Perbezaan antara semakan "Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah"

(kotak maklumat)
 
== Sejarah ==
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah mula ditubuhkan pada tahun 1977. 14 tahun sebelum diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah ini di bawah kelolaan Kerajaan Negeri dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Pada masa itu, SMKA Maahad Hamidiah dikenali dengan nama Sekolah Menengah Arab Pekan Kajang atau Sekolah Arab Kajang. Para pelajar pada masa itu berjumlah 121 dari tingkatan 1 hingga 4. Manakala kakitangan akademiknya adalah seramai 7 orang iaitu Encik Amir Khatim, Encik Tahar Husin, Puan Jemaah Saadon, Puan Saedah Sani, Puan Salihah Abdul Aziz, danPuan duaRohiyah @ Zainab Haji Taib dan orangseorang guru lagi. Pengetuanya yang pertama ialah Tuan Haji Abdul Aziz Andik Achok.
 
Pengasas sekolah ini ialah Ustaz Haji Abdul Hadi Abdul HAmid, yang berasal dari Sumatera,Indonesia.Beliau menubuhkan sekolah ini pada tahun 1963. Bangunan asal sekolah ini terletak di Batu 14, Cheras bertentangan dengan Masjid Jamek, Kajang. Bermula 16 September 1984, pentadbiran SMKA Maahad Hamidiah telahpun berpindah ke kawasan baru yang bertempat di Jalan Sungai Ramal Luar, Kajang. Prestasi dalam bidang akademik dan kokurikulum pada tiap tahun adalah menggalakan.SMKA Maahad Hamidiah adalah antara Sekolah Asrama Harian yang terbaik dan terunggul di negeri Selangor. Kini, sekolah ini mempunyai seramai 915 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga enam. Tenaga pengajar di sekolah ini pula seramai 74 orang dan disokong oleh 13 orang kakitangan sekolah.
Pengguna awanama