383 SM: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 25:
===Mengikut tempat===
====Yunani====
{{portal|Yunani|Coat of arms of Greece.png}}
* Raja [[Amyntas III dari Macedon]], membuat perikatan sementara dengan Liga Chalcidice. [[Sparta]] yang dasarnya adalah untuk memecahbelahkan Yunani, menghantar sebuah ekspedisi ke utara untuk mengganggu Liga Chalcideice, sebuah gabungan kota-kota semenanjung [[Chalcidice]] yang terletak di arah timur [[Macedon]].
* [[Phoebidas]], komander [[Sparta]] yang sedang merentasi [[Boeotia]] dalam kempen ketenteraannya, mengambil kesempatan daripada persengketaan awam di [[Thebes, Greece|Thebes]] untuk memasuki kota itu dengan askar-askarnya, Sebaik sahaja mereka berada di dalam kota itu, beliau menawan [[Cadmeia]] ([[kubu kota]] Thebes), dan memaksa puak anti-Sparta untuk melarikan diri daripada kota itu. Kerajaan Thebes diletakkan di tangan puak pro-Sparta yang dibantu oleh sebuah garison Sparta yang ditempatkan di Cadmeia. Banyak daripada bekas pemimpin Thebes dibuang negeri. [[Epaminondas]], walaupun dikaitkan dengan puak anti-Sparta, dibenarkan tinggal.