Bleach

serial komik dan animasi Jepang

Bleach (Jepun: ブリーチ, Hepburn: Burīchi, dieja dan ditulis sebagai BLEACH di Jepun) merupakan sebuah siri manga Jepun, ditulis dan dilukis oleh Tite Kubo. Ia mengikuti pengembaraan seorang remaja lelaki Kurosaki Ichigo, yang mewarisi takdir ibu bapanya selepas dia memperoleh kuasa Shinigami—personifikasi kematian serupa dengan Grim Reaper—dari Shinigami yang lain, Kuchiki Rukia. Kuasanya yang baru ditemui membolehkannya memikul tugas mempertahankan manusia daripada roh jahat dan membimbing jiwa-jiwa yang telah pergi ke alam akhirat, dan mengarahkannya dalam perjalanan ke pelbagai alam kewujudan hantu.

Bleach
Kulit hadapan manga Bleach keluaran versi Jepun, jilid pertama.
GenrePengembaraan, ghaib[1]
Manga
PengarangTite Kubo
PenerbitShueisha
Penerbit Lain
DemografikShōnen
PencetakanJump Comics
Majalah AsalShōnen Jump Mingguan
Majalah Lain
Tarikh Pengeluaran7 Ogos 200122 Ogos 2016
Jilid74
Siri televisyen anime
Filem anime
Filem aksi langsung
Francais media
Portal Anime dan Manga

Bleach telah disiarkan dalam majalah manga shōnen (lelaki remaja) milik Shueisha, Shōnen Jump Mingguan dari Ogos 2001 hingga Ogos 2016 , dengan bab-babnya dikumpul dalam 74 jilid tankōbon. Siri ini telah melahirkan francais media yang merangkumi siri televisyen anime yang dihasilkan oleh studio Pierrot yang berpangkalan di Tokyo dari 2004 hingga 2012, dua episod animasi video asli (OVA), empat filem cereka animasi, sepuluh pementasan muzikal dan pelbagai permainan video, serta banyak jenis barangan berkaitan Bleach. Sebuah filem aksi langsung Jepun yang diterbitkan oleh Warner Bros. ditayangkan pada 2018.

Di Amerika Utara, manga telah dilesenkan untuk keluaran bahasa Inggeris oleh Viz Media pada tahun 2004. Mereka telah mengeluarkan jilid jilid terkumpul dan menerbitkan bab-babnya dalam majalah Shonen Jump mereka dari November 2007 sehingga keluaran akhir majalah itu pada April 2012.

Bleach menerima Anugerah Manga Shogakukan ke-50 untuk kategori shōnen pada tahun 2005. Manga itu mempunyai lebih 130 juta jilid tankōbon dalam edaran di seluruh dunia pada 2022, menjadikannya manga terlaris yang kedua belas dalam sejarah.

Pengenalan sunting

 
Kurosaki Ichigo

Kurosaki Ichigo ialah remaja yang lasak dan mempunyai keupayaan luar biasa; dia boleh melihat roh. Kisah ini bermula dengan kemunculan seseorang yang tidak dikenali di bilik Ichigo. Orang ini ialah shinigami (dewa maut) Kuchiki Rukia yang terkejut dengan hakikat bahawa Ichigo boleh melihatnya. Perbualan mereka diganggu oleh kemunculan suatu hollow (roh jahat). Selepas Rukia cedera parah semasa melindungi Ichigo, dia ingin memindahkan separuh daripada kuasanya kepada Ichigo supaya dia dapat berhadapan dengan hollow tersebut. Tetapi, Ichigo menyerap kesemua kuasa Rukia dan berupaya mengalahkan Hollow itu dengan mudah.

Keesokan harinya, Rukia muncul semula sebagai rakan sekelas Ichigo. Hairannya, Rukia kelihatan seperti manusia biasa. Dia membuat andaian bahawa kekuatan semangat Ichigo yang luar biasa menyebabkannya menyerap kesemua kuasa shinigami Rukia lalu mengakibatkan Rukia terdampar di dunia manusia. Rukia kini menggunakan gigai - badan manusia tiruan - sementara menunggu kuasanya pulih. Ichigo pula terpaksa mengambil alih tugasnya sebagai shinigami (menentang hollow dan memimpin roh sesat ke Soul Society).

Watak utama sunting

 
Watak-watak utama dalam siri Bleach seperti yang dilihat dalam lakaran manganya oleh mangaka Tite Kubo.

Artikel utama: Watak-watak dalam Bleach

Jenis watak sunting

Semua watak dalam Bleach ialah roh. Manusia hidup mengandungi roh dalam tubuh sebenar. Roh dan semangat bebas pula mengambil bentuk ektoplasma (霊子, reishi), sejenis tenaga semangat. Tenaga ini merangkumi semua makhluk halus; tiada garis untuk membezakan minda daripada badan. Jenis organisma atau jadian adalah seperti di bawah.

