Ron Weasley: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Baris 86:
===[[Harry Potter dalam Piala Api]]===
 
Ron bersama bapanya, Fred dan George menjemput Harry ke Privet Drive dengan menggunakan Serbuk Floo. Tetapi,. tempat perapian keluarga Dursley adalah perapian elektrik sehingga mereka terperangkap dan perapian itu terpaksa diletupkan. Setelah peristiwa yang huru-hara ini, mereka kembali bersama Harry ke Burrow untuk menghabiskan sisa cuti musim panasnya di sana.
 
Hermione turut berada di Burrow untuk mengikuti mereka menonton Perlawanan Akhir [[Piala Dunia Quidditch]], dan Ron boleh melihat pemain Quidditch kegemarannya, [[Viktor Krum]].
 
Di Hogwarts, setelah Harry terpilih sebagai salah satu wira, Ron sangat marah dan mereka tidak bercakap selama berminggu-minggu. Ron marah kerana Harry tidak memberitahunya bagaimana dia dapat memasukkan namanya ke Piala Api tanpa diketahui orang. Namun setelah Harry berjaya melepasi tugasan pertamanya, Ron menyedari bahawa betapa bahayanya [[kejohana Ahli Sihir Trio]] dan mereka berbaik semula.
 
Dalam Majlis Tari Menari Krismas, Ron dan Harry tidak mendapat pasangan sehingga ke saat-saat akhir. Ron yang buntu akal meminta [[Fleur Delacour]], wira [[Beauxbatons]] yang berketurunan [[Veela]] untuk menjadi teman menarinya. Fleur menolaknya mentah-mentah dan akhirnya Ron pergi dengan [[Padma Patil]], saudara kembar [[Parvati Patil]] yang menjadi pasangan Harry. Ron yang sejak awal menyesal dengan jubah gaunnya yang buruk, semakin kesal dengan kenyataan bahawa Krum mengajak Hermione sebagai pasangannya. Ron yang cemburu mengabaikan pasangannya, Padma, dan bertengkar dengan Hermione di akhir majlis.
 
Dalam tugas kedua, Ron menjadi orang yang harus diselamatkan Harry di dasar tasik.
 
===[[Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix]]===
 
Ron terpilih sebagai Pengawas bersama Hermione. Hal ini mengejutkan dirinya, keluarganya, dan beberapa orang lain. Mereka menyangka Harry yang akan menjadi Pengawas. Sekembalinya mereka di Hogwarts, Ron menunjukkan kesetiaan kepada sahabatnya ketika Harry dituduh sebagai pembohong kerana mengatakan Voldemort telah kembali.
 
Kadang-kala, Ron menggunakan kuasa barunya sebagai Pengawas untuk mengancam pelajar lain yang mengancam Harry.
 
Ron juga menjadi Keeper pasukan Quidditch Gryffindor. Keraguan terhadap dirinya muncul apabila Malfoy dan pelajar Slytherin sentiasa mengganggunya dengan lagu “Weasley Raja Kami” yang mengandungi ejekan tentang kemampuan Ron sebagai Keeper dan kemiskinan keluarganya. Namun, akhirnya Gryffindor berjaya mengejar kembali Piala Quidditch dan pelajar-pelajar Gryffindor juga menggunakan lagu itu (yang sudah diganti liriknya) untuk menyanjungnya.
 
Ron turut menyokong idea Hermione untuk membuat kumpulan latihan [[Mata pelajaran Hogwarts#Pertahanan terhadap Ilmu Hitam|Pertahanan terhadap Ilmu Hitam]] dengan Harry sebagai ketua mereka. Kumpulan itu kemudian diberi nama [[Tentera Dumbledore]].
 
Pada penghunjung buku kelima, Ron turut bertarung melawan [[Death Eater]] bersama Harry, Hermione, Ginny, Luna dan Neville di Kementerian Sihir. Ron tercedera kerana cengkaman Otak di sana, namun segera sembuh kemudiannya.
 
===[[Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan]]===
 
Ron menerima keputusan [[P.S.B]]nya dan mendapat 7 PSB sama dengan Harry yang hanya tidak lulus Sejarah Sihir dan Peramalan (“Tapi, siapa peduli!”). ersahabatan Harry dan Ron semakin erat. Mereka telah sampai ke tahap saling memahami yang semakin menunjukkan kedewasaan mereka.
 
