Mahmud Shah dari Melaka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Pada tahun [[1488]], selepas kematian ayahandanya, Sultan Mahmud Shah yang masih muda mewarisi [[Melaka]] yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di [[Asia Tenggara]]. Semasa baru mula-mula menjadi sultan, Sultan Mahmud Shah dikenali kerana sikapnya yang kejam. Mujurlah pentadbiran Melaka pada ketika itu berada di tangan Bendahara [[Tun Perak]] yang bijaksana dan berkebolehan. Selepas kematian Tun Perak pada tahun 1498, [[Tun Mutahir]] dilantik menjadi [[Bendahara]] baru Melaka.
 
Baginda mempunyai beberapa orang isteri. Antaranya ialah
1) Tun Kecil, anak Tun Bendahara Melaka
2) Onang Kening, anak Raja Muhammad (dari Pahang)
3) Tun Fatimah (dari Pahang)
4) Tun Teja.

Baginda juga terkenal kerana ingin beristerikan [[Puteri Gunung Ledang]]. Baginda juga dikelilingi oleh pahlawan-pahlawan yang gagah seperti [[Hang Tuah]], Khoja Hassan dan [[Hang Nadim]].
 
== Kejatuhan Melaka ==