Kuchiki Byakuya
Kuchiki Byakuya (朽木 白哉) merupakan watak fiksyen dalam siri anime dan manga Bleach ciptaan Tite Kubo. Dia ialah kapten Divisyen ke-6 dalam Gotei 13. Leftenan Kuchiki Byakuya ialah Abarai Renji. Dia berkedudukan nombor 6 dalam undian populariti 2006 dengan 3, 752 jumlah undian, mengalahkan Shihouin Yoruichi dengan 8 undian.
Watak Bleach | |
---|---|
Kuchiki Byakuya | |
Peranan | Kapten shinigami Divisyen ke-6 |
Tarikh lahir | 31 Januari |
Zanpakutō | Senbonzakura |
Seiyū | Ryōtarō Okiayu |
Pelakon suara latar | Dan Woren |
Watak dan Perwatakan
suntingKuchiki Byakuya ialah ketua ke-28 dalam kaum kerabat Kuchiki, salah satu daripada empat keluarga kerabat di Soul Society. Disebabkan ini, Byakuya berkelakuan ala-bangsawan - dia selalu bersikap tenang dan tidak mengendahkan orang lain. Dalam penghujung OVA kedua iaitu "Sealed Sword Frenzy", dia diperkenalkan menurun daripada kudanya dalam sepasang sut, lengkap dengan sebatang rotan dan sebuah topi. Tambahan pula, pintunya dibuka oleh seorang pembantu, menonjolkan status aristokratiknya walaupun hanya sekadar menziarahi dunia manusia.
Byakuya menganggap bahawa kehidupan secara umumnya tidak perlu menghiburkan, dan, dalam salah satu bab omake, dia mencipta sebuah idea untuk sebuah permainan yang tidak dapat menghiburkan. Meskipun berkelakuan tegas, Byakuya mengambil berat dan melindungi mereka yang disayanginya. Byakuya juga mempunyai kepercayaan kukuh iaitu setiap pesalah di sisi undang-undang harus dihukum.
Byakuya amat terkenal dikalangan shinigami wanita di Soul Society, dan pernah dipilih sebagai "kapten yang paling diminta menerbitkan buku foto" dalam satu bancian oleh Persatuan Shinigami Wanita. Dia menyukai bunga loceng Cina, mengambil angin di malam hari dan makanan-makanan pedas.
Byakuya memakai pakaian seragam umum seorang kapten shinigami bersama-sama sejenis aksesori kepala berwarna putih yang digelar kenseikan (sebagai simbol kedudukan dirajanya sebagai ketua keluarga Kuchiki) dan sehelai skaf berwarna biru cair ciptaan ketua tenun, Tsujishirō Kuroemon III. Skaf tersebut diperbuat daripada sutera ringan putih (ginpaku kazahana no uzuginu) dan merupakan aksesori warisan keluarga yang diturunkan dari satu generasi kepada ketua keluarga Kuchiki dalam generasi seterusnya. Sepuluh rumah-rumah besar boleh dibina dengan nilai satu skaf tersebut.
Byakuya mempunyai personaliti yang agak lucu kerana dia bukan sahaja menyertai perjumpaan Leftenan apabila Abarai Renji tidak hadir, tetapi dia juga turut serta dalam perjumpaan-perjumpaan Persatuan Shinigami Wanita apabila Rukia tidak hadir. Seperti yang dikatakannya, "sebahagian daripada tanggungjawab seorang kapten ialah untuk memastikan tanggungjawab leftenannya dibereskan" yang disebutnya dalam Buku Gambar Ilustrasi Shinigami dalam episod 118. di mana Renji bertanya kepadanya jika dia juga turut serta dalam perjumpaan Rukia, yang dibalasnya dengan senyuman manisnya sahaja. Dalam Piala Shinigami dalam episod 113, Byakuya secara gurau-gurauan mengulas bahawa Senbonzakura digunakannya untuk memotong rambutnya. Tambahan pula, dalam bab omake, dipamerkan bahawa Byakuya mempunyai gaya lukisan yang serupa dengan gaya lukisan Rukia.
Sejarah
suntingTidak banyak yang diketahui tentang sejarah awal Byakuya, selain daripada kegemarannya bermain kejar-kejar (tag) dengan Shihouin Yoruichi menggunakan teknik "langkah kilat", meskipun dia tidak pernah berjaya mengalahkannya.
Byakuya telah mengahwini Hisana, yang pada waktu itu merupakan rakyat biasa; oleh itu, Byakuya telah melanggar peraturan keluarga apabila dia menerimanya masuk dalam keluarga kerabat Kuchiki. Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Hisana telah meminta Byakuya mencari dan mengambil adik kandungnya, iaitu Kuchiki Rukia, sebagai adik angkat suaminya, yang telah ditinggalkannya sebagai seorang bayi. Dia juga telah meminta Byakuya berjanji bahawa dia tidak akan memberitahu Rukia tentang keluarga sebenarnya, kerana dia menganggap bahawa dia tidak layak digelar kakak selepas dia meninggalkan adiknya semasa dia kecil.
