Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aero777 (bincang | sumb.)
Baris 54:
Terima kasih kerana menyumbang di Wikipedia bahasa Melayu ("WBM"). Saya membina WBM kerana sudah ramai dari pelbagai bangsa yang menulis dalam BI tetapi amat sedikit menulis dalam bahasa Melayu. Oleh itu saya memutuskan menumpu hanya menyumbang bagi WBM. Sumbangan anda di sini amat dialu-alukan. [[Pengguna:Yosri|Yosri]] ([[Perbincangan pengguna:Yosri|bincang]]) 11:49, 17 Mac 2013 (UTC)
:Tambahan. WBI sudah ramai penyumbang, seorang penyumbang di sana tidak membawa banyak perbezaan. WBM berada dalam keadaan sebaliknya, di mana seorang penyumbang di sini sudah cukup bagi membawa perubahan yang besar. [[Pengguna:Yosri|Yosri]] ([[Perbincangan pengguna:Yosri|bincang]])
::Hi Yosri, terima kasih atas nasihat tersebut, ia amat dihargai. Saya sudi menyumbang kepada Wikipedia Bahasa Melayu ataupun WBM kerana saya sememangnya anak Malaysia yang bangga dan berpatriotik. Saya faham bahawa WBM memerlukan lebih banyak penyumbang, saya pun rasa kecewa kerana kebanyakan orang Malaysia tidak sanggup menyumbang kepada Wikipedia. Walau bagaimanapun, saya terpaksa akur kepada objektif ataupun prioriti pertama saya, iaitu memperbaiki artikel-artikel/ rencana yang berkaitan dengan Malaysia untuk manfaat orang ramai, terutamanya orang asing yang kurang mengenali negara kita. Saya harap bahawa penyumbangan saya di Wikipedia Bahasa Inggeris dapat mengharumkan nama baik Malaysia di persada dunia. Namun begitu, saya sememangnya berhasrat untuk memperbaiki WBM pada masa depan, setelah mencapai objektif tersebut di atas. Saya akan menyumbang kepada WBM di mana mungkin. Terima kasih Yosri. :] [[Pengguna:Aero777|Aero777]] ([[Perbincangan pengguna:Aero777|bincang]]) 18:13, 17 Mac 2013 (UTC)
Saya juga sependapat dengan [[Pengguna:Yosri|Yosri]], tambahan pula [[Wikipedia bahasa Melayu]] ini memerlukan lebih ramai penyumbang disini. Saya harap agar awak juga dapat membantu disini seperti [[Pengguna:Ranking Update|Ranking Update]]. Saya juga pernah mencipta rencana di [[Wikipedia bahasa Inggeris]] dahulu kemudian saya bersara kerana polisi disana agak ketat.--'''<span style="font-family:اڤليکاسي">[[Pengguna:Aplikasi|<span style="color:#5555FF">Aplikasi</span>]] (<span style="font-size:80%">[[Perbincangan pengguna:Aplikasi|ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ?<span style="color:#0087BD"></span>]]</span>)</span>''' 11:55, 17 Mac 2013 (UTC)
:Hi Aplikasi, terima kasih atas sokongan anda, saya menghargainya. Saya setuju dengan pendapat anda, polisi WBI terlalu ketat dan menyusahkan. Walau bagaimanapun, seperti mana yang sudah saya terangkan di atas, saya terpaksa menyumbang berdasarkan prioriti terdahulu. Saya akan cuba sedaya-upaya untuk menyumbang kepada WBM dalam masa lapang. Terima kasih Aplikasi. :] [[Pengguna:Aero777|Aero777]] ([[Perbincangan pengguna:Aero777|bincang]]) 18:13, 17 Mac 2013 (UTC)