Di Hogwarts, Ron yang tubuhnya bertambah tinggi sepanjang cuti musim panas, menarik perhatian [[Lavender Brown]], apatah lagi setelah Harry yang terpilih sebahai Kapten Pasukan Quidditch Gryffindor kembali memilih Ron sebagai Keeper ketika dalam ujibakat berjaya mengalahkan [[Cormac McLaggen]] (yang dikenakan Sihir Confundus oleh Hermione).
Ron agak kesal kerana ia tidak diminati [[Horace Slughorn]], dan tidak pernah diajak ke jamuan bersama Kelab Slug. Dalam pelajaran [[Herbologi]], Hermione dengan marah mengatakan bahawa dia sebenarnya akan mengajak Ron untuk pergi ke jamuan malam Krismas yang diadakan Slughorn, namun tidak jadi kerana Ron mengejeknya tentang bagaimana Hermione menjadi kegemaran Slughorn. Ron agak terkejut menerima kenyataan bahwa Hermione akan mengajaknya dan kemudian sikapnya terhadap Hermione lebih baik dan dia tidak lagi menyebutsoal Slughorn ataupun [[Kelab Slug]] lagi. Akhirnya Hermione mengajak McLaggen ke jamuan tersebut, walaupun dengan penuh penyesalan kerana dia tidak henti-hentin bercakap tentang Quidditch.
 
Suatu hari, selesai latihan Quidditch, Ron dan Harry menjumpai Ginny dan [[Dean Thomas]] berciuman. Ron sangat marah kerana adiknya berciuman di depan orang ramai dan menimbulkan pertengkaran antara adik-beradik tersebut, yang berakhir dengan Ron mengetahui bahwa Hermione telah mencium [[Viktor Krum]]. Hal ini menyebabkan kecemburuan Ron dan pertunjukannya yang sangat buruk ketika latihan Quidditch berikutnya. Dia menyatakan pengunduran dirinya sebagai Keeper yang kemudian ditolak oleh Harry.
 
Dalam pertandingan melawan Slytherin, Harry pura-pura memasukkan [[Felix Felicis]], posyen tuah, dalam minuman Ron, supaya Ron percaya pada dirinya sendiri. Kesannya amat memberangsangkan. Setelah selesai pertandingan, Hermione menuduh Harry menipu, dan Harry mengatakan bahwa dia tidak memasukkan posyen tersebut. Namun Ron marah kepada Hermione, kerana menganggap Hermione tidak percaya pada kemampuannya. Kemudian di ruang umum Gryffindor, Ron berciuman dengan Lavender, yang menyebabkan Hermione bersedih cemburu.
 
Setelah Krismas, Hermione masih tidak pedulikan Ron dan selalu megelakkan diri daripadanya, terutama apabila Ron bersama Lavender. Tetapi, Ron mula tidak menyenangi hubungannya dengan Lavender, terutama ketika Lavender memberi hadiah hari jadi berupa rantai bertuliskan ''My Sweetheart'' untuknya. Pada hari jadinya itu, Ron tidak sengaja memakan coklat yang berisi [[Posyen Cinta]] daripada [[Romilda Vane]] yang sebenarnya ditujukan untuk Harry. Harry segera membawanya ke pejabat Slughorn. Ron berjaya dipulihkan, namun setelah itu, dia keracunan disebabkan minuman daripada Slughorn. Harry menyelamatkan nyawanya dengan memasukkan Bezoar ke mulut Ron. Ron dibawa kehospital dan tidak sedar buat beberapa hari. Dalam keadaan tidak sedar ini, tertonjol perasaan Ron ketika dia mengigaukan ''er-my-knee''
 
Ron mencadangkan Harry menggunakan Felix Felicis untuk mendapatkan memori milik Slughorn. Kemudian, Ron putus hubungan dengan Lavender, yang membuatkannya lega dan akhirnya Ron menyetujui hubungan Harry dan Ginny.
 
Pada awalnya, Ron tidak bersetuju dengan pendapat Harry bahawa [[Draco Malfoy]] menjadi [[Death Eater]]. Namun, ia ternyata benar. Pada malam Harry dan Dumbledore keluar untuk mencari [[Horcrux]], Harry menyuarakan ketakutannya bahawa Malfoy akan menggunakan kesempatan ketika ketiadaan Dumbledore untuk menyerang Hogwarts. Harry segera mengatur agar Ron, Hermione, dan Ginny – bersama dengan anggota Tentera Dumbledore yang dapat mereka kumpulkan – untuk mengawasi Malfoy dan Snape. Harry juga memberikan mereka Felix Felicis. Namun Malfoy berhasil melepaskan diri dari pengawasan mereka dan berjaya membukakan jalan untuk Death Eater masuk ke Hogwarts Bilik Keperluan. Ahli TD bersama dengan beberapa anggota Kumpulan Phoenix terlibat dengan pertempuran, dan berkat Felix Felicis, Ron, Hermione, dan Ginny tidak terluka sedikitpun.
 