  • Manusia: Manusia dalam Bleach dipaparkan seperti rakyat Jepun moden. Kebanyakan manusia tidak boleh melihat dan mengesan roh dalam mana-mana cara. Tetapi, roh boleh mendiami badan tiruan dan dengan ini, boleh dilihat oleh manusia. Seorang dalam 50 000 manusia boleh bertindak sebagai medium komunikasi dengan hantu, tetapi hanya satu pertiga sahaja yang boleh melihat hantu dengan jelas. Sesetengah manusia pula mempunyai kuasa untuk mengesan roh dan kekuatan untuk melawan mereka. Manusia biasa lain boleh memperoleh keupayaan ini; mereka hanya perlu selalu berada berhampiran dengan sumber kuasa semangat yang besar.
  • Plus: Merupakan hantu jinak dan tidak berbahaya dalam Bleach. Plus ialah roh bagi seseorang yang baru meninggal. Seutas rantai yang dikenali sebagai '因果の鎖, inga no kusari' (Rantai Nasib) akan tersembul dari dada plus dan menghubungkannya kepada sesuatu objek, orang atau lokasi yang dirasakan paling dekat kepada mereka semasa hidup. Roh tersebut boleh bergerak bebas selepas rantai tersebut putus tetapi hal ini juga akan mengakibatkan rantai itu terkakis. Biasanya, plus akan dihantar ke Soul Society oleh shinigami melalui satu upacara yang dikenali sebagai '魂葬, konsō' (pengebumian roh) sebelum kakisan Rantai Nasib menjadi lebih nyata. Apabila rantai tersebut habis terkakis sebelum menjalani 'pengebumian roh', satu lubang akan wujud di dada roh (di tempat asal Rantai Nasib tersembul). Roh sedemikian akan hilang kewarasan dan menjadi roh jahat - hollow. Jika Rantai Nasib sengaja ditarik keluar, kadar roh tersebut menjadi hollow akan meningkat.
  • Shinigami: Shinigami (Dewa Maut) ialah roh yang mempunyai kuasa semangat dalaman dan dilantik daripada kalangan warga biasa dan kaum bangsawan di Soul Society. Seperti roh lain, mereka tidak boleh dikesan oleh manusia biasa. Shinigami menggunakan pedang roh (zanpakutō) untuk menjalankan upacara "pengebumian roh" terhadap plus. Shinigami juga menggunakan zanpakutō dan kidō untuk menentang musuh utama mereka, hollow. Sesetengah shinigami berjaya memperoleh kuasa hollow secara haram dan dikenali sebagai vizard.
 
Ichigo berhadapan dengan hollow
  • Hollow: Mereka merupakan antagonis utama dalam Bleach. Mereka ialah hantu jahat yang tinggal di Hueco Mundo tetapi merantau ke dunia manusia untuk makan roh manusia yang masih hidup dan yang telah mati. Seperti shinigami, mereka terdiri daripada zarah-zarah semangat dan menggunakan kuasa semangat dalaman untuk bertarung. Kebanyakan hollow dapat ditewaskan oleh shinigami biasa tetapi ada juga yang keupayaannya melampaui kekuatan shinigami peringkat kaptan. Semua hollow memakai topeng putih kecuali sebilangan kecil sahaja yang dikenali sebagai arrancar; mereka mampu menanggalkan topeng sendiri dan menggunakan kuasa shinigami. Walaupun mereka mempunyai zanpakutō, pedang tersebut digunakan untuk mengubah rupa fizikal arrancar terbabit.
  • Roh tiruan: Merupakan produk yang dihasilkan secara besar-besaran oleh shinigami. Roh tiruan dikeluarkan dalam bentuk pil dan digunakan untuk memaksa shinigami keluar dari gigai semasa berada di dunia manusia serta mempunyai personaliti yang telah diprogramkan (mereka akan menganimasikan tubuh shinigami tersebut sementara menunggu kepulangannya). Selain itu, terdapat satu versi roh tiruan yang berlainan dan dikenali sebagai "roh modifikasi". Roh modifikasi berfungsi untuk memburu hollow dengan merasuk tubuh manusia yang kosong (tidak mengandungi roh) dan mempunyai kekuatan luar biasa seperti kekuatan atau kelajuan yang dipertingkat. Shinigami berkeputusan untuk menamatkan kajian berkenaan roh modifikasi kerana tindakan memaksa mayat untuk berlawan adalah tidak bermoral. Maka, semua roh modifikasi terpaksa dimusnahkan. Hanya satu sahaja yang terselamat tetapi dalam anime, sekurang-kurangnya tiga lagi telah dihasilkan.
 
Quincy dengan busur sebagai senjata utama
  • Quincy: Mereka ialah sebuah keluarga yang terdiri daripada manusia yang mempunyai kuasa semangat dalaman dan pernah menentang hollow dengan menggunakan senjata yang terdiri daripada tenaga semangat. Bertentangan dengan shinigami, Quincy menyerap dan mendapat tenaga daripada sekeliling. Apabila seorang shinigami membunuh hollow, jiwa hollow tersebut akan dibersihkan dan segala dosanya akan dihapuskan lalu membolehkannya memasuki Soul Society. Tetapi, teknik Quincy membunuh hollow akan terus memusnahkan hollow tersebut. Tindakan ini akan menjejaskan keseimbangan alam. Apabila roh dimusnahkan, bilangan roh yang memasuki dan meninggalkan Soul Society tidak lagi seimbang. Isu ini mendesak shinigami untuk menghapuskan Quincy 200 tahun sebelum jalan cerita utama bermula. Tetapi, sekurang-kurangnya dua Quincy masih hidup.
  • Bount: Mereka hanya diperkenalkan dalam siri anime. Bount, seperti Quincy, merupakan sebuah keluarga yang mempunyai kuasa semangat dalaman dan kebolehan luar biasa. Mereka dihasilkan secara tidak sengaja oleh saintis shinigami yang sedang menjalankan kajian untuk mencipta kehidupan abadi. Bount mencernakan roh manusia untuk terus hidup; secara teori, mereka dapat hidup selama-lamanya jika berbuat demikian. Walaupun Bount mempunyai peraturan khas yang melarang mereka memakan roh hidup, kumpulan terakhir Bount telah melanggar prinsip tersebut untuk menjadi lebih berkuasa agar mampu memusnahkan dunia shinigami. Setiap Bount menggunakan "doll" (patung) dalam kombat. Setiap doll adalah unik dan merupakan manifestasi kuasa tuannya. Seandainya doll dimusnahkan, tuannya juga akan turut mati.

Latar tempat sunting

Hampir kesemua tempat yang dipaparkan dalam Bleach menggambarkan dunia nyata, alam barzakh dan kepercayaan manusia. Manusia hidup menetap di dunia seperti sedia ada; roh yang telah dikebumikan tinggal di Soul Society yang seakan-akan syurga; roh yang terdampar pula tinggal di Hueco Mundo; roh jahat akan dihantar ke neraka. Apabila tiba di Soul Society, roh dapat hidup dengan lebih lama dan banyak juga yang berusia lebih daripada seribu tahun. Apabila satu roh mati di Soul Society, dia akan dihantar semula ke dunia nyata dan dilahirkan semula sebagai manusia baharu. Keadaan ini menjamin keseimbangan alam.

