Tunku Kurshiah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Laman baru: Seri Paduka Baginda Tuanku Kurshiah diputerakan pada 16 Mei 1911 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Baginda memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti, dan mengikuti kelas ...
 
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Seri Paduka Baginda '''Tuanku Kurshiah''' diputerakan pada [[16 Mei]] [[1911]] di [[Seri Menanti]], [[Negeri Sembilan]]. Baginda memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti, dan mengikuti kelas bimbingan persendirian dalam bahasa Inggeris.
 
Seri Paduka Baginda Tuanku Kurshiah berkahwin dengan [[Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad|Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Rahman]], Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan dikurniakan dengan dua orang puteri, KDYMM Tuanku Bahiyah, Sultanah Kedah dan adindanya YM Tunku Shahariah. Baginda turut ditabalkan sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan apabila DYMM Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar pada [[25 April]] [[1957]].
 
Pada tahun 1954, baginda dilantik sebagai Presiden Pergerakan Pandu Puteri Negeri Sembilan. Baginda juga menjadi Penaung Institut Wanita Negeri Sembilan.
Baris 9:
Pada 27 Oktober 1974, baginda dianugerahkan Pingat Emas Tun Fatimah oleh Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan atas derma kurnia baginda menaikkan taraf wanita dan kanak-kanak dalam bidang kebajikan dan pendidikan.
 
Sebagai mengenang jasa baginda kepada negara, kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk menukar nama Maktab Perempuan Melayu, sebuah sekolah berasrama penuh yang ternama kepada Kolej Tunku Kurshiah sempena mengambil nama baginda. [[Universiti Malaya]] juga menamakan semula Kolej Kediaman Ketiga sebagai Kolej Kediaman Tunku Kurshiah.
 
[[Kategori:Raja Permaisuri Agong]]
Rujukan: www.malaysianmonarchy.org.my
 
[[en:Tunku Kurshiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin]]