Sepanjang pengebumian Dumbledore, Ron yang menenangkan Hermione. Setelah itu, dikhabarkan bahawa berkemungkinan sekolah akan ditutup dan Ron, bersama dengan Hermione, berjanji untuk selalu bersama Harry membantunya mencari dan menghancurkan Horcrux yang masih tinggal serta membunuh Voldemort, walaupun mereka harus meninggalkan sekolah.
 
==Barang Milikan==
*Penyapu Shooting Star, penyapu tua dan murah yang lambat (sebenarnya tidak selalu lambat, tetapi disebabkan penyapu tersebut sudah tua, kelajuannya berkurangan).
 
*Cleansweep Eleven, yang diberikan sebagai hadiah kerana Ron terpilih sebagai Pengawas. Penyapu ini adalah model terbaru daripada set Cleansweep dan penampilannya dalam pertandingan Quidditch tidak mengecewakan.
 
*[[Pigwidgeon]], burung hantu Ron yang degil, diberikan [[Sirius Black]] sebagai ganti [[Scabbers]].
 
*Satu set Catur Sihir yang merupakan warisan dari abangnya. Ron sangat mahir bermain catur sehingga set ini jatuh ke tangannya.
 
*Penghargaan Istimewa untuk Penghormatan kepada Sekolah (yang juga diterima Harry) kerana menemui Bilik Rahsia.
 
*Patung mini [[Viktor Krum]], Seeker Bulgaria yang amat terkenal. Ron (entah sengaja atau tidak) mematahkan tangan patung tersebut kerana cemburu ketika Hermione keluar dengan Krum.
 
*Sebuah tongkat sihir yang dulunya milik [[Charlie Weasley]], mengandungi sehelai bulu unicorn. Ron melekatkan tongkat ini dengan Spellotape setelah hampir putus akibat Ford Anglia yang dipandunya melanggar Dedalu Perkasa. Namun setelah itu, tongkatnya tidak pernah berfungsi sperti biasa. Tongkat ini yang menyebabkan [[Gilderoy Lockhart]] hilang ingatan (namun Ron tidak menyesal kerana Lockhart hendak menyerangnya dan Harry).
 
*Sebuah tongkat sihir baru – 14 inci, dedalu (sama seperti tongkat Harry) dan mengandungi rambut unicorn.
 
==Ron dalam filem==
 
Sehingga kini, [[Rupert Grint]] melakonkan watak Ron dalam kelima-lima filem Harry Potter. Dikhabarkan juga bahawa Rupert Grint telah menandatangani perjanjian untuk memegang watak yang sama sehingga siri filem tersebut tamat iaitu untuk filem keeenam dan ketujuh. Biarpun Ron digambarkan sebagai watak yang kelakar dalam buku, dalam filem perwatakan Ron lebih lucu. Dalam novel, lawak Ron cenderung muncul dalam komen yang menjengkelkan, manakala dalam filem, kelucuannya amat terserlah dari mimik muka dan perangainya.
 
Dalam filem [[Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (filem)|Harry Potter and the Prisoner of Azkaban]], watak Ron mula berkembang. Minatnya pada Hermione mula ditunjukkan. Dalam filem [[Harry Potter and the Goblet of Fire (filem)|Harry Potter and the Goblet of Fire]], watak Ron lebih besar berbanding Hermione, kerana tidak mungkin mengubah jalan cerita bahawa Ron yang harus diselamatkan Harry dalam Tugasan Kedua.
 
==Trivia==
*Patronus Ron berbentuk anjing terrier Jack Russel. [[J.K. Rowling]] mengatakan yang ia adalah pilhan sentimental kerana dia mempunyai seekor Jack Russel.
 
*Ron adalah [[arachnofobia]] (takut terhadap labah-labah), kerana pada waktu kecil Fred mengubah patung beruangnya menjadi labah-labah raksasa.
 
*Dalam buku [[Harry Potter and the Half-Blood Prince]], Professor Slughorn salah memanggil Ron "Rupert". Hal ini kemungkinan disengajakan oleh Rowling sebagai lawak untuk [[Rupert Grint]].
 
*Dalam tahap awal pembuatan buku Harry Potter, Ron menjadi satu-satunya diantara trio utama yang nama belakangnya tidak pernah diubah oleh Rowling sehinggalah buku itu diterbitkan. beliau menegaskan bahawa Ron adalah "Weasley dari awal sampai akhir".
 
*Pasukan Quidditch kegemaran Ron adalah [[Chudley Cannons]], walaupun mereka tidak pernah memenangi kejuaraan sejak tahun 1982. Ini menjelaskan mengapa biliknya dicat oren terang, kerana oren adalah warna pasukan tersebut.
 
==Lihat juga==