Hinamori Momo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Laman baru: '''Hinamori Momo''' (雛森 桃) ialah watak dalam manga dan siri anime ''Bleach''. Dia merupakan leftenan Bahagian ke-5 dalam [[Shinigami (Bleach)#Gotei 13|Gotei 13 yang dahulunya d...
 
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Imej:Hinamori.jpg|right|250px|right|thumb|Hinamori Momo]]'''Hinamori Momo''' (雛森 桃) ialah watak dalam manga dan siri anime ''[[Bleach]]''. Dia merupakan leftenan Bahagian ke-5 dalam [[Shinigami (Bleach)#Gotei 13|Gotei 13]] yang dahulunya diketuai oleh [[Aizen Sōsuke]].
 
{{spoiler}}
Baris 7:
 
==Sejarah==
[[Imej:HinamoriHitsugaya.jpg|right|230px|thumb|Si kecil Hitsugaya dan Hinamori]]Hinamori membesar di Junrinan, Daerah Pertama di [[Soul Society#Rukongai|Rukongai]] bersama-sama Hitsugaya. Hitsugaya pada zaman kanak-kanaknya bersikap keanak-anakan dan berkeras mahu melindungi Hinamori. Hinamori mendapati janji Hitsugaya agak memeranjatkan dan melayannya seperti adik sendiri. Mereka berdua menjadi sahabat karib hingga kini; Hinamori masih suka memanggil Hitsugaya Shirō-chan ("si putih" berdasarkan warna rambutnya) walaupun Hitsugaya sudah lama berhenti memanggil Hinamori sebagai "si kencing malam Momo".
Hinamori membesar di Junrinan, Daerah Pertama di [[Soul Society#Rukongai|Rukongai]] bersama-sama Hitsugaya.
 
Di akademi shinigami, dia mahir menggunakan [[kidō]]. Di sana, dia bersahabat dengan [[Kira Izuru]] dan [[Abarai Renji]]. Mereka bertiga dinaikkan pangkat ke kelas leftenan beberapa lama selepas tamat pengajian. Pernah sekali akademi tersebut dilawat oleh seorang kaptan iaitu Aizen. Sejak hari itu, Hinamori amat mengagumi Aizen. Kemudian, Bahagian ke-5 menyelamatkan Hinamori, Kira dan Renji daripada beberapa [[hollow]]. Mereka dimasukkan ke dalam Bahagian ke-5 di bawah pimpinan kaptannya, Aizen dan Leftenan [[Ichimaru Gin]]. Hinamori dikekalkan di Bahagian ke-5 dan menjadi leftenan (dia bekerja keras untuk mencapai kejayaan ini, seperti yang dikatakan oleh Hitsugaya). Renji dipindahkan ke Bahagian ke-11 dan kemudiannya menjadi leftenan Bahagian ke-6 di bawah [[Kuchiki Byakuya]].
 
==Sinopsis==
===Babak Soul Society===
Sikap Hinamori yang mudah mempercayai seseorang dan kenaifannya menyebabkan dia menjadi "boneka mainan" dalam babak ini. Selepas [[Kuchiki Rukia]] dijatuhi hukuman mati, Hitsugaya meminta Hinamori agar berhati-hati dengan Ichimaru Gin dari Bahagian ke-3.
 
"Kematian" Aizen menyebabkan Hinamori cuba membunuh Ichimaru bagi membalas dendam. Oleh sebab dia terlampau sedih, Hinamori tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan dan Kira, sebagai leftenan Ichimaru, bertarung dengan Hinamori. Hitsugaya masuk campur dan memberkas mereka berdua. DI penjara, Hinamori menerima sepucuk surat daripada Aizen yang mengatakan bahawa Hitsugaya ialah pembunuhnya yang sebenar. Selepas memecah keluar dari bilik tahanan, dia menggangu pertarungan antara Ichimaru dengan Hitsugaya yang tidak mahu berlawan dengan Hinamori kerana bimbang akan mencederakannya.
 
Dia kemudiannya dibawa ke ibu pejabat Bahagian ke-10 oleh Hitsugaya dan leftenannya, [[Matsumoto Rangiku]]. Hitsugaya membina satu benteng di sekitar bilik Hinamori untuk menghalang sesiapa daripada memasuki ruangan tersebut. Tetapi, benteng itu tidak direka untuk menghalang orang di dalam bilik daripada memecah keluar. Dengan pengetahuan Hinamori tentang kidō, dia mampu melarikan diri dengan mudah. Dia mengekori Hitsugaya ke Bilik Utama 46 dan masih mempercayai bahawa sahabat karibnya selama ini telah membunuh kaptannya. Ichimaru yang sedang menanti kedatangannya membawa Hinamori untuk berjumpa dengan Aizen. Pada masa ini, perasaan syukur dan gembira Hinamori membutakan pandangannya sehingga tidak menyedari mayat-mayat ahli Bilik Utama 46 yang bergelimbangan. Ketika Aizen memeluk Hinamori, dia menikamnya.
 
Apabila Hitsugaya tiba di tempat kejadian dan bertanyakan sebab Aizen ingin membunuh leftenannya, Aizen hanya berkata bahawa "penyanjungan ialah satu emosi yang tidak dapat difahami sepenuhnya". Kemudian, dia menerangkan bahawa dia telah memanipulasikan Hinamori selama ini dan tindakannya untuk menamatkan riwayatnya adalah berasaskan timbang rasa. Hitsugaya cuba membunuh Aizen tetapi hampir-hampir kehilangan nyawanya. Mereka berdua diselamatkan oleh [[Unohana Retsu]] yang turut tiba di tempat kejadian sejurus selepas Aizen menewaskan Hitsugaya.
 
===Babak Arrancar===
Hinamori masih tidak sedarkan diri selepas peristiwa di Soul Society. Dia sedar seketika sebelum Hitsugaya bertolak ke dunia manusia untuk membantu Ichigo menewaskan [[arrancar]]. Apabila dia bangun, dia nampaknya masih di bawah hipnosis Aizen dan menyalahkan Ichimaru atas segala-galanya. Adalah tidak diketahui sama ada Hinamori masih dipengaruhi oleh kuasa Aizen tetapi hakikat bahawa dia masih menafikan kenyataan bahawa Aizen cuba membunuhnya menyebabkan Hitsugaya berasa resah dan marah.
 
==Tobiume==
[[Imej:Tobiume.jpg|right|230px|thumb|Tobiume milik Hinamori]][[Zanpakutō]] Hinamori ialah "Pokok Plum Terbang" (飛梅, ''Tobiume''). Arahan bagi pembebasan tahap pertama ialah "tepuk" (弾け, ''hajike''). Apabila dibangunkan pada tahap pertama, bentuk Tobiume melurus dan menghasilkan beberapa cabang kecil di sepanjang bilah. Tobiume bertindak dengan memfokuskan kuasa semangat Hinamori dan menumpukannya ke dalam satu letupan tenaga berwarna merah jambu yang mampu meretak dan memusnahkan dinding. Hinamori juga boleh memampatkan kuasanya ke dalam satu bola tenaga tunggal. Dalam permainan ''Bleach: Blade Battlers'', Tobiume menghasilkan api kemerahan dan bukannya merah jambu.