Universiti Teknologi Curtin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
k Smim90 memindahkan laman Curtin University of Technology ke Universiti Teknologi Curtin: lebih tepat di Wikipedia bahasa Melayu
Smim90 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Universiti Teknologi Curtin''' ([[bahasa Inggeris]]: Curtin University of Technology''') adalah sebuah [[universiti]] berteraskan teknologi yang mendirikan kampus utamanya di [[Bentley, Western Australia|Bentley]], dalam lingkungan kerajaan tempatan [[Bandar Victoria Park]], [[Australia Barat]]. Curtin memulakan operasi dengan nama sekarangnya pada tahun [[1986]], dan dahulunya dikenali sebagai Western Australian Institute of Technology (WAIT). Nama yang digunakan sekarang bersempena nama seorang bekas [[Perdana Menteri Australia]], [[John Curtin]].[http://official.curtin.edu.au/history.html]
 
Curtin University of Technology merupakan universiti terbesar di negeri Australia Barat[http://about.curtin.edu.au/] dengan lebih 39,000 orang penuntut, yang mana lebih 9,000 daripada mereka menuntut di luar negara.[http://planning.curtin.edu.au/stats/overview.html] Terdapat lima bahagian utama di Curtin, iaitu Perniagaan (''Business''); Kejuruteraan, Sains dan Pengkomputeran (''Engineering, Science and Computing''); Sains Kesihatan (''Health Sciences''); Kemanusiaan (''Humanities''); dan Sumber dan Alam Sekitar (''Resources and Environment''). Sungguhpun tidak dianggap sebagai salah sebuah universiti kajian yang utama di Australia, Curtin makin meningkat reputasinya dengan kejayaan menjalankan kajian dalam bahagian akademik tertentu.[http://official.curtin.edu.au/history.html]