  • Dunia manusia: Dunia manusia dalam Bleach ialah Jepun moden. Lebih tepat lagi, kawasan tersebut ialah Bandar Karakura di Tokyo Barat. Di dunia ini, Ichigo menghadiri sekolah menengah dan menentang hollow. Tempat-tempat utama di sini ialah sekolah menengah, Kedai Urahara, sungai tempat ibu Ichigo dibunuh, kubur serta rumah Orihime dan Ichigo.
 
Soul Society
  • Soul Society: Terdiri daripada tembok besar yang mengelilingi sebuah bandar di tengah-tengah yang dikenali sebagai Seireitei (Perkarangan Roh Suci) dan empat bahagian (utara, selatan, barat, timur), masing-masing mengandungi 80 daerah di luar. Daerah-daerah di luar Seireitei dikenali sebagai Rukongai (Pekan Roh Merempat) dan merupakan tempat tinggal roh yang bukan shinigami dan bukan bangsawan. Nombor daerah Rukongai dari 1 hingga 80 juga menggambarkan keadaan kehidupannya. Daerah 1 aman dan bertertib manakala Daerah 80 dipenuhi oleh penyangak dan mempunyai suasana kehidupan yang teruk. Seorang raja menetap di alam yang lain dalam Soul Society tetapi tidak banyak yang diketahui tentangnya.
  • Hueco Mundo: Merupakan tempat di antara dunia manusia dengan Soul Society. Tempat ini ialah kawasan kediaman hollow semasa mereka tidak memburu roh manusia di dunia nyata atau Soul Society. Jalan masuk ke Hueco Mundo ialah retakan dimensi di dunia manusia atau Soul Society.
  • Neraka: Roh yang telah melakukan jenayah berat semasa hidup akan dihantar ke sini. Apabila topeng kepada sesuatu hollow yang terlalu kejam dan zalim dibelah oleh zanpakutō, pintu neraka (pintu gergasi yang disokong oleh rangka manusia) muncul dan terbuka. Satu makhluk besar yang memegang sebilah tombak akan menikam roh jahat tersebut dan menariknya ke neraka.

Watak-watak Bleach bergerak dari satu dunia ke dunia yang lain melalui beberapa kaedah. Roh manusia biasanya boleh melintas ke atau dari Soul Society masing-masing melalui upacara pengebumian roh atau kelahiran semula. Tetapi, manusia hidup boleh menggunakan gerbang khas untuk bergerak ke dunia lain. Shinigami boleh membuka jalan di antara dunia tertentu dengan menggunakan zanpakutō. Kupu-kupu yang dihasilkan semasa pengebumian roh yang dinamakan rama-rama neraka menjamin keselamatan perjalanan. Hollow boleh terus mengoyak dimensi untuk ke dunia sebenar atau Soul Society tetapi jarang berbuat demikian kerana takut dikesan oleh shinigami. Jadi, mereka biasanya akan tinggal di Hueco Mundo.

Pengeluaran sunting

Bleach pertama kali diilhamkan daripada keinginan Tite Kubo untuk melukis Shinigami (Soul Reaper) dalam kimono, yang menjadi asas kepada reka bentuk Shinigami dalam siri ini.[2][3] Pada mulanya, Kubo berpendapat bahawa Shinigami harus menggunakan senjata api, jadi tajuk pertama untuk siri ini ialah "Snipe" (seperti dalam "sniper"); bagaimanapun, ini telah diubah dengan kemasukan pedang.[4] Selepas itu, siri itu dimaksudkan untuk dinamakan "Black" kerana warna pakaian Shinigami, tetapi Kubo menganggap tajuk itu terlalu generik. Dia kemudiannya mencuba nama "White", tetapi lebih menyukai "Bleach" kerana kaitannya dengan warna putih dan dia tidak mendapatinya terlalu jelas.[5] Konsep cerita asal telah diserahkan kepada Shōnen Jump Mingguan sejurus selepas pembatalan manga Kubo sebelumnya, Zombiepowder, tetapi pada mulanya ditolak.[6] Mangaka Akira Toriyama melihat cerita itu dan menulis surat galakan kepada Kubo.[3] Bleach telah diterima untuk diterbitkan tidak lama kemudian pada tahun 2001, dan pada mulanya bertujuan untuk menjadi siri yang lebih pendek, dengan tempoh pensirian maksimum lima tahun.[3] Rancangan awal untuk cerita itu tidak termasuk struktur hierarki Soul Society, tetapi termasuk beberapa watak dan elemen yang tidak diperkenalkan ke dalam plot sehingga arka Arrancar, seperti keturunan Shinigami Ichigo.[2]

Kubo telah memetik pengaruh untuk unsur-unsur Bleach daripada siri manga lain kepada muzik, bahasa asing, seni bina dan filem. Dia mengaitkan minatnya dalam melukis ghaib dan raksasa kepada GeGeGe no Kitaro oleh Shigeru Mizuki dan tumpuan Bleach pada persenjataan dan adegan pertempuran yang menarik adalah kepada Saint Seiya oleh Masami Kurumada, manga yang Kubo gemari semasa kecil.[2] Manga itu juga adalah berdasarkan mitologi Yunani dan Kubo juga menganggapnya sebagai sumber tumpuannya pada mitos, raksasa dan kehidupan akhirat.[4] Gaya aksi dan penceritaan yang terdapat dalam Bleach diilhamkan oleh pawagam, walaupun Kubo tidak mendedahkan sebarang filem khusus sebagai pengaruh untuk adegan pertarungan. Apabila ditekan, dia memberitahu penemuduga bahawa dia suka Snatch tetapi tidak menggunakannya sebagai model.[7] Koreografi pertarungan Bleach dibina dengan bantuan muzik rock, yang didengari oleh pengarang sambil membayangkan pertarungan untuk memberinya rasa pantas untuk potongan panel dan perubahan sudut melalui adegan.[8] Kubo lebih suka melukis kecederaan yang realistik untuk menjadikan pertarungan lebih berkesan, dengan membuatkan pembaca merasai kesakitan yang dirasai oleh watak.[9] Adegan pergaduhan Bleach sering dipecahkan dengan lelucon ringkas, yang disisipkan oleh pengarang apabila dia bosan semasa proses ilustrasi.[8]

