Korpus opera: Perbezaan antara semakan

rencana senarai Wikimedia
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
Laman baru: :''Bahasa Melayu: Sedang dalam pembinaan'' :''Englsih: Under construction'' {{Portal Muzik Klasikal}} Di bawah adalah senarai untuk lebih daripada 1,650 karya opera yang digubah ole...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 06:40, 26 Jun 2007

Bahasa Melayu: Sedang dalam pembinaan
Englsih: Under construction

Di bawah adalah senarai untuk lebih daripada 1,650 karya opera yang digubah oleh lebih dari 450 penggubah-penggubah opera. Banyak dari opera-opera di bawah masih dipersembahkan sehingga ke hari ini,namun sesetengahnya sudah lama hilang dari pentas seni selama-lamanya kerana nota muzik yang sudah hilang atau rosak ditelan zaman. Senarai di bawah dibuat berdasarkan kepentingan sejarah opera di dalam pembentukan seni yang bermutu tinggi.

Liputan opera yang tersenarai merangkumi seni yang luas dan menyeluruh, dari jenis muzik ringan (seperti opereta) dan juga jenis muzik yang lebih berat dan formal. Senarai ini merangkumi keseluruhan tempoh pembentukan sejarah opera dari kelahirannya dalam abad ke-16 hingga ke hari ini.

Beribu-beribu opera telah ditulis dan dipersembahkan di sepanjang empat ratus tahun yang lalu di seluruh dunia terutamanya Eropah. Seperti yang dijelaskan dalam perenggan pertama, senarai di bawah terdiri dari karya-karya terpilih untuk kerja-kerja yang amat dihargai dan bermutu tinggi.

Senarai opera oleh pengubah menurut nama akhir

Isi kandungan: Top - 0–9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z


Statistik

Senarai di atas mengandungi sekurang-kurangnya 1,659 karya oleh 452 penggubah (menurut kiraan terakhir yang dibuat pada 24 April 2007).

Pecahan menurut tarikh lahir adalah seperti berikut:

  • 1550-1575: 4 penggubah
  • 1576-1600: 7 penggubah
  • 1601-1625: 4 penggubah
  • 1626-1650: 5 penggubah
  • 1651-1675: 12 penggubah
  • 1676-1700: 9 penggubah
  • 1701-1725: 11 penggubah
  • 1726-1750: 22 penggubah
  • 1751-1775: 11 penggubah
  • 1776-1800: 21 penggubah
  • 1801-1825: 34 penggubah
  • 1826-1850: 39 penggubah
  • 1851-1875: 65 penggubah
  • 1876-1900: 79 penggubah
  • 1901-1925: 37 penggubah
  • 1926-1950: 46 penggubah
  • 1951-1975: 24 penggubah

Senarai ini juga menyenaraikan 433 penggubah lelaki dan 19 wanita (menurut kiraan terakhir yang dibuat pada 24 April 2007). Penggubah wanita yang tersenarai adalah: Amy Beach, Louise Bertin, Francesca Caccini, Deborah Drattell, Vivian Fine, Elena Firsova, Peggy Glanville-Hicks, Kazuko Hara, Moya Henderson, Élisabeth Jacquet de La Guerre, Elizabeth Maconchy, Thea Musgrave, Nicola LeFanu, Roxanna Panufnik, Rachel Portman, Kaija Saariaho, Ethel Smyth, Louise Talma dan Judith Weir.

Liputan senarai ini boleh didapati dari kamus opera yang berjudul “New Grove Dictionary of Opera”.