Wikipedia:Kedai Kopi (lain-lain): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Meursault2004 (bincang | sumb.)
Tearfate (bincang | sumb.)
Baris 461:
 
Saya juga setuju dengan pendapat Jay bahwa kualitinya ms: dalam banyak rencana memang lebih baik daripada dalam Wikipedia bahasa Indonesia, terutama tulisan Yosri, Dekoelie, Aurora, Poon dan lain-lain yang saya lupa. Tahniah untuk hal ini! Namun Wikipedia bahasa Indonesia dalam banyak artikel lainnya juga tidak buruk kualitinya. Mungkin jika Wikipedia Melayu yang sekarang ini diubah menjadi Wikipedia bahasa Malaysia seiring dengan bahasa Indonesia siapa tahu di masa depan ada Wikipedia "Payung" yang berada di atas Melayu dan Indonesia. Kira-kira idenya mirip dengan Wikipedia bahasa Serbo-Kroasia di samping Wikipedia bahasa Bosnia, Kroasia dan Serbia. Baiklah sekian saja dan terima kasih banyak atas perhatiannya. Salam. [[Pengguna:Meursault2004|Meursault2004]] 13:02, 14 April 2007 (UTC)
 
pada pendapat diatas (hasil perbincangan sebelum ini), Kalau wiki bahasa Melayu ditukarkan kepada bahasa Malaysia, hal ini tidak adil kepada orang Brunei dan orang Singapura kerana mereka juga mengunakan bahasa Melayu. Untuk pengetahuan, Bahasa Melayu digunakan sangat luas di nusantara dan seluruh dunia, tetapi lebih berfokus di Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Selatan Thailand, Timur leste, Kemboja dan Vietnam (dalam pelajaran Agama Islam) dan adakalanya Selatan Filipina.
 
Untuk tidak merumitkan keadaan, lebih baik kita membuat satu polici iaitu, wikipedia bahasa Melayu hanya menggunakan piawaian Bahasa Melayu Malaysia, bukan untuk mengetepi pengguna bahasa Melayu lain, kerana lebih ramai pengguna dan penulis wikipedia Bahasa Melayu berasal daripada Malaysia, walaupun begitu pengguna wikipedia Bahasa Melayu tidak perlu rasa terpinggir kerana semua piawai yang telah ditentukan oleh dewan bahasa boleh diterima masuk.
 
namun, terdapat lagi persoalan adakah bahasa Melayu Kelantan dan Terengganu, Sabah dan Sarawak boleh dimasukan di sini?.... perbincangan ini tidak mempunyai pengakhiran, lebih baik kita memfokuskan dalam penulisan artikel.