Proses plot Bleach ditumpukan pada reka bentuk watak. Apabila menulis garisan plot atau menghadapi kesukaran menghasilkan bahan baharu, Kubo bermula dengan memikirkan watak baharu, selalunya en masse, dan membaca semula jilid Bleach sebelumnya.[2][9] Kubo telah berkata bahawa dia suka mencipta watak yang mempunyai penampilan luaran yang tidak sepadan dengan sifat sebenar mereka—unsur yang boleh ditemui dalam banyak watak Bleach—kerana dia "tertarik kepada orang yang kelihatan bercanggah" dan mendapati "keinginan untuk melukis orang seperti itu" apabila dia bekerja.[10] Terminologi yang digunakan dalam Bleach mempunyai pelbagai inspirasi, dengan setiap kategori watak mempunyai tema linguistik yang berbeza. Banyak nama untuk pedang dan mantra yang digunakan oleh Shinigami diilhamkan oleh kesusasteraan Jepun kuno. Hollow dan Arrancar menggunakan istilah bahasa Sepanyol. Fullbringer menggunakan perbendaharaan kata bahasa Inggeris, dengan nama merujuk muzik rock, dan akhirnya, Quincy dan Bount menggunakan bahasa Jerman. Terminologi berbilang bahasa ini, bersama-sama dengan kepelbagaian dalam etnik watak yang jelas, menekankan sifat antarabangsa latar Bleach.[10]

Tema dan analisis sunting

Plot Bleach menggabungkan kepercayaan tradisional Jepun tentang roh yang wujud bersama manusia dan sifat mereka, baik atau jahat, bergantung pada keadaan.[11] Contohnya ialah latar belakang Orihime. Dia dibesarkan dari usia tiga tahun oleh abangnya Sora, dan berdoa untuk ketenangan jiwanya selepas abangnya meninggal dunia dalam kemalangan kereta.[12] Apabila masa berlalu, dia kurang berdoa dan Sora menjadi cemburu dan berubah menjadi Hollow dan menyerang Orihime. Ahli akademik Patrick Drazen berkata ini adalah peringatan kepada penonton untuk tidak meninggalkan cara lama atau mengambil risiko roh-roh tersinggung dan menimbulkan masalah di dunia.[13] Bleach juga menggabungkan tema Shinto pemurnian "roh jahat melalui azimat, skrol, mantera, dan ritual lain".[11] Christopher A. Born menganggap Bleach sebagai menghantar nilai Confucian.[14]

Von Feigenblatt menggambarkan Bleach sebagai menyedari budaya dan agama, kerana ia menggunakan Kristian dan Caribbean Santería.[11] Istilah bahasa Sepanyol berleluasa di seluruh alam Hueco Mundo,[11] manakala kedua-dua Quincy dan Bount telah diketahui mengaitkan dengan bahasa Jerman, menjadikan dunia watak Kubo juga pelbagai dalam bangsa dan bahasa.[10] Von Feigenblatt mencatatkan bahawa Quincy "jelas diilhamkan oleh Ordo Kesatria Kristian Katolik Rom seperti Kesateria Malta dan Ordo Ekuestrian Makam Suci yang pengaruhnya ditunjukkan dari segi pakaian seragam yang dipakai oleh Quincy dan juga oleh perlambangan salib".[11]

Penerbitan sunting

Bleach, ditulis dan diilustrasikan oleh Tite Kubo, telah disirikan selama lima belas tahun dalam Shōnen Jump Mingguan milik Shueisha dari 7 Ogos 2001,[15][16] hingga 22 Ogos 2016.[17][18] 698 bab individunya[a] telah dikumpulkan dalam tujuh puluh empat jilid tankōbon yang dikeluarkan antara 5 Januari 2002 dan 4 November 2016.[19][20] Shueisha menerbitkan dua puluh satu jilid pertama yang disusun ke dalam enam koleksi omnibus di bawah nama Resurrected Souls untuk meraikan ulang tahun kesepuluh siri ini.[21] Koleksi pertama dikeluarkan pada 22 Ogos 2011;[22] koleksi terakhir diterbitkan pada 23 Januari 2012.[23] Pada 21 September 2012, Shueisha mengeluarkan 45 jilid digital di kedai e-buku Jepun,[24][25] berakhir dengan yang ke-74 pada 4 November 2016.[26] Edisi digital ini telah dikeluarkan semula sebagai satu set 10 jilid pada 26 April 2013;[27] yang keenam dikeluarkan pada 14 Mac 2014.[28]

Pemberi lesen Amerika Utara Viz Media menyirikan bab pertama dalam majalah cetak Shonen Jump dari keluaran November 2007 hingga April 2012.[29][30] Siri ini berpindah ke antologi digital Weekly Shonen Jump Alpha pada Januari 2012 dan Viz Media mengeluarkannya secara digital apabila Shueisha menerbitkan bab baharu di Jepun.[31][32] Jilid pertama dalam bahasa Inggeris dikeluarkan pada 6 Julai 2004,[33] dan jilid terakhir–yang ke-74–dikeluarkan pada 2 Oktober 2018.[34] Viz juga mengeluarkan "edisi pengumpul" kulit keras jilid pertama yang disertakan dengan jaket habuk,[35] dua set kotak,[36][37] dan dua puluh lima jilid "edisi 3-dalam-1" antara 7 Jun 2011,[38] dan 5 Mac 2019.[39] Viz Media mengeluarkan 16 jilid pertama dalam bahasa Inggeris secara digital pada 17 Jun 2011.[40][41] Sehingga 2 Oktober 2018, kesemua 74 jilid digital telah dikeluarkan.[34]