Setahun kemudian, Rukia memasuki akedemi shinigami; selepas itu, Byakuya menemuinya dan dengan segera mengambilnya masuk sebagai adik angkat dalam golongan Kuchiki. Dengan mengambil masuk sebagai adik angkatnya, Byakuya telah memenuhi hajat isterinya, tetapi dia telahpun melanggar peraturan keluarganya buat kali kedua. Selepas kejadian ini, Byakuya telah bersumpah di kubur ibu bapanya bahawa dia tidak akan sesekali melanggar peraturan keluarganya lagi, tidak kira apa sekalipun. Hasil janjinya itu, Byakuya, meskipun tidak kelihatan risau langsung pada luarannya, sebenarnya mempunyai konflik yang parah mengenai hukuman Rukia: jika dia campur tangan, dia akan melanggar janjinya kepada ibu bapanya, seterusnya melanggar peraturan keluarganya sekali lagi, namun jika dia tidak berbuat apa-apa, dia gagal dalam memnuhi permintaan Hisana untuk melindungi Rukia sebagai adiknya sendiri.
Kuchiki Byakuya dikatakan[1] menjadi kapten divisyen 6 kurang daripada 50 tahun sebelum bermulanya plot Bleach (tidak lama sebelum Rukia memasuki Gotei 13). Ichimaru Gin menjadi kapten divisyen 3 pada waktu yang sama.
Sinopsis
suntingByakuya mula-mula muncul dalam Bleach bersama-sama Abarai Renji, leftenannya, untuk menangkap Kuchiki Rukia dan membunuh Kurosaki Ichigo, walaupun mereka setakat berjaya mengeluarkan kuasa shinigami daripada dirinya sahaja. Dalam kejadian seterusnya, Byakuya mengganggu percubaan Shiba Ganju dan Yamada Hanatarō untuk menyelamatkan Rukia dan, justeru itu, mengganggu percubaan Renji juga. Apabila Ichigo berjaya menyelamatkan Rukia, kedua-dua Ichigo dan Byakuya telah bertarung, di mana mereka berdua menggunakan bankai mereka. Kekurangan pengalaman Ichigo dalam menggunakan bankainya serta tahap kekuatan bankai Byakuya yang dinaiktaraf telah meletakkan Ichigo di dalam posisi yang serba kekurangan, namun kemunculan hollow dalaman Ichigo telah meningkatkan tahap kekuatan Ichigo sehingga sama taraf dengan kekuatan Byakuya. Selepas transformasi Ichigo yang tidak terkawal ini, mereka berdua mencas tenaga mereka dalam satu serangan akhir. Akibatnya, pedang Byakuya retak dan, tanpa menunjukkan sebarang kelemahan, telah meninggalkan pertarungan itu.
Kemudian, apabila Aizen Sōsuke mengarahkan Ichimaru Gin untuk membunuh Rukia, Byakuya telah menyelamatkannya daripada serangan itu dan sebaliknya tercedera. Semasa dirawat, Byakuya menceritakan kepada Rukia mengapa dia diambil sebagai adik angkatnya, sekaligus memutuskan janji Hisana, dan seterusnya meminta maaf kepada Rukia dan berterima kasih kepada Ichigo. Apabila ancaman Bount untuk menyerang Soul Society menjadi semakin serius, Byakuya telah menggunakan rekod keluarga Kuchiki untuk mendapat maklumat terhadap golongan Bount untuk Jeneral Yamamoto. Byakuya, yang telah membantu Rukia bertarung dengan Yoshi, telah mencuba mencari ketua golongan Bount iaitu Kariya Jin, di mana akhirnya mereka telah bertarung. Akan tetapi pertarungan mereka diganggu Ichigo, dan diikuti oleh Rantao, yang telah melihat pertarungan di antara Ichigo dan Kariya dengan penuh keyakinan.
Byakuya kemudiannya muncul kembali untuk menjemput kumpulan Hitsugaya Tōshirō kembali ke Soul Society berdasarkan arahan Jeneral Yamamoto, namun secara rahsianya membenarkan Rukia dan Renji untuk kembali ke dunia sebenar untuk membantu iIhigo menyelamatkan Orihime, mengatakan bahawa dia hanya diarahkan untuk menjemput mereka pulang dan apa yang dipilih untuk dilakukan mereka selepas arahan itu dipenuhi bukannya tanggungjawabnya.
