Kuala Sepetang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 4:
 
==Asal usul nama==
Sepetang merujuk kepada keindahan sinaran merah matahari di ufuk [[barat]]. {{fact}} Sinar merah suria di titik [[horizon]] [[Selat Melaka]] boleh menimbulkan [[nostalgia]] kepada sesiapa sahaja yang pernah menikmatinya.
 
Kuala Sepetang kemudian ditukar nama kepada Port Weld. Menjadi kelaziman pegawai [[British]] untuk menamakan sesuatu tempat, bangunan dan jalan raya mengunakan nama sahabat-sahabat mereka dari British. Nama 'Weld' diambil daripada nama [[Sir]] [[Frederick Weld]] yang telah tiba di Taiping pada tahun 1881 dan meningkatkan kemudahan infrastruktur [[Taiping]] sebagai ibu negeri [[Perak]]. Ini termasuklah jalan raya, kegiatan industri, perlombongan, bangunan pentadbiran, sekolah dan sebagainya. Nama beliau turut diabadikan pada Jalan Weld Road (Jalan [[Raja Chulan]]) di [[Kuala Lumpur]]. Upper Weld Road di [[Singapura]] dan Weld Quay di [[Pulau Pinang]]. Beliau dilahirkan di [[Bridport]], [[Dorset]], [[England]] pada 9 Mei 1823 dan meninggal dunia di [[Chideock]], [[New Zealand]] pada 20 Julai, 1891.