Bab 73 muka surat telah diterbitkan dalam Shōnen Jump Mingguan, untuk memperingati ulang tahun ke-20 kemunculan manga itu dalam majalah itu, pada 10 Ogos 2021.[42] Ia diterbitkan dalam bahasa Inggeris oleh majalah dalam talian milik Viz Media, Shonen Jump dan pada platform dalam talian milik Shueisha, Manga Plus. One-shot itu berakhir seolah-olah pada cliffhanger dan menampilkan perkataan "New Breathes From Hell" dalam bahasa Inggeris dan "Gokui Meimei-hen" (Jepun: 獄頤嗚嗚篇) dalam bahasa Jepun, di mana aksara untuk "hen" () biasanya digunakan untuk menandakan tajuk arka cerita.[43] Bab ini dikeluarkan secara digital sebagai jilid terkumpul pada 3 Disember 2021.[44]

Media berkaitan sunting

Anime sunting

Bleach telah diadaptasi oleh studio Pierrot ke dalam siri televisyen anime arahan Noriyuki Abe dan disiarkan selama 366 episod di TV Tokyo mulai 5 Oktober 2004 hingga 27 Mac 2012.[45][46][47]

Pada Mac 2020, diumumkan bahawa arka cerita terakhir manga, "Thousand-Year Blood War", akan menerima projek anime baharu.[48] Pada November 2021, ia telah diumumkan bahawa projek baharu itu akan menjadi siri televisyen anime.[49][50] Siri ini akan diarahkan oleh Tomohisa Taguchi dan ia akan ditayangkan di TV Tokyo pada Oktober 2022.[51][52]

Lagu pembukaan sunting

  • *~Asterisk~ - Orange Range (1-25)
  • D-tecnoLife - UVERworld (26-51)
  • Ichirin no Hana - High and Mighty Color (52-74)
  • Tonight, Tonight, Tonight - Beat Crusaders (75-97)
  • Rolling Star - YUI (98-120)
  • Alones - Aqua Timez (121-143)
  • After Dark - Asian Kung-Fu Generation (144-167)
  • Chu-Bura - Kelun (168-189)
  • Velonica - Aqua Timez - (190-214)
  • Shōjo S - SCANDAL (215-242)
  • Anima Rossa - Porno Graffitti 243-265)
  • chAngE - Miwa (266-291)
  • Ranbu no Melody - SID (292-316)
  • BLUE - ViViD (317-342)
  • Harukaze - SCANDAL (343-366)

Filem sunting

Siri ini telah melahirkan empat filem animasi: Bleach: Memories of Nobody, ditayangkan pada 16 Disember 2006;[53] Bleach: The DiamondDust Rebellion, ditayangkan pada 22 Disember 2007;[54] Bleach: Fade to Black, ditayangkan pada 13 Disember 2008;[55] dan Bleach: Hell Verse, ditayangkan pada 4 Disember 2010.[56] Adaptasi filem aksi langsung ditayangkan di Jepun pada 20 Julai 2018.[57]

Novel ringan sunting

Tite Kubo dan Makoto Matsubara telah mengarang bersama tiga novelisasi siri Bleach, yang diterbitkan oleh Shueisha di bawah label Shounen Jump Books. Jilid pertama, Bleach - Letters From The Other Side: The Death and The Strawberry, diterbitkan pada 15 Disember 2004, dan dikeluarkan semula sebagai Bleach - Letters From The Other Side: The Death and The Strawberry - New Edition pada 4 November 2009.[58][59] Yang kedua, Bleach: The Honey Dish Rhapsody, diterbitkan pada 30 November 2006.[60] Yang ketiga, Bleach: The Death Save The Strawberry, diterbitkan pada 4 September 2012.[61] Dua novelisasi siri Bleach telah dikarang bersama oleh Narita Ryohgo. Jilid pertama, Bleach: Spirits Are Forever With You, dan yang kedua, Bleach: Spirits Are Forever With You 2, diterbitkan pada 4 Jun 2012.[62][63]

Selepas siri itu tamat pada 2016, satu siri novel telah dikeluarkan oleh Shueisha.[64] Novel pertama, Bleach: WE DO knot ALWAYS LOVE YOU, ditulis oleh penulis Bleach: The Death Save The Strawberry Makoto Matsubara dan diterbitkan pada 27 Disember 2016. Yang kedua, Bleach: Can't Fear Your Own World, ialah novel bersiri yang ditulis oleh penulis siri Bleach: Spirits Are Forever With You Narita Ryohgo dan dikeluarkan setiap dua minggu bermula 28 April 2017.[65][66] Jilid pertama dikeluarkan pada 4 Ogos 2017[67] dan jilid kedua diterbitkan pada 2 November 2018. Siri novel ini berakhir dengan keluaran jilid ketiga pada 4 Disember 2018.[68] Viz Media akan menerbitkan Bleach: Can't Fear Your Own World pada Musim Panas 2020.[69]

Shueisha menerbitkan empat novelisasi berdasarkan filem Bleach. Jilid pertama, Bleach: Memories of Nobody, diterbitkan pada 18 Disember 2006.[70] Yang kedua, Bleach: The DiamondDust Rebellion, Another Hyōrinmaru, diterbitkan pada 22 Disember 2007.[71] Yang ketiga, Bleach: Fade to Black, I Call Your Name, diterbitkan pada 15 Disember 2008.[72] Jilid keempat, Bleach: Hell Chapter, diterbitkan pada 6 Disember 2010.[73]

Permainan kad dagangan sunting

Dua permainan kad dagangan berdasarkan siri Bleach telah dihasilkan, satu di pasaran Jepun dan satu lagi di Amerika Utara. Bleach Soul Card Battle, yang dihasilkan oleh Bandai, telah diperkenalkan di Jepun pada tahun 2004.[74] Dua puluh set bernama dikeluarkan untuk siri ini.[75] Selepas Bleach Soul Card Battle, Bandai memperkenalkan tiga lagi siri. Bleach The Card Gum, yang mengandungi 14 set, telah dikeluarkan pada awal September 2007.[76] Siri seterusnya, Bleach Clear Collection, yang mengandungi enam set, telah dikeluarkan pada Julai 2008.[77] Siri terakhir, Bleach Clear Soul Plate, yang terdiri daripada tiga set, diterbitkan pada Disember 2009.[78]

