Permaisuri Siti Aishah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Laman baru: Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah telah dilahirkan pada 18 November 1971 dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Ren...
 
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Seri Paduka Baginda [[Raja Permaisuri Agong]], '''Tuanku Siti Aishah''' telah dilahirkan pada [[18 November]] [[1971]] dan dibesarkan di [[Kuala Lumpur]]. Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Gurney, kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur. Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA (kini telah dinaikkan taraf sebagai [[Universiti Teknologi MARA]]), [[Kota Bharu]], [[Kelantan]] dalam bidang perbankan.
 
Dengan kehendak Allah yang menentukan jodoh pertemuan, maka pada [[3 Mei]] [[1990]], baginda telah dipertemukan jodoh dengan [[Sultan Selangor|Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan]].
 
Pada 20 Jun 1994, baginda telah dikurniakan Bintang Kebesaran Negeri Sarawak. Sempena sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Yang Ke-70 pada 8 Mac 1996 yang lalu, baginda telah dikurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Baris 7:
Seri Paduka Baginda Tuanku juga merupakan Penaung kepada Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Negeri Selangor, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Negeri Selangor, BALKIS Negeri Selangor, Persatuan Pandu Puteri Negeri Selangor, Persatuan Jantung Hatiku dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
 
Baginda memanfaatkan masa lapangnya dengan membaca buku, memasak dan bermain [[golf]]. Selain daripada itu, baginda juga gemar memandu kereta dan mengumpul buku-buku. Jika ada masa dan kesempatan baginda suka melancong ke luar negeri bagi menambahkan pengalaman dan pengetahuan.
 
[[Kategori:Raja Permaisuri Agong]]