Death Eater: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Baris 22:
 
Beberapa anak Death Eater turut bersekolah di [[Sekolah Sihir Hogwarts]] - sekolah itu sendiri tidak menyebelahi kumpulan atau pihak mana-mana, walaupun beberapa Pengetua sebelumnya berbuat begitu. Menurut J.K. Rowling, walaupun ahli Slytherin sering berkaitan dengan Death Eater, hanya sedikit sahaja dalam populasi [[Slytherin]] dan terdapat juga pelajar yang berkaitan dengan Death Eater dalam Gryffindor, Hufflepuff, dan Ravenclaw.
 
==Kejatuhan dan Kebangkitan Kedua Lord Voldemort==
Apabila Lord Voldemort telah hilang selepas percubaannya untuk membunuh [[Harry Potter (watak)|Harry Potter]], Death Eater telah diharamkan dan berpecah secara besar-besaran. Kementerian telah mengumpulkna kebanyakan mereka dan memenjarakan mereka di dalam [[Azkaban]], tetapi sebahagian daripada mereka terlepas dengan mendakwa bahawa mereka dijampi oleh Death Eater yang lain, seperti yang dilakukan oleh [[Igor Karkaroff]]; Harry menyakiskan pengakuan Karkaroff dalam [[Pensieve]] Dumbledore.
 
Apabila Lord Voldemort memperoleh kekuatan semula pada penghujung ''[[Harry Potter dalam Piala Api]]'', dia memanggil semua pengikutnya dengan menyentuh Tanda Kuasa Jahat [[Peter Pettigrew]]. Sesetngah dari mereka yang telah mengkhianatinya agak terlalu takut untuk kembali, dan sesetengah yang lain telah mati atau dipenjarakan, tetapi banyak yang telah kembali kepadanya.
 
==Pautan luar==