Bleach TCG telah diperkenalkan di Amerika Syarikat oleh Score Entertainment pada Mei 2007,[79] tetapi telah menghentikan penerbitan pada April 2009, sejurus sebelum pelancaran yang dirancang untuk pengembangan ketujuhnya, Bleach Infiltration.[80] Pembatalan ini disebabkan oleh kemelesetan berterusan, yang telah menjejaskan jualan TCG dengan ketara.[80] Direka oleh Aik Tongtharadol, TCG ialah permainan dua pemain di mana setiap pemain bermula dengan sekurang-kurangnya 61 kad: kad "Penjaga", "dek utama" 60 kad dan "dek sisi" 20 kad pilihan. Seorang pemain kalah jika kuasanya, seperti yang ditentukan oleh kad Guardian, dikurangkan kepada sifar, atau jika dia tidak dapat menarik atau membuang kad dari deknya.[81] Kad untuk permainan telah dikeluarkan dalam set yang dinamakan dengan setiap set dikeluarkan dalam tiga format: set kotak pra-bina 72 kad yang mengandungi dek pemula dan dua pek penggalak, pek penggalak 10 kad, dan kotak penggalak 12 pek. Enam set dinamakan dikeluarkan.[82]

Muzikal sunting

Bleach telah diadaptasi menjadi satu siri muzikal rock, dihasilkan bersama oleh Studio Pierrot dan Nelke Planning. Terdapat lima muzikal yang dihasilkan yang meliputi bahagian arka Substitute dan Soul Society, serta lima persembahan tambahan yang diketahui sebagai "Live Bankai Shows" dan "Rock Musical Bleach Shinsei", yang tidak mengikut garisan plot Bleach. Persembahan awal muzikal Bleach adalah dari 17–28 Ogos 2005, di pusat Space Zero Tokyo di Shinjuku.[83][84][85]

Muzikal diarahkan oleh Takuya Hiramitsu, dengan adaptasi skrip oleh Naoshi Okumura dan muzik yang digubah oleh penulis drama Shoichi Tama. Lagu-lagu tersebut adalah asli sepenuhnya dan tidak diambil dari runut bunyi anime. Pelakon utama dalam siri ini termasuk Tatsuya Isaka, yang memainkan watak Kurosaki Ichigo, Miki Satō, yang memainkan watak Kuchiki Rukia, dan Eiji Moriyama, yang memainkan watak Abarai Renji.[86]

Pada 2016, sebuah lagi muzikal telah dihasilkan untuk meraikan ulang tahun ke-15 Bleach. Muzikal ini diarahkan dan ditulis oleh Tsutsumi Yasuyuki dengan Akira Takano dan Chihiro Kai dari Dream5 masing-masing sebagai Kurosaki Ichigo dan Kuchiki Rukia. Muzikal itu membuat debutnya pada 28 Julai 2016, di AiiA 2.5 Theatre Tokyo.[87][88]

Catatan sunting

  1. ^ Terdiri daripada 686 bab tersenarai dan 12 bab yang disenaraikan sebagai -108 hingga -97.

