Juara Lagu Kategori Balada: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 166:
* LY dan Baiduri merupakan pasangan suami isteri pertama menang kategori ini menerusi lagu "Aku Cinta Padamu", juga bertanding pada 1999 menerusi lagu "Syurga Di Hati Kita". Ajai & Nurul Wahab - "Selagi Ada Cinta" merupakan calon lain yang turut bergelar suami isteri ketika bertanding menerusi lagu ciptaan bersama. Hanya Aubrey Suwito - "Gemilang" dan isterinya Lin Li Zhen - "Awan Yang Terpilu" yang bertanding menerusi lagu ciptaan sendiri masing-masing pada tahun 2005.
* [[Ziana Zain]] merupakan finalis yang bertanding pada edisi pertama kategori ini diwujudkan dan beliau turut bertanding pada edisi terakhir kategori ini diadakan.
* Lagu "Getaran Cinta Di Jiwa" nyanyian [[Liza Hanim]] masih kekal sebagai lagu yang paling lama berada dalam carta Muzik-muzik sehingga kini iaitu 54 minggu keseluruhan. Lagu "Puncak Kasih" pula merupakan pemenang kategori yang paling lama menjuara carta Muzik-muzik iaitu 21 minggu keseluruhan.
* Hanya "Jerat Percintaan" dan "Seandainya Masih Ada Cinta" merupakan pemenang kategori yang turut berjaya menang anugerah Lagu Terbaik di [[Anugerah Industri Muzik]].
* "Menyemai Cinta Bersamamu", "Keabadian Cinta", "Selagi Ada Cinta" dan "Izinku Pergi" merupakan lagu-lagu yang tewas dalam kategori ini tetapi berjaya menang anugerah Lagu Terbaik di [[Anugerah Industri Muzik]].
* Sehingga 2012, hanya lagu "Pada Syurga Di Wajahmu" dan "Bunga-bunga Cinta" yang pernah dinyanyikan semula oleh penyanyi asalnya di pentas AJL sebagai persembahan selingan (pembukaan). Bagaimanapun, lagu yang pernah tewas juga pernah disampaikan secara selingan di AJL iatu "Madah Berhelah" dalam medley interlud AJL 25.
[[Kategori: Muzik]]
[[Kategori: Anugerah Juara Lagu]]