Kuasa
suntingSebagai kapten shinigami Divisyen 6, Byakuya memiliki kemahiran yang tinggi dalam segala seni mempertahankan diri shinigami. Sebagai ketua keluarga Kuchiki diraja, dia juga mempunyai tenaga semangat yang tinggi. Byakuya merupakan seorang yang pakar dalam teknik langkah kilat, walaupun dia tidak mampu mengalahkan Dewi Kilat, iaitu Shihouin Yoruichi.[2]Salah satu daripada teknik kegemaran Nyakuya seperti yang dijelaskan Abarai Renji ialah Senka, sebuah teknik gabungan langkah kilat bersama-sama satu putaran untuk bergerak secara pantas ke belakang seorang lawan, diikuti dengan satu serangan disasarkan ke arah rantai Saketsu dan Hakusui dengan satu tujahan.[3] Byakuya telah mempamerkan pengetahuannya akan sihir-sihir kidō peringkat tinggi, sehingga mampu menggunakan rikujōkōrō tanpa jampunya dan tanpa sebarang kesusahan sama sekali. Dia juga mampu menggunakan sihir byakurai yang ringkas untuk menebuk sebuah lubang di bahu Ichigo.ref>Manga Bleach, bab 165, halaman 10-11</ref>
Senbonzakura
suntingZanpakutō Kuchiki Byakuya ialah Senbonzakura (千本桜, makna kasar: Satu Ribu Bunga Sakura). Tahap shikai diaktifkan dengan arahan "tabur" (散れ , chire).
Dalam bentuk shikai, Senbonzakura berpecah menjadi beribu-ribu bilah kecil, yang akan memisahkan diri mereka daripada badan dan hulunya. Lepasannya boleh dibatalkan sebelum disempurnakan, seperti yang dilihat apabila Shihouin Yoruichi membalut bilah senbonzakura sewaktu pertarungan Byakuya dengan Ichigo yang singkat berlangsung. Walaupun bilah-bilah yang bertaburan itu sebenarnya teramat kecil untuk dilihat dengan mata kasar, cahaya yang dipantulkan mereka mengakibatkan mereka kelihatan seperti kelopak bunga sakura. Byakuya mampu mengawal bilah-bilah ini menurut kemahuan, membenarkannya untuk mengancurkan tubuh lawannya daripada jarak yang jauh dan memecahkan sebarang jenis perisai. Walaupun Byakuya mampu mengawal bilah-bilah itu dengan mindanya, dengan menggunakan tangannya, Byakuya boleh meningkatkan kelajuan bilah-bilah itu dengan mengarahkan mereka.
Tahap bankai Senbonzakura milik Byakuya, dinamakan Senbonzakura Kageyoshi (千本桜景厳, makna kasar: Kelipan Pameran Ribuan Bunga Sakura) merupakan versi yang lebih besar kepada bentuk shikainya. Untuk mengaktifkannya, Byakuya melepaskan pegangan pedang di hulunya. Pedang itu kemudian jatuh menembusi tanah, diikuti dengan dua barisan pedang-pedang gergasi yang timbul daripada tanah di belakang Byakuya. Mereka kemudian berpecah menjadi berjuta-juta bilah kecil. Bilangan bilah yang bertaburan ini mampu menyokong sebagai senjata menyerang dan juga sebagai perisai Byakuya. Seringkali, Byakuya menggunakan tahap ini untuk membentuk mereka dalam satu gumpalan besar untuk menghancurkan lawannya sekaligus.[4][5]
Tahap bankai Byakuya mempunyai dia bentuk tambahan, diaktifkan dengan menyusun pedang-pedang dalam bentuk-bentuk berbeza. Mereka diaktifkan dengan mengatakan nama teknik yang digunakan diikuti dengan nama bankainya. Yang pertama ialah Senkei (殲景, makna kasar: Kejadian Pembunuhan Beramai-ramai), yang akan menyatukan kelopak-kelopak yang bertaburan itu menjadi pedang-pedang yang lengkap yang seterusnya mencipta empat barisan disekitar Byakuya dan lawannya. Walaupun Byakuya boleh mengawal pedang-pedang ini seperti bilah-bilah biasanya, dia selalunya menyerang dengan satu pedang sahaja. Dia juga boleh menyeru pedang-pedang lain untuk menikam lawannya. Dia juga mampu menyeru kesemua pedangnya untuk satu serangan yang kuat. Bentuk tambahan kedua ialah Shūkei (終景, makna kasar: Kejadian Terakhir), yang mengukuhkan sebilah pedang daripada segala bilah-bilah kecil disekitarnya untuk kuasa yang tinggi. Pedang ini berupa putih bersinar, seperti nama yang digelar Hakuteiken (白帝剣, makna kasar:Pedang Agung Putih). Byakuya juga menumbuhkan dua sayap berwarna putih dan sebuah bulatan di belakangnya yang dicipta oleh kuasa semangat. Dalam anime, makhluk berupa seakan-akan naga muncul daripada Senbonzakura untuk mencipta sayap-sayap. Peranan sayap-sayap ini tidak dapat dipastikan sama ada mereka mampu digunakan ataupun tidak.
Rujukan
sunting