Bahasa di Iran: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pejuang bahasa (bincang | sumb.)
k Laman baru: Bahasa kebangsaan Iran adalah Bahasa Parsi yang di pertuturkan 58 peratus daripada penduduk Iran. Selain itu, terdapat juga penutur-penutur bahasa lain seperti Bahasa Arab da...
 
Pejuang bahasa (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Bahasa kebangsaan [[Iran]] adalah [[Bahasa Parsi]] yang di pertuturkan 58 peratus daripada penduduk Iran. Selain itu, terdapat juga penutur-penutur bahasa lain seperti [[Bahasa Arab]] dan [[Bahasa Turki]]. Umumnya, penutur [[Bahasa Iran]] merupakan majoriti di negara ini diikuti dengan keluarga [[Keluarga Bahasa Turki|Bahasa Turki]] dan [[Bahasa Semitik]]
 
==Bahasa Iran==
[[Bahasa Iran]] merupakan bahasa ibunda [[Bangsa Iran]] iaitu kumpulan suku yang berketurunan orang [[Arya]]. Bangsa Iran berbeza dengan penduduk Iran kerana tidak semua penduduk Iran berbangsa Iran dan bangsa Iran juga boleh ditemui di negara-negara lain seperti [[Afghanistan]]. Lebih kurang 70 peratus daripada penduduk Iran merupakan penutur ibunda bahasa Iran. Antara bahasa-bahasa ini ialah [[Bahasa Parsi]], [[Bahasa Kurdi]], dipertuturkan tujuh peratus daripada penduduknya, dan [[Bahasa Balochi]], dipertuturkan seramai dua peratus daripada jumlah penduduk Iran.
 
==Bahasa Turki==
Penutur [[keluarga Bahasa Turki]] merupakan kaum penutur kedua terbesar di Iran. Lebih kurang 26 peratus daripada jumlah penduduknya tergolong dalam penutur bahasa ini. Penutur [[Bahasa Azeri]] merupakan penutur terbesar bahasa Turki di Iran. Seramai 24 peratus daripada penduduk Iran bertutur dalam bahasa ini dan kebanyakan mereka bertumpu di barat laut Iran. Bahasa-bahasa Turki lain yang dipertuturkan di Iran ialah [[Bahasa Turkmen]] dan [[Bahasa Qashqai]].
 
==Bahasa Semitik==
[[Bahasa Semitik]] merupakan kumpulan bahasa ketiga terbesar di Iran. Bahasa ini berasal daripada Semanjung Arab dan kawasan utaranya dan Afrika Utara. Penutur utamanya adalah [[Bahasa Arab]] iaitu tiga peratus daripada penduduk Iran. Penutur lainnya ialah penutur [[Bahasa Ibrani]].
 
==Lihat Juga==
*[[Demografi Iran]]