Keluarga Weasley: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Imej:Keluarga Weasley di Mesir.jpg|220px|right|thumb|Gambar keluarga Weasley yang terpapar di muka depan ''[[Daily Prophets]]''.]]'''Keluarga Weasley''' merupakan keluarga sihir rekaan [[J. K. Rowling]] dalam siri ''[[Harry Potter]]''. Keluarga ini amat menonjol dalam siri kerana anak lelaki yang paling muda iaitu [[Ron Weasley]], merupakan sahabat baik bagi [[protagonis]] siri ini iaitu [[Harry Potter (watak)|Harry Potter]]. Mereka adalah antara keluarga berdarah sihir tulen yang tinggal. Pasangan Weasley mempunyai tujuh orang anak dan kesemuanya mempunyai jeragat dan berambut merah. Dalam laman web rasminya, Rowling menerangkan mengapa dia memilih nama keluarga dan warna rambut bagi keluarga ini:<sup>[http://www.jkrowling.com/textonly/en/extrastuff_view.cfm?id=7]</sup>
{{cquote|Di [[Britain]] dan [[Ireland]], [[wesel]] mendapat reputasi yang buruk dan dikatakan membawa malang dan binatang yang jahat. Walau bagaimanapun, sejak kecil saya amat menyayangi keluarga [[mustelidae]]; taklah sejahat mana pada pendapat saya.