Rujukan sunting

  1. ^ "The Official Website for Bleach". Viz Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2019. Dicapai pada 24 Oktober 2017.
  2. ^ a b c d Deb Aoki. "Interview: Tite Kubo (page 1)". About.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2013. Dicapai pada 16 September 2008.
  3. ^ a b c Charles Solomon (28 Ogos 2008). "Creator Tite Kubo surprised by 'Bleach' success". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2009. Dicapai pada 17 September 2008.
  4. ^ a b "Tite Kubo's Big Comic-Con Adventure!". Shonen Jump #71. Viz Media. 6 (11): 18–20. November 2008.
  5. ^ "Bleach: Interview with Tite Kubo". Anime Insider. Wizard Universe (61): 39. Oktober 2008. ISSN 1547-3767.
  6. ^ "Tite Kubo". Metacritic (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Disember 2014. Dicapai pada 5 Mei 2014.
  7. ^ Shonen Jump #51. Viz Media. 5 (3): 328. Mac 2007.CS1 maint: untitled periodical (link)
  8. ^ a b Deb Aoki. "Interview: Tite Kubo (page 3)" (dalam bahasa Inggeris). About.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2011. Dicapai pada 16 September 2008.
  9. ^ a b Kai-ming Cha (4 Ogos 2008). "Kubo Comes to Comic-Con". Publishers Weekly. PWxyz, LLC. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Disember 2010. Dicapai pada 17 September 2008.
  10. ^ a b c Shonen Jump. Jilid 6, Isu 6. Jun 2007. Viz Media. 12.
  11. ^ a b c d e von Feigenblatt, Otto F. (Julai–Disember 2012). "Japanese Animation as a Global Product: The Lingering Traces of Nijonjinron and the Rise of Globalism and Hybridity". Journal of History & Social Sciences. 3 (2): 1–14. SSRN 2195562.
  12. ^ Kubo, Tite (2004). "Chapter 6". Bleach, Volume 1. Viz Media. ISBN 1-59116-441-9.
  13. ^ Drazen, Patrick (29 Jun 2011). A Gathering of Spirits: Japan's Ghost Story Tradition from Folklore and Kabuki to Anime and Manga. iUniverse. m/s. 11–12. ISBN 978-1462029426. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2022. Dicapai pada 21 Mac 2022.
  14. ^ Born, Christopher A. (1 April 2010). "In the Footsteps of the Master: Confucian Values in Anime and Manga". ASIANetwork Exchange. 17 (2): 39–53. doi:10.16995/ane.206.
  15. ^ 『BLEACH』15年の歴史に幕 完結記念で"全巻無料"公式アプリ配信 (dalam bahasa Jepun). Oricon. 22 Ogos 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2016. Dicapai pada 12 Mac 2019. 『BLEACH』第1話が掲載された『週刊少年ジャンプ』(2001年8月7日) (C)デジタルリマスター版「週刊少年ジャンプ」2001年36・37号/集英社 (2/9枚)
  16. ^ 『BLEACH』20周年プロジェクトの発表をまとめて掲載。久保帯人氏のコメントも. Famitsu (dalam bahasa Jepun). 21 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2021. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  17. ^ Pineda, Rafael Antonio (4 Ogos 2016). "Bleach Manga to End on August 22 With 'Important Announcement'". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2016. Dicapai pada 27 November 2016.
  18. ^ 「BLEACH」15年の歴史に幕!単行本が無料で読めるアプリの配信も. Natalie (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. 22 Ogos 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2021. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  19. ^ "Bleach 1" (dalam bahasa Jepun). Shueisha. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2015. Dicapai pada 5 Mei 2014.
  20. ^ "Bleach 74" (dalam bahasa Jepun). Shueisha. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2017. Dicapai pada 6 Oktober 2016.
  21. ^ BLEACH総集編6巻連続刊行!カラーマンガも描き下ろし. Natalie (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. 19 Ogos 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2022. Dicapai pada 29 September 2021.
  22. ^ BLEACH総集編 Resurrected Souls 1 (dalam bahasa Jepun). ASIN 4081110891.
  23. ^ BLEACH総集編 Resurrected Souls 6 (dalam bahasa Jepun). ASIN 4081110948.
  24. ^ "Bleach digital 1" (dalam bahasa Jepun). ebookjapan.jp. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2014. Dicapai pada 5 Mei 2014.
  25. ^ "Bleach digital 45" (dalam bahasa Jepun). ebookjapan.jp. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2014. Dicapai pada 5 Mei 2014.
  26. ^ "Bleach digital 74" (dalam bahasa Jepun). ebookjapan.jp. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2018. Dicapai pada 6 Januari 2018.
  27. ^ "BLEACH モノクロ版 1~10巻セット" (dalam bahasa Jepun). Sony. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 5, 2014. Dicapai pada Mei 5, 2014.
  28. ^ "BLEACH モノクロ版 51~60巻セット" (dalam bahasa Jepun). Sony. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 5, 2014. Dicapai pada Mei 5, 2014.
  29. ^ "Viz to Serialize Bleach, Publish Slam Dunk". Anime News Network. 27 Julai 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2014. Dicapai pada 5 Mei 2014.
  30. ^ "Viz's Shōnen Jump Print Magazine to End Next March". Anime News Network. 14 Oktober 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2018. Dicapai pada 6 Januari 2018.
  31. ^ "Viz to Launch Weekly Shonen Jump Alpha Digital Anthology". Anime News Network. 14 Oktober 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2015. Dicapai pada 6 Januari 2018.
  32. ^ "Bleach Manga Gets 2 Novels Penned by Makoto Matsubara, Ryohgo Narita". Anime News Network. 4 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2018. Dicapai pada 6 Januari 2018.
  33. ^ "Bleach, Vol. 1". Viz Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2018. Dicapai pada 5 Mei 2014.
  34. ^ a b "Bleach, Vol. 74". Viz Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2018. Dicapai pada 15 Oktober 2018.
  35. ^ "Bleach, Volume 1 (Collector's Edition)". Viz Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2014.
  36. ^ "Bleach Box Set 1: Volumes 1–21 with Premium". Viz Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2018. Dicapai pada 6 Januari 2018.
  37. ^ "Bleach Box Set 2: Volumes 22–48 with Premium". Viz Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2018. Dicapai pada 6 Januari 2018.
  38. ^ "Bleach (3-in-1 Edition), Vol. 1". Viz Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2018. Dicapai pada 5 Mei 2014.
  39. ^ "Bleach (3-in-1 Edition), Vol. 25". Viz Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2019. Dicapai pada 22 Julai 2019.
  40. ^ "Bleach digital, Vol. 1". Viz Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mei 2014. Dicapai pada 5 Mei 2014.
  41. ^ "Bleach digital, Vol. 16". Viz Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2020. Dicapai pada 5 Mei 2014.
  42. ^ Hodgkins, Crystalyn (1 Ogos 2021). "Tite Kubo Pens New Bleach 1-Shot Manga". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Ogos 2021. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
  43. ^ Hazra, Adriana (10 Ogos 2021). "Viz Media, Manga Plus Publish Bleach 1-Shot in English". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Ogos 2021. Dicapai pada 10 Ogos 2021.
  44. ^ Harding, Daryl (3 Disember 2021). "Bleach's Summer One-Shot Manga Gets Released Digitally in Japan With New Cover". Crunchyroll (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Disember 2021. Dicapai pada 4 Disember 2021.
  45. ^ "Bleach 1–13" (dalam bahasa Jepun). TV Tokyo. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2018. Dicapai pada 5 Mei 2014.
  46. ^ "Bleach 355–366" (dalam bahasa Jepun). TV Tokyo. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2019. Dicapai pada 5 Mei 2014.
