Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan''' atau ringkasnya 'Royalti' adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan ([...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 18:08, 3 Julai 2012

Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan atau ringkasnya 'Royalti' adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berjuang menuntut keadilan royalti minyak bagi negeri Kelantan. Presidennya ialah Mohd Nazri Deraman.

Tuntut royalti minyak

Gabungan ini memberi memberi tempoh tujuh hari kepada ‘samseng’ yang bertanggungjawab memukul lima orang aktivis Royalti baru-baru ini memohon maaf secara terbuka. Permohonan maaf itu perlu dinyatakan secara terbuka atau rasmi kepada lima orang mangsa yang dipukul mereka termasuk ‘R’ pada Jun 2012.

Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) selaku penganjur program himpunan di hadapan Kota Darulnaim pada Jun 2012 juga perlu meminta maaf secara terbuka atau rasmi kepada Royalti dalam tempoh tujuh hari bermula 2 Julai 2012.Jika tidak berbuat demikian, mereka bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Mereka telahmembuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu berhubung lima orang aktivis R yang cedera dipukul pada perhimpunan 26 Jun 2012 di hadapan Kota Darulnaim. Pihak lawan tidak mengikut arahan yang ditetapkan untuk berhimpun antara 9.00 hingga 11.00 pagi. Mereka telahpun mengikut syarat termasuk mempunyai permit yang sah untuk berhimpun di hadapan Kota Darulnaim. Mangsa yang telah dipukul ialah Khairul Nizam Abdul Ghani, Mohd Zulhazmi Hassan, Abu Samah Hassan, Khairol Aswan Mohd Maidin dan Zulkifli Mohammad.[1]

Rujukan