MasterChef Malaysia (Musim 2): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 22:
| audio_format = [[Stereo]]
| network = [[Astro Ria]] & Mustika HD
| first_aired = [[8]] [[September]] [[2012]]<br>15 September 2012 (Top 24)
| last_aired =
| related =
Baris 32:
'''MasterChef Malaysia Musim ke-2''' merupakan sebuah rancangan realiti [[Malaysia]] bertemakan permainan dan masakan. Ia merupakan sambungan bagi tahun kedua ''[[MasterChef Malaysia (Musim 1)|MasterChef Malaysia]]''. Rancangan ini telah ditayangkan di [[Astro Ria]] dan Mustika HD bermula 8 September 2012.
 
Chef Jo dan Chef Zubir kembali sebagai juri rancangan ini. Bagaimanapun, Chef Riz tidak kembali sejak penamatan [[MasterChef Malaysia (Musim 2)|musim pertama]] dan tempatnya digantikan oleh Chef Adu Amran Hassan sejak edisi [[MasterChef Selebriti Malaysia|Selebriti]].
 
===Format Episod===
Baris 40:
* '''Hari Sabtu''' adalah cabaran "Peti Saji Misteri". Setiap peserta selebriti diberi kotak yang mengandungi bahan-bahan masakan yang sama dan perlu menyediakan suatu hidangan dengan menggunakan bahan-bahan yang diberikan sebagai bahan utama. Hidangan ini akan dirasa oleh juri dan seorang pemenang akan dipilih. Pemenang Peti Saji Misteri akan diberi kelebihan dan lazimnya akan diberi peluang untuk memilih bahan utama untuk cabaran "Ujian Cipta Rasa". Peserta-peserta perlu mencipta satu hidangan dengan menggunakan Sajian Utama yang dipilih itu.
 
* '''Hari Ahad''' adalah hari "Ujian Penyingkiran" membawakan "Ujian Sajian Pantas" atau "Ujian Kemahiran" atau gabungan kedua-duanya. Bagi Sajian Pantas, beberapa orang peserta yang tidak dapat memuaskan juri ketika cabaran malam sebelumnya akan diberikan resipi/contoh hidangan untuk satu hidangan tertentu. Mereka perlu menghasilkan hidangan yang sama atau memperbaiki atau meniru tema yang sama dalam masa yang diperuntukkan. Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan akan disingkir dari pertandingan. Bagi Ujian Kemahiran pula, peserta yang menjalani ujian penyingkiran akan diuji dari segi pengetahuan atau pengalaman dalam meneka bahan-bahan masakan atau menu-menu yang diberi. Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan atau mendapat markah penilaian yang terendah akan disingkir dari pertandingan.
 
* '''Hari Isnin''' membawakan cabaran khas iaitu "Cabaran Chef Undangan", iaitu peserta yang berjaya dalam "Ujian Cipta Rasa" akan bertanding dengan chef profesional/selebriti. Peserta dan chef undangan akan bertanding memasak satu resepi pengenalan daripada chef undangan itu sendiri dalam jangka masa yang ditetapkan. Peserta dakan diberikan kelebihan masa berbanding chef jemputan. Sekiranya peserta tersebut mampu mengalahkan chef undangan itu, beliau akan memenangi Pin Kebal yang mampu mengelakkannya daripada masuk dalam mana-mana Ujian Penyingkiran.
 
* '''Hari Selasa''' -adalah untuk "Cabaran Sajian Luar", iaitu para peserta akan dibahagikan kepada pasukan yang terdiri daripada bilangan yang sama dan diberi tugasan dan jangka masa yang ditetapkan untuk melengkapkan cabaran ini yang bergantung kepada keadaan, situasi atau tempat cabaran. Pasukan yang kalah akan menghadapi penyingkiran malam seterusnya.
 
* '''Hari Rabu''' memberikan sekali lagi "Ujian Penyingkiran" membawakan "Ujian Sajian Pantas" atau "Ujian Kemahiran". Kali ini, ahli pasukan yang kalah akan berentap sesama sendiri untuk mengelakkan penyingkiran. Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan atau mendapat markah penilaian yang terendah akan disingkir dari pertandingan.
 
* '''Hari Khamis''' merupakanadalah hari "Kuliah Master" iaitu kelas masakan yang dikendalikan oleh chef juri kepada peserta sama ada mengimbas kembali tema atau membuat kembali resepi yang telah dibuat sepanjang minggu.
 
==Jadual penyingkiran==