  47. ^ "Bleach TV Anime Ending on March 27". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2019. Dicapai pada 23 Februari 2012.
  48. ^ Hodgkins, Crystalyn (20 Mac 2020). "Bleach Manga's 'Thousand Year Blood War Arc' Gets Anime". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2020. Dicapai pada 26 November 2021.
  49. ^ @BLEACHanimation (8 November 2021). #ジャンプフェスタ 2022スーパーステージEX『BLEACH』配信決定! [#JumpFesta 2022 Super Stage EX We're going to distribute "Bleach"!] (Twit) (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 12 Disember 2021 – melalui Twitter.
  50. ^ Harding, Daryl (29 November 2021). "Bleach Event on December 18 to Present 1st Trailer and Visual for Upcoming New TV Anime Adaptation". Crunchyroll. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2021. Dicapai pada 29 November 2021.
  51. ^ 「BLEACH 千年血戦篇」は来年10月放送!ビジュアル&PV発表、監督は田口智久. Natalie (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. 18 Disember 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Disember 2021. Dicapai pada 18 Disember 2021.
  52. ^ Pineda, Rafael (18 Disember 2021). "Bleach Thousand Year Blood War Anime's Video Reveals October 2022 TV Premiere". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Februari 2022. Dicapai pada 18 Disember 2021.
  53. ^ BLEACH MEMORIES OF NOBODY. Media Arts Database (dalam bahasa Jepun). Agency for Cultural Affairs. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2021. Dicapai pada 11 November 2021.
  54. ^ Miller, Evan (9 Julai 2007). "Second Bleach Film's Title, Date Revealed". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2019. Dicapai pada 11 November 2021.
  55. ^ Loo, Egan (15 Julai 2008). "Third Bleach Film, First Major Film Have Titles, Dates". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2017. Dicapai pada 11 November 2021.
  56. ^ Loo, Egan (13 September 2010). "Bleach: Jigoku-Hen Film, Yakumo Promos Streamed (Updated)". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2021. Dicapai pada 11 November 2021.
  57. ^ Hodgkins, Crystalyn (14 Julai 2018). "Live-Action Bleach Film's 2 New Ads Streamed Before July 20 Premiere". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2021. Dicapai pada 11 November 2021.
  58. ^ "BLEACH-letters from the other side: The Death and The Strawberry" (dalam bahasa Jepun). Shueisha. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2011. Dicapai pada 4 Mei 2014.
  59. ^ "BLEACH-letters from the other side: The Death and The Strawberry -new edition-" (dalam bahasa Jepun). Shueisha. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2013. Dicapai pada 4 Mei 2014.
  60. ^ "Bleach: The Honey Dish Rhapsody" (dalam bahasa Jepun). Shueisha. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2012. Dicapai pada 4 Mei 2014.
  61. ^ "Bleach: The Death Save The Strawberry" (dalam bahasa Jepun). Shueisha. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2013. Dicapai pada 4 Mei 2014.
  62. ^ "BLEACH: Spirits Are Forever With You I" (dalam bahasa Jepun). Shueisha. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2015. Dicapai pada 3 Mei 2014.
  63. ^ "BLEACH: Spirits Are Forever With You II" (dalam bahasa Jepun). Shueisha. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2015. Dicapai pada 3 Mei 2014.
  64. ^ "More Details Revealed For 2 Upcoming Bleach Novels". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2017. Dicapai pada 28 Mei 2017.
  65. ^ "Ryohgo Narita's New Bleach Novel Reveals Title, Digital Serialization Starting on April 28". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2017. Dicapai pada 28 Mei 2017.
  66. ^ "Bleach's New Canon Spin-Off Novel Releases Story Details" (dalam bahasa Inggeris). Comicbook.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2017. Dicapai pada 28 Mei 2017.
  67. ^ Kelly, Rai (21 Julai 2017). "Bleach: Can't Fear Your Own World Novels Go On Hiatus". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Oktober 2018. Dicapai pada 30 Oktober 2018.
  68. ^ Pineda, Rafael Antonio (29 Oktober 2018). "Bleach Novel Series to End With 3rd Volume". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Oktober 2018. Dicapai pada 30 Oktober 2018.
  69. ^ Rafael Antonio Pineda (4 Oktober 2019). "Viz Licenses New Bleach, Naruto, One Piece Novels". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2019. Dicapai pada 4 Oktober 2019.
  70. ^ "劇場版BLEACH ―MEMORIES OF NOBODY―" (dalam bahasa Jepun). Shueisha. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2015. Dicapai pada 6 Mei 2014.
  71. ^ "劇場版 BLEACH The DiamondDust Rebellion もう一つの氷輪丸" (dalam bahasa Jepun). Shueisha. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2015. Dicapai pada 6 Mei 2014.
  72. ^ "劇場版BLEACH Fade to Black 君の名を呼ぶ" (dalam bahasa Jepun). Shueisha. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2012. Dicapai pada 6 Mei 2014.
  73. ^ "劇場版BLEACH 地獄篇" (dalam bahasa Jepun). Shueisha. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2017. Dicapai pada 6 Mei 2014.
  74. ^ "BLEACH :SOUL CARD BATTLE.1 構築済みスターターセット 友情デッキ". Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2020. Dicapai pada 6 Mei 2014.
  75. ^ "BLEACH SOUL CARD BATTLE March Of The Death (20) ブースターパック BOX" (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2020. Dicapai pada 6 Mei 2014.
  76. ^ "Bleach The Card Gum 1" (dalam bahasa Jepun). Bandai. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mei 2014. Dicapai pada 9 Mei 2014.
  77. ^ "Bleach Clear Collection 6" (dalam bahasa Jepun). Carddass. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 28, 2013. Dicapai pada Mei 7, 2014.
  78. ^ "Bleach Clear Soul Plate 3" (dalam bahasa Jepun). Carddass. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 2, 2015. Dicapai pada Mei 7, 2014.
  79. ^ "Official Bleach TCG: FAQ". Score Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2008. Dicapai pada 2 November 2008.
  80. ^ a b "'Bleach TCG' RIP". icv2. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Julai 2011. Dicapai pada 22 Mei 2009.
  81. ^ "Official Bleach TCG: Rules". Score Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2008. Dicapai pada 2 November 2008.
  82. ^ "Bleach Trading Card Game - Bankai Starter Deck". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Jun 2011. Dicapai pada 21 Julai 2009.
  83. ^ "Rock Musical Bleach official website" (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2014. Dicapai pada 4 Mei 2014.
  84. ^ "ロックミュージカル『BLEACH』". Nelke.co.jp (dalam bahasa Jepun). Nelke Planning Co., LTD. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 5, 2014. Dicapai pada Mei 4, 2014.
  85. ^ "Bleach Rock Musical". Anime News Network. 11 April 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2014. Dicapai pada 4 Mei 2014.
  86. ^ "Rock Musical BLEACH Saien - Live". CDJapan.co.jp. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mei 2014. Dicapai pada 4 Mei 2014.
  87. ^ "New Rock Musical Bleach's Cast, Visual, Debut Date Revealed". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Julai 2016. Dicapai pada 1 Julai 2016.
  88. ^ "「ROCK MUSICAL BLEACH」 ~もうひとつの地上~". Rock Musical Bleach. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2016. Dicapai pada 1 Julai 2016.

Pautan luar sunting

Tapak-tapak rasmi