccas yang telah bersekutu dengan Potidaea. Athens menawan Therma (Thessalonica kini) dan kemudian mengepung Pydna. Semasa mengepung Pydna, angkatan tentera Athens menerima berita bahawa Corinth telah menurunkan seangkatan tentera di bawah kuasa pemerintahan Aristeus untuk membantu Potidaea. Sebagai balasan, Athens menurunkan lebih banyak askar dan kapal di bawah kuasa pemerintahan Hipponicus. Gabungan tentera Athens belayar ke Potidaea dan mendarat di sana. Dalam Perang Potidaea yang menyusul, tentera Athens menewaskan tentera Corinth dan sekutu-sekutunya.

Mengikut topik

sunting

Astronomi

sunting
  • Meton dari Athens, ahli matematik dan astronomi Yunani, menghitung dengan tepat kronologi perbandingan kitaran-kitaran suria dan qamari. Oleh itu, beliau memperkenalkan kitar Meton 19-tahun ke dalam takwim Athens sebagai kaedah untuk menghitung tarikh. Bekerja dengan Euctemon, beliau mencerap solstis musim panas pada 27 Jun.

Seni bina

sunting

Kelahiran

sunting